Monday, 26 September 2011

Part 8: Qalisya Ain

        
       Kemeriahan begitu terasa di teratak Datuk Esham dengan kehadiran ahli keluarga baru iaitu Azril Rifqy yang baru sahaja menjadi salah seorang ahli keluarga tersebut. Rumah datuk Esham juga diserikan lagi dengan kehadiran cucu lelaki pertamanya yang telah selamat dilahirkan oleh menantu sulungnya syafinaz. Teratak itu kini tidak lagi sunyi seperti dahulu setelah pemergian Qashmir, kini semuanya telah berganti bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, begitulah juga kehadiran Rifqy yang seolah-olah menggantikan Qashmir. Echa pun sudah bertambah gembira dan dia kini sudah mempunyai tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dia bernekad untuk menjadi isteri yang solehah dan patuh pada Rifqy. Dia benar-benar tidak menyangka cintanya pada Rifqy berakhir dengan rumah tangga.
                “Rif, jom turun sarapan. Mama dengan papa dah tunggu kita kat bawah” ajak Echa.
                “Yes, dear. Jom..”sambil memeluk pinggang Echa dengan erat.
Setibanya pasangan pengantin itu di ruang makan, semua mata tertumpu pada pasangan bahagia itu sambil diiringi suara baby yang seolah-olah ingin turut bercakap.
                “Mama tengok kamu berdua ni bahagia sangat. Terima kasihlah Rifqy sebab tolong jagakan anak mama tu, dia manja sikit..hehe” usik Datin Rose.
                “Tak adalah mama, dah tanggungjawab saya. Saya akan jaga dia sampai hujung nyawa saya, kalau dia nakal nanti saya cubit dia” gurau Rifqy sambil mencubit pipi Echa.
                “Apa abang nie,sakit tau..Malulah kat depan semua ni,” jawab Echa sambil tersenyum.
                “Haha, tengok..baby boy asyraf ni pun dah pandai nak bercakap dengan maksu dan paksu dia. Baby Asyraf panggil ni sebab maksu dia tak pedulikan dia dah sejak kahwin ni..heehe”gurau kakak ipar Echa iaitu syafinaz.
                “Alalala, Asyraf merajuk dengan maksu ya sebab maksu tak pedulikan Asyraf..”Echa mendekati Asyraf sambil mencium pipi.
                “Eh eh, jangan cium banyak sangat rimas nanti anak abang long tu. Cepat-cepatlah buat anak senang sikit Asyraf tak sunyi nanti boleh bermain dengan sepupu la katakan..hahaha” Qabill tergelak besar selepas mengenakan pasangan pengantin baru itu.
     Semua tergelak dengan usikan Qabill terhadap Echa dan Rifqy. Suasana pagi itu sungguh meriah, baru sekarang dapat melihat kuntuman senyuman yang sentiasa diukir oleh Echa. Qalisya Ain kini sudah mempunyai hidup baru yang berbekalkan kasih dan sayang Rifqy. Mereka berdua pada hari itu akan bertolak ke Paris untuk berbulan madu sempena hadiah daripada Datuk Esham.
     Setelah mengambil perjalanan yang jauh, akhirnya Echa dan Rifqy selamat tiba di Bandar Paris. Disitu akan bermulanya cinta mereka yang sah dan direstui. Echa dan Rifqy menginap di salah sebuah hotel, dan mereka tidak bercadang untuk keluar mengintai keindahan Bandar Paris kerana kepenatan dalam kapal terbang masih belum hilang.
                “Echa, betul-betul tak sangka, kita dah sampai ke tahap ini kan. Echa tak pernah menjangka percintaan yang tulus dan ikhlas dengan abang.”ujar Echa sambil membuka selendang di kepalanya.
                “Ini semua kan dah suratan takdir kita berdua disatukan atas kehendaknya. Sayang kena ingat tahu, abang sentiasa cinta dan sayang pada sayang..” bisik Rifqy.        
                “Ya, setelah banyak liku-liku hidup kita tempuhi, dan akhirnya Allah menghadiahkan kita satu kebahagiaan di dunia kan. Kalau diingatkan dulu, rasa macam lucu pula detik-detik kita bertemu dulu,haha”gelak Echa.
                “amboi, gelak pula sayang abang ni ya. Ala, Echa dulu jual mahal sangat, abang tak sanggup nak kacau lagipun Echa masa tu kan dah kenal Daniel. Tapi abang tak pernah putus berdoa agar disatukan dengan Echa andai Echa adalah jodoh terbaik abang.
                “Echa sentiasa cinta pada abang. Echa janji cinta Echa akan terus mekar dalam hati abang, Echa takkan biar sedikit pun ia layu..Setiap hari Echa akan bajai cinta kita” kata-kata Echa itu membuatkan Rifqy tenang dan tersenyum.
                “Terima kasih sayang! I really love you!” sambil mengucup dahi isterinya yang tersayang.
“Love you too!!”bisik Echa,hatinya bagaikan tidak tahan lagi dentuman cinta yang kini hangat didadanya.
Satu kucupan hangat lagi singgah di pipi gebu Echa. Rifqy memeluk isterinya yang tersayang sekuat hatinya. Akhirnya mereka lena di atas katil empuk dengan suasana yang agak kesejukan pada malam itu.
           Suasana pagi di Paris benar-benar berbeza dengan keadaan di Malaysia, cuaca dan iklim yang bersuhu sejuk. Namun Echa dan Rifqy dari awal pagi lagi sudah bangun dan merancang untuk melawat kota Paris. Pasangan bahagia itu memulakan hari indah mereka dengan seribu perancangan agar hari itu menjadi satu kenangan yang paling bermakna dalam hidup mereka. Sedang asyik Echa melihat barang-barang yang dijual di tepi jalan, tib-tiba dia merasakan tangannya dipegang erat dan digenggam kuat. Echa mendongak dan memandang wajah Rifqy dengan seribu persoalan di kotak minda, tetapi wajah Rifqy berubah serius seakan-akan ada sesuatu yang dia inginkan lafazkan pada Echa namun tertahan di dalam hati..Echa menatap wajah suami tercintanya, Rifqy menarik nafasnya dalam-dalam dan mulutnya mengatur untuk memulakan bicara.
                “Sayang…Sayang…abang cinta sangat pada sayang! Abang tak tahu macam mana lagi nak tunjukkan kasih dan sayang abang pada sayang..”Rifqy meluahkan apa yang terpendam didalam hatinya, walaupun dia seakan tidak sedar apa yang diungkapkannya.
                “Iya, Echa tahu abang sayang Echa. Echa pun sama. Kenapa ni abang? Macam ada sesuatu je?” soal Echa sambil mengerutkan dahinya.
                “Entahlah sayang,hati abang ni selalu berdegup dengan cinta sayang dan abang takut jika jantung ini sudah tidak mampu berdegup, maka lupuslah cinta kita yang dibina.” Ungkap Rifqy.
                “Abang..jangan cakap lagi. Echa akan terus semaikan cinta kita. Echa yakin cinta kita dapat bertahan sampai ke akhir hayat…” sayu hati Echa sambil melihat wajah Rifqy.
                “Iya sayang..abang bersyukur dengan semua ini, tapi abang harap andai tiada lagi abang di dunia ini, semadikanlah kesetiaan dan cinta kita dalam hati Echa..”makin kuat Rifqy memegang tangan Echa.
                “Abang… Echa tak nak dengar semua itu. Echa tak pasti dapat terima ke tidak jika itu berlaku..” air matanya mulai menitis..
                “Maafkan abang andai abang melukai hati sayang..jangan nangis lagi ok,setiap titisan air mata sayang itu membuatkan hati abang ingin turut menagis. Don’t worry,I will be by your side forever” sambil menyapu jernih kaca yang mulai terburai di pipi Echa dan mencium tangan Echa.
  Sedang asyik mereka berdua berjalan di suatu lorong, tiba-tiba datang sebuah kereta yang dipandu laju dari hadapan mereka seakan ingin melanggar mereka berdua. Rifqy dengan cepatnya memeluk Echa dan mengelak ke tepi sehingga terjatuh. Nasib mereka baik kerana sempat mengelak dari dilanggar kereta tersebut namun saat mereka memandang ke arah kereta itu, suatu tembakan telah dilepaskan oleh pemandu kereta itu dan menuju ke arah mereka tetapi sempat dihalang oleh Rifqy. Echa tersentak dan menjerit apabila melihat suami tercintanya penuh dengan berlumuran darah di dada. Pemuda yang melepaskan tembakan itu tersenyum lebar apabila melihat Rifqy terbaring dengan penuh darah di badannya lalu berlalu pergi sambil menekan minyak keretanya yang kuat. Echa terus menjerit sekuat hati meminta tolong dan menangis tidak henti-henti sambil melihat suaminya terbujur di situ.
                “Echa…sampai..bila pun abang tetap sayangkan Echa……..”ucap Rifqy dengan nada yang sangat lemah dan dunianya seakan gelap dari cahaya.
                “Don’t leave me alone..Please wake up!! Raung sekuat hati Echa apabila Rifqy tidak memberi sebarang reaksi lagi.
                                                ********************************
 Part 7 ( KLIK )
Last part will be update soon, sorry n keep reading:)
  

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

0 sUntiKaN sEmaNgaT:

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta