Amannya dunia hari ni aku rasa, tak payah nak mengadap muka si Razif. Aku rasa tiap-tiap hari nak je cuti macam ni, tak adalah stress aku dibuatnya.hmmm..tapi hari minggu macam ni bosan pula aku, Siti tak ada dah awal-awal pagi lagi balik kampung. Tinggal lah aku sorang-sorang kat rumah ni, yang lain macam biasa lah hari minggu memang tak lekat kat rumah. Mati kebosananlah aku hari ni. Tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba telefon bimbit kedengaran dan lantas Leeya menjawabnya.
“Assalamualaikum sarah, apa mimpi kau telefon aku hari ni?”soal Leeya.
“waalaikumsalam, aku rindu kat kau la ni, kau percaya tak? Sebenarnya aku nak ajak kau keluar hari ni, suami aku outstation lah. Jom lah teman aku kita shopping.!?”pinta sarah.
Sarah adalah kawan aku masa aku menuntut di Universiti dulu. Nasibnya tak sama macam aku, dia telah bertemu jodoh dengan orang berada, memang padanlah dengan dia yang juga anak saudagar kaya.
“ooh, patutlah telefon aku, kalau tak haram nak dengar khabar dari kau. Tapi aku pun bosan juga, jom lah siap. Kau datang ambil aku yea..hehe..suara kegembiraan dari Leeya.
“ No problem babe, lagi setengah jam aku sampai. Okey, see you soon..!”panggilan diputuskan oleh Sarah. Leeya terus bergegas naik ke biliknya untuk bersiap dan mengenakan seluar dan dress. Dilihatnya wajahnya di cermin dan Leeya sedikit touch up mukanya yang sememangnya licin dan berkulit mulus. Oke, dah siap..tak payah nak make up tebal sangat bukannya aku nak kahwin..haha, simple is nice for me..
Setibanya di shopping kompleks, aku dan sarah terus menyerbu butik pakaian. Sarah memang kaki shopping dan bajunya semua berjenama mahal. Aku hanya membelek-belek baju, jauh di sudut hati aku tahu aku tidak mampu untuk membeli apatah memakai baju yang mahal sebegitu.Aku merasakan diri ini tidak layak untuk kelihatan cantik seperti Sarah. Tengah kusyuk aku melihat dress pink, tiba-tiba ada suara menyapaku dari belakang.
“ Cantik baju tu, dan sangat sesuai dipadankan dengan cik yang berkulit putih” balas seorang pemuda.
“err…cantik tapi tak sesuailah dengan saya.”jawab aku dan terus mengatur langkah untuk pergi.
“ cik!! Cik..! pinta pemuda itu, namun diendahkan oleh aku.
Aku mempercepatkan langkahku dan terus menuju ke arah Sarah. Aku mengajak Sarah keluar dari kedai itu dan terus berjalan menuju ke kedai yang lain. Aku merasakan sesuatu yang aneh dalam diriku, tak tahu kenapa suara itu terngiang-ngiang di telingaku,hatiku berdetik, aku cuba untuk mengingati wajah kacak pemuda itu. dinafikan lelaki itu memang kacak,berkulit hitam manis tapi siapakah dia? Kenapa dia tegur aku? Pelbagai persoalan bermain dalam hatiku.
“ Leeya,!! Kuatnya kau mengelamun..ingat kat boyfriend ke.?” soal Sarah
“hah, bf? Mana ada, kau kan kenal aku mana ada rapat dengan mana-mana lelaki”,tegas aku.
“ iyalah, aku kenal kau. Tapi bila kau nak kahwin yea.hehe..”,usik Sarah lagi.
“Jodoh tak sampai lagi. Siapalah nak kat aku ni Sarah.”balas aku.
“ala, kau memilih kot, lepas kau putus dengan Kamal aku tengok kau lansung tak layan lelaki. Cubalah buka sedikit ruang untuk hati kau dengan cinta baru, sampai bila kau nak hidup dengan bayang-bayang kamal. Lelaki ego macam tu tak usah dikenang lagi.”Sarah menjawab.
“entahlah, aku tak fikir lagi soal itu. Cukuplah apa yang berlaku dulu. Aku rasa macam dah serik, sekarang aku nak cari duit untuk biayai keluarga aku dulu. Eh jom pergi minum, dahagalah!”jelas aku
Kami pun berjalan dan melabuhkan kaki di sebuah kedai minuman untuk menghilangkan dahaga dan penat berjalan. Tiba-tiba ekoran mata aku kuat menjeling ke luar kedai. Aku seolah-olah ternampak seseorang yang aku kenal di kedai kasut berhadapan kedai minuman, tapi bayangan orang itu hilang. Bayangan itu seolah-olah tahu yang anak mataku sedang mengekori tingkah laku orang itu. Ahh..hilang la pula, aku rasa macam kenal je orang itu. Wajah yang aku tak nak jumpa, tapi kenapa di sini juga aku perlu ketemu dia. Hatinya tiba-tiba berasa kurang senang dengan kelibat yang dilihat tadi. Fikiranku sedikit terganggu dengan kehadiran bayangan itu. Sudah 3 tahun dan aku mahu melupakan wajah itu yang telah mengkhianati persahabatan. Tapi kenapa dia ada di sini? Bermaksud Kamal pun ada sekali?
“Leeya, kau tengok apa tu? Ada sale ke kedai kasut depan,?”Tanya Sarah.
“opps, sorry aku macam ternampak seseorang yang aku kenal kat situ, tapi entahlah tiba-tiba hilang…”ujar aku.
“aku ingatkan ada sale tadi, baru aku nak serbu.haha..pedulikanlah apa yang kau lihat, kembar seiras kot.” balas Sarah. Tapi aku yakin itu adalah dia.! Perempuan yang pernah mengkhianati aku dulu, perempuan yang menghancurkan kebahgiaan aku dan kamal.
Aku cuba menidakkan semuanya namun ternyata betul apa yang bermain difikiran aku setelah Hanis datang bertemu aku sebelum aku keluar dari kampung untuk memberitahu bahawa dia akan bertunang dengan Kamal.Hanis begitu megah dapat merampas Kamal dari aku, ternyata aku sangat bodoh terlalu mempercayai Hanis dulu. Cukuplah semua penjelasan Hanis, aku sudah mendapat segala jawapan kenapa pertunangan aku dan Kamal hancur. Namun nasi sudah menjadi bubur, aku tidak dapat berbuat apa-apa, yang pasti kamal sudah tidak mempercayai aku lagi. Aku hanya mendoakan mereka bahagia. Bayangan lama datang menyinggah di benak fikiran aku. Ternyata aku makin kurang senang dan ingin sahaja aku pergi ke kedai kasut untuk melihat kebenaran tapi aku mahu melupakan segalanya. Aku terus menghirup air minuman yang dibeli oleh Sarah dan berlalu pergi dari situ sebelum wajah itu datang menghantui aku lagi. Sedang asyik aku berjalan dengan Sarah tiba-tiba ada suara yang menyapa aku dari belakang dan Sarah berlalu tinggalkan aku sekejap untuk masuk ke kedai Watson. Aku sangat mengenali suara itu.
“ Amboi, banyak shopping!”, pinta Razif.
“ emm.bos,! tak adalah saya datang teman kawan.”jawapan acuh tak acuh dari aku.
Aduh, apa pula dia buat kat sini hujung-hujung minggu. Selalunya dia berkepit dengan gadis mat salleh celup, tapi hari ni berseorangan saja. Pelik, entah-entah dia datang cari mangsa lain kot, macam lah aku tak kenal dia kaki perempuan. Manis mulut sikit, sudah tentu ada perempuan yang cair, aku tak nafikan kekacakan dia tapi aku tak sama macam perempuan lain yang boleh dibeli dengan wang ringgit.
“Leeya..Leeya..siapalah lelaki yang nak keluar dengan awak ni yea,hehe.”,Razif membalas.
“untuk pengetahuan bos, saya datang dengan kawan perempuan dan bukan macam bos asyik bertukar….tiba-tiba mulut aku terdiam apabila melihat kelibat perempuan tua datang menghampiri Razif.
“Razif, siapa gadis cantik ni?”soal Datin Maimun.
“kenalkan ni mama saya. Mama ni setiausaha saya, panggil Leeya je.”jelas Razif
“oohh..ni la setiausaha yang papa selalu ceritakan. Memang cantik.”puji Datin Maimun.
Aku hanya tersipu-sipu malu dengan pujian Datin Maimun sambil menghulurkan tangan. Tapi aku pasti mereka selalu bercerita tentangku di rumah. Ni mesti gara-gara Razif mengadu cakap aku selalu berkhayal. Tak apa Razif, depan mama kau aku berlakon.
“ Datuk sihat Datin?” aku cuba menukar topik.
“owh, datuk sihat macam tu lah, nasib baik lah Razif ada dapatlah Datuk berehat di rumah. Senang-senag datanglah ke rumah melawat Datuk. Pasti Datuk merindui kamu Leeya.”pinta Datin Maimun.
“ InsyaAllah Datin kalau saya ada masa saya singgah, tak apalah Datin.kawan saya sedang menunggu di depan tu. Assalamualakum.”balas aku sambil berlalu pergi.
“waalaikumsalam,..sejuk hati mama tengok Leeya, lembut sopan santun lagi. Macam ni lah baru sesuai jadi menantu mama Razif, bukannya perempuan yang berambut celup yang selalu Razif bawa balik ke rumah. “ sindir Datin Maimun kepada Razif.
“apa-apa jela mama, jum lah pulang.” Selamba je Razif menjawab.
Tak sangka pula aku si Razif ni penyayang juga, sanggup teman mama dia pergi shopping. Aku ingatkan dia dengan si Mary je. Nasib baik aku tak sempat habis ayat aku tadi, kalau tak malu besar aku..hahahhaa..
Setelah penat, akhirnya aku dan Sarah mengambil keputusan untuk pulang, memandangkan sudah agak lama kami di situ.
btw: will be update soon, keep reading..
sorry buat semua tertunggu2..(sayang korang semua) :)
Part 3 (
KLIK )
Part 5 (
KLIK)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~