Sunday, 4 September 2011

Part 7: Qalisya Ain



“Dah genap sebulan abang mir tinggalkan kita kan mama. Semoga abang mir terus aman disana,”bisik Echa smabil minum secawan milo panas.
                “ya, masa sangat cepat berlalu. Dah banyak berlaku perubahan, mama tengok Echa pun dah dapat terima semuanya. Mama gembira sangat tengok Echa macam ni.”jawab Datin Rose.
                “Itulah, Echa dah sedar semuanya. Lagipun dah banyak orang tu tolong nasihatkan Echa. Kata-kata dia memang member semangat baru pada Echa.”jelas Echa.
                “Maksud Echa siapa?”soal Datin Rose.
                “Rifqy..”spontan Echa membalasnya.
                “owh,.Rifqy..Mama tengok dia tu baik orangnya. Tapi dah lama mama tak jumpa dia. Echa ada jumpa dia tak?”tanya Datin Rose.
                “Tak adalah pula mama. Echa pun teringin nak jumpa dia….rasa macam..erm,tak apalah mama. Echa nak keluar kejap, nak jumpa kawan,”ujar Echa.
                “ok, dear. Take care!...jangan nakal-nakal kat luar..tapi lupa mama nak cakap satu benda ni,” Datin Rose tersenyum.
                “yes, what mama?” soal Echa.
                “Actually you look so gorgeous honey with hijab..Selendang tu memang sesuai dipadankan dengan Echa..Keep it up dear, hehe.”senyuman Datin Rose melebar ke pipi melihat Echa sudah mula berubah.
                “Owh..thanks mama..hehe, mungkin dah sampai masanya Echa berubah kan..see you later mama”laung Echa sambil meninggalkan rumahnya.
       Kereta yang dipandunya sampai di sebuah shopping complex. Dia telah berjanji dengan kawannya yang belajar bersamanya di London dulu untuk berjumpa. Echa berjalan masuk ke dalam shopping complex tersebut, tiba-tiba handphonenya mendapat satu mesej.
           Sudah lama kita tidak bersua, finally I can see you are totally different’
                “aik siapa pula yang mesej, nombor tak familiar je..hmm,pedulikan jela”bisik Echa sendirian.
Sedang Echa berjalan,tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang mengekorinya dari belakang. Hatinya berdebar dan langkahannya makin laju tetapi semakin laju dia berjalan semakin dekat orang yang mengekorinya. Sampai suatu ketika, muncul kelibat seseorang dihadapannya.
                “wow,nak ke mana tergesa-gesa ni? I mesej pun you tak layan?”tanya Daniel.
                “I dah agak you. Kenapa you ikut i? apa yang you nak lagi?soal Echa kembali.
                “Nothing. I Cuma rindukan you. Takkan you dah lupakan i?haha” gelak Daniel.
                “Cinta you dah lama terkubur dalam ingatan i. You jangan berangan I akan terima you kembali. Cinta you tidak seagung cinta ilahi.”jawab Echa geram.
                “wah,dah pandai you berkata-kata sekarang. Terpengaruh dengan ajaran ustaz tu dah ke?”sindir Daniel.
                “You jangan nak melampau. Jangan sesekali nak hina Rifqy. Dia jauh lebih baik dari you,manusia bertopengkan binatang.”marah Echa.
                “Kurang ajar!” bentak Daniel sambil mengankat tangannya seolah-olah ingin memukul Echa tapi sempat ditepis oleh seseorang.
                “bukan ini caranya kau nak menindas kaum yang lemah. Dia tak sesuai lawan kau.”seru Rifqy yang muncul secara tiba-tiba.
                “Ok,bro!. Qalisya Ain, hari ni you terselamat. Jangan ingat ustaz ni ada untuk selalu selamatkan you,”ugut Daniel dan berlalu dari situ.
                “Terima kasih Rifqy, tak sangka kita dapat berjumpa di sini.”senyum Echa.
                “Sama-sama,jangan risau saya selalu ada untuk tolong awak. Ingat je kat saya, nanti saya akan muncul, hehe”celoteh Rifqy sambil membalas senyuman.
                “haha,pandai pula awak melawak ya. So,awak buat apa kat sini?”soal Echa.
                “tak ada apa, datang nak pergi book store. Dan awak sorang-sorang macam ni, bahaya,” kata Rifqy.
                “Saya nak jumpa kawan dekat depan sana, jomlah kita minum dan duduk bersembang sekali kalau saya tak menganggu masa awak” ajak Echa.
                “Hehe,boleh..Jarang ada gadis cantik macam awak pelawa saya untuk minum bersama” Rifqy berkata sambil berjalan.
       Rifqy turut duduk bersama Echa dan Dania kawan Echa. Sesekali pandangan Rifqy melirik ke arah Echa,dia mencuri-curi melihat kecantikan Echa yang makin terserlah apabila berselendang.
                “Rifqy ni kerja apa? Dah lama kenal Echa ke? soal Dania.
                “Oh,saya architect kat sebuah syarikat. Erm,tak adalah lama sangat,baru tahun ni saya dipertemukan dengan Qalisya..hehe”balas Rifqy.
                “Esih,kau ni Dania tanya macam-macam pula, hehe..Rifqy ni kawan abang aku sebenarnya.” Ungkap Echa.
                “ok lah,saya nak minta diri dulu. Ada urusan lain lagi. semoga kita dipertemukan lagi jika diizinkannya.” Rifqy berlalu pergi.
                “Echa..Echa..! aku rasa kan, aku dah jatuh cinta kat Rifqy tu.Cinta pandang pertama,hehe.” Jelas Dania.
                “haha,kau ni ada-ada jela. Pantang jumpa lelaki hansome mesti jatuh cinta,”gelak Echa.
                “Eish,aku serius la. Pertama kali aku melihat wajah Rifqy, aku rasa tenang sekali. Percakapannya dah buat hati aku terpaut,renungan matanya..wah..aku rasa hati aku sudah berbunga cinta…kau tak suka dia kan, jadi ada peluanglah aku nak rapat dengan Rifqy..” kata dania.
                “hmm…entah. Aku anggap dia macam abang je”spontan Echa menjawab tapi hatinya pasti menidakkannya.
     Muka Qalisya berubah setelah mendengar pengakuan dari Dania. Dia merasakan tercabar, tetapi mulutnya menidakkan apa yang dirasai oleh hatinya. Dia tidak pasti adakah dia juga menyimpan perasaan sayang pada Rifqy, atau mungkin sayang sebagai seorang abang. Dia sendiri buntu, namun dia serahkan takdirnya pada Tuhan. Andai jodohnya dengan Rifqy dia terima atau jika dia ditakdirkan untuk orang lain dia juga reda menerimanya.
       Sampai sahaja di rumah, Datin Rose terus menghampiri Echa kerana dia dapat menangkap sesuatu yang berlaku kepada Echa.
                “Echa, mama tengok Echa ni sejak balik jumpa kawan, senyum memanjang je..Jumpa buah ahti ke? guaru datin Rose.
                “haha,mama ni. Ada-ada jelah. Jumpa Dania dan juga terserempak dengan Rifqy…tadi..”bisik Echa sambil tersenyum.
                “yes, mama dah agak. Patutlah muka berseri-seri je..hehe”gelak Datin Rose.
                “Tak ada apalah mama. Kami kawan je, lagipun Dania yang dah jatuh ahti kat Rifqy..”balas Echa.
                “So,apa tunggu lagi. kalau suka cakap suka, nanti terlepas seorang lelaki yang baik. Dania pun boleh sukakan Rifqy yang baik” jawab Datin Rose.
                “Sudahlah mama.Serah ja pada takdir, hehe..Echa naik atas dulu.” Jawab Echa.
  Echa duduk termenung di penjuru katilnya sambil membuka selendang yang dipakainya itu. Echa mencapai diarinya dan mula menulis apa yang bermain difikirannya.
                Disini bermulanya pertemuan yang terakhir, kehilangan amat terasa di hati. Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir, ku terima perpisahan ini. Dulu kita satu jiwa satu impian, susah senang kita bersama. Namun itu semua hanya sementara…’ - Qalisya Ain-
                “ Ya, abang. Semuanya sementara, tiada yang kekal. Kalaulah abang dapat melihat Echa memakai selendang ini dan juga Echa sudah berbaik dengan Rifqy, mesti abang Mir bangga dengan Echa kan.”bisik kotak kecil hatinya. Tangannya mencapai telefon bimbit dan melihat satu mesej masuk.
                Salam,Qalisya Ain sangat cantik dan manis apabila berselendang. Syukur pintu hatimu sudah terbuka moga-moga Qalisya Ain sentiasa istiqamah. Saya sendiri pun tak tahu kenapa hati saya berdetik melihat awak, tapi saya cuma ingin berterus terang apa yang saya rasa. Harap awak tak marah.’- Azril Rifqy.
       Echa terpana seketika apabila membaca mesej dari Rifqy. Dia sendiri tidak tahu apa perasaanya sekarang, tetapi hatinya bagaikan berbunga kembali setelah diracun oleh Daniel suatu ketikda dahulu. Dan hari ini Echa merasakan bunga-bunga cinta bakal berkembang mekar jika ditaburi dengan baja cinta yang ikhlas. Gerak hatinya memaksa untuknya membalas mesej Rifqy.
                Wasalam, Rifqy. Terima kasih atas pujian iikhlas dari awak. InsyaAllah saya akan terus beristiqamah, dan tak lupa juga pada awak yang banyak membantu saya selama ini. Saya tak marahkan awak kalau itu yang awak rasa.’-Qalisya Ain
      Setelah mesejnya berjaya dihantar, hati Echa menanti jawapan dari Rifqy dengan penuh debaran. Sekali telefonnya bordering dan nama Rifqy muncul di skrin telefonnya sebagai incoming call dan bukanlah mesej. Echa serba salah namun dijawabnya juga panggilan itu.
       salam, Rifqy. Ada apa call saya? Kenapa tak balas mesej je?” soal Echa.
        “Wasalam, Qalisya maaf menganggu, saya rasa lebih elok kalau saya menyatakan hasrat hati saya yang sebenar menerusi telefon dan bukannya mesej. Saya inginkan suatu kepastian dari awak, seikhlas hati awak. Jika saya mesej mungkin jawapan itu tidak akan ikhlas lahir dari hati awak.” Jelas Rifqy.
         “Oh, tetapi kepastian apa yang awak maksudkan ini? Saya ada buat apa-apa salah pada awak? Katakanlah wahai Rifqy, saya sudi mendengarnya dan saya akan menjawab sejujurnya” balas Echa.
         “Sebenarnya hati saya tidak keruan sejak awak muncul dalam hidup saya. Selama ini saya menafikan perasaan ini tetapi hari ini saya tidak mampu untuk menidakkan lagi. semakin hari semakin kuat perasaan suka dan cinta saya pada awak. Saya takut untuk melafazkannya sebelum ini, kerana saya pasti awak belum bersedia, dan saya harap dengan pengakuan saya ini awak dapat menilai kejujuran saya terhadap awak. Saya tak mampu untuk berselindung lagi..”kata-katanya terputus dan terus disambung oleh Echa.
       “Awak tak mampu untuk berselindung lagi dari saya kan..Lagipun awak takut dengan perasaan awak sendiri, saya tak marahkan awak kalau sebelum ini awak cuba menidakkan rasa cinta awak pada saya kerana awak takut awak akan lalai pada Allah dan hanyut dengan cinta dunia kan..” jawab Echa.
       “Errm..ya saya takut jika rindu membuatkan saya alpa, dan jika cinta membuatkan saya lalai. Terima kasih kerana memahami saya. Jadi saya inginkan jawapan dari awak agar semuanya dapat kita selesaikan hari ni.” balas Rifqy.
        “Azril Rifqy, saya sejujurnya memang sudah mula menanam bibit cinta dan sayang pada awak, Cuma saya ingin melihat adakah cinta saya terbalas. Semuanya saya dah serahkan pada Allah dan Alhamdulilah hari ni Allah dah makbulkan doa saya. Saya yakin cinta sejati yang ditentukan oleh Allah adalah pada saya ialah awak Rifqy” sebak Echa melafazkan rahsia hatinya yang selama ini disimpan.
       “Qalisya Ain, awak memang perempuan yang baik. Terima kasih kerana membalas cinta saya, dan saya akan teruskan niat saya untuk masuk meminang awak dan kalau sudi menjadikan awak teman sehidup saya. Sudikah awak terima lamaran saya ini? Soal Rifqy menanti dengan penuh debaran.
      “Ya, saya setuju. Terima kasih Rifqy..”jawab Echa keriangan sambil mengalirkan air mata.
      “Terima kasih juga kerana terima saya. Saya akan segerakan perkara baik ini agar hubungan kita terus direstui.” Rifqy menjawab.
       Perbualan mereka  tamat disitu. Rahsia hati sudahpun tersurat dan jinjang pelamin menanti mereka untuk mendirikan masjid. Segala persiapan telah dimulakan dan menanti hari untuk menjadi raja sehari yang sah.


btw: keep reading, will be update soon..
kekangan masa menyebabkan jarang mood bercerpen..sowiie..:)
Part 6 ( KLIK )

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta