Kaca-kaca jernih makin laju membasahi pipi setiap kali anak mata melirik ke arah jam dinding hospital. Hatinya berdebar kerana suami tercintanya sudah lama berada di bilik pembedahan dan sudah berjam-jam dia menunggu namun hampa kerana masih tiada jawapan dari doktor. Echa seakan menyalahkan dirinya sendiri apabila memikirkan apa yang menimpa Rifqy.
‘Andai jantung ini sudah tidak mampu berdegup, maka lupuslah cinta kita yang dibina’
Fikirannya makin jauh melayang dan teringat akan kata-kata Rifqy. Sedang fikirannya bercelaru tiba-tiba bahunya seakan dicuit oleh seseorang di belakang dan Echa mengankat mukanya. Rupanya kelibat mama dan papanya,lantas Echa terus memeluk erat Datin Rose sambil berbisik.
“Mama, why all this happen to me?” bisik Echa.
“shhh, don’t cry baby. Semua ni sudah ditentukan untuk menguji kita sebagai hambanya,”pesan Datin Rose.
“I know, but in this situation I feel I can’t bear it alone.Really love him so much!”esak Echa dan perlahan-lahan badannya rebah dalam pelukan Datin Rose.
Perlahan-lahan mata Echa dibuka dan melihat dirinya dikelilingi oleh Datin Rose dan Datuk Esham yang tersenyum juga tidak ketinggalan abang long nya Qabill dan kak syafinaz.
“Congratulation dear!”bisik Qabill.
“What’s going on? Why I’m lying here…where is Rifqy?”bertubi-tubi soalan yang terpacul dari mulut Echa sebaik saja dia sedar dari pengsan.
“Relax dear, from now on you need more rest ok..You will become mother soon!” senyum Datuk Esham sambil mengusap kepala Echa.
“Am I pregnant? No..! no! I can’t.. Echa tak nak anak ini tiada ayah nanti..Rifqy, mana awak? Saya sangat perlukan awak sekarang..please..get me there!”jerit Echa sambil meronta-ronta uuntuk turun dari katil tapi ditahan oleh Datin Rose.
“Sayang…Rifqy selamat, mama pasti nothing will happen. Mama akan bawa Echa jumpa Rifqy kalau Echa dapat kawal diri Echa dulu. Jangan cepat buat assumption, ingat kita diuji pasti ada sebabnya sayang,.Kalau rifqy tahu Echa macam ni, mesti dia marah..”pujuk Datin Rose.
“yeahh, I know. I’m sorry…please, bawa Echa jumpa Rifqy” luah Echa.
Setelah beberapa minit, Datin Rose membawa Echa masuk ke bilik Rifqy. kelihatan Rifqy masih lagi terbaring tanpa sedarkan diri dan hanya kedengaran bunyi peralatan hospital yang dipasang pada Rifqy. Echa terus mendapatkan Rifqy dan mengucup dahi Rifqy.
“Abang..Echa ada kat sini. Bukalah mata tengok Echa, jangan diam macam ni..Echa tak suka tahu,tolong abang bangun ya..”bisik Echa di telinga Rifqy sambil menggengam tangan Rifqy.
“Echa, tabahkan hati ya. Banyak berdoa agar Rifqy sedar dari koma”ucap Datin Rose.
“Mama..berapa lama lagi Rifqy akan sedar? Rifqy takkan tinggalkan Echa kan mama? Sebab Rifqy cakap dia sayang Echa sangat-sangat..”air mata mengalir lagi dan hatinya makin sayu apabila melihat penderitaan orang yang dia cintai di depan mata.
“Sama-sama kita serahkan pada yang kuasa. Mama dan doktor pun tidak dapat berbuat apa-apa, semuanya bergantung pada kekuatan Rifqy. Echa mesti selalu bercakap dengan Rifqy, mungkin dia dengar dan akan sedar.”pujuk Datin Rose.
“Ya, echa takkan biarkan Rifqy menderita begini. Echa akan terus teman Rifqy sampai bila-bila, sebab Echa tahu Rifqy mesti suka kalau dia sedar Echa ada di sampingnya,” balas Echa.
Datin Rose meluru keluar dari bilik Rifqy dan meninggalkan Echa sendirian menemani suaminya yang tercinta. Datin Rose sengaja memberikan ruang untuk Echa agar dia dapat menerima semua yang terjadi. Sementara Echa pula tidak henti-henti bercakap sendirian dan mengharapkan Rifqy sedar.
“Abang..Echa tahu abang mesti dengar semua ni kan, Echa cuma minta satu je, bukalah mata dan bangunlah abang. Echa sangat sunyi tanpa abang disisi, Echa dapat merasakan hidup Echa kosong tanpa suara abang, tanpa cinta dan kasih abang. Echa nak abang tunaikan janji abang yang akan menjaga Echa seumur hidup abang,”ucap Echa.
Echa tidak berhenti-henti berkata dan memberikan semangat pada Rifqy agar sedarkan diri. Namun semuanya lansung tiada perubahan. Tiba-tiba bunyi nafas Rifqy yang seakan sesak dan degupan jantungya lemah. Echa segera menekan loceng di penjuru katil untuk mendapatkan bantuan. Terus datang kelibat doktor dan nurse dan meminta Echa untuk keluar dari bilik itu sekejap. Hati Echa makin sebak dan dia semakin sedih melihat keadaan Rifqy. dia bimbang jika dia terpaksa kehilangan orang yang dia paling kasihi. Dia pasti akan menyalahkan dirinya seumur hidup atas apa yang berlaku pada Rifqy. selepas beberapa minit, doktor keluar dan senyum.
“Don’t worry, he will be ok and stable again. It’s a miracle and really impressed me. Maybe his soul is very strong.” kata doktor yang merawat Rifqy.
“thanks doc,.i know my husband will never leave me alone,”ucap Echa dan hatinya kembali kuat mendengar kata-kata doktor tadi.
Echa segera mendapatkan Rifqy kembali dan duduk disamping Rifqy.
“Abang, Echa tahu abang kuat, abang kena lawan semuanya.Echa nak abang tahu yang Echa akan sentiasa semadikan kesetiaan dan cinta kita. Abang nak tahu tak Echa ada berita gembira untuk kita, bila abang sedar nanti Echa janji akan ceritakan.
‘selamaku masih bisa bertahan,
selama ku masih bisa bernafas,
selama ku hanya selalu mencintai,
ku ingin selalu menjagamu’
Echa memeluk Rifqy erat dan dia bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk merasai degupan jantung Rifqy yang masih bernafas. Dia yakin setiap degupan itu menandakan cinta mereka yang sangat kukuh dan sentiasa mekar dihati Rifqy. Sedang asyik dia berada di pangkuan Rifqy, tiba-tiba Echa merasakan sesuatu bergerak. Lantas dia melihat jari jemari Rifqy yang digenggam erat oleh Echa mulai memberi respon perlahan-lahan.
“Rif..Rif..wake up dear! I know you can do it..Please open your eyes for me..really miss you so much!” sambil mengejutkan Rifqy.
Tanpa disedari, seakan suatu keajaiban berlaku. Rifqy mulai memberi respon yang positif dan kelopak matanya mulai bergerak dan perlahan-lahan dia cuba membuka matanya. Mulut Rifqy seperti ingin berkata sesuatu.
“Sayang…. Sayang….!” Perkataan itu terpacul dari mulut Rifqy saat Rifqy cuba membuka matanya.
“yes, I’m here!.. syukur abang dah sedar, Echa happy sangat..”ucap Echa.
“Sayang…thanks for everything…abang tahu Echa mesti di sisi abang…” kata Rifqy yang masih lemah..
“Ya abang..Lepas ini kita akan hidup bahagia tanpa gangguan lagi. orang yang cuba menghancurkan kebahagiaan kita sudah pun menerima balasan yang setimpal. Sekarang tida lagi halangan untuk kita membina kembali kasih dan cinta kita.” Balas Echa.
“ Sayang..i really love you.. sayang memang seorang isteri yang baik..” jawab Rifqy
“Abang..kita akan jadi mama dan papa nanti. Dalam perut ni sedang menanti kasih sayang kita untuk dicurahkan” jelas Echa sambil tersenyum.
“Really…Syukur sangat semua ni adalah hikmah dan ganjaran Tuhan pada kita. Abang janji takkan sia-siakan hidup sayang lagi,”bisik Rifqy.
‘ku ingin benar bersama dengan mu, tatkala waktu sedih dan gembira..ku ingin benar mencurahkan cinta ku padamu walau apa jua rintangan..ku ingin benar menjadi pemberi cinta yang setia agar dirimu tidak kering dengan cinta sejati, ku ingin benar sentiasa bersamamu agar rindu ini sentiasa diubati dengan tawamu Qalisya Ain’
Sayu hati Echa saat mendengar Rifqy meluahkan segalanya. Dia benar-benar bahagia memiliki Rifqy sebagai suaminya. Bermulanya kehadiran Azril Rifqy dalam hidupnya serba sedikit banyak mengubah hidupnya menjadi seorang yang tabah dan belajar erti hidup serta liku-liku hidup. Kehadiran Azril Rifqy benar-benar melengkapi hidup Qalisya Ain,seorang perempuan yang sentiasa menagih cinta sejati dan mencari cinta Ilahi.
*****************************
btw: Alhamdulilah, sbb berjaya juga update last part..thanx so much pada sesiapa yg baca cerita ni..:)
~Always support me~
0 sUntiKaN sEmaNgaT:
Post a Comment