Sunday 8 September 2013

Hampir Putus Asa

Olla :(

           Sekarang dah masuk september dan nak masuk 2 bulan tanam anggur kat rumah. Ottokei?? Pening la fikir nak tunggu anggur berbuah, sampai ke hari ni tak berbuah. Setiap hari bagi baja, berharap akan berbuah, tapi apakan daya masih belum berbuah dan semakin hari semakin layu. 

          Setiap malam sebelum tidur mesti termenung, menerawang jauh fikirkan masa depan. Setiap kali bangun pagi mesti dengan satu harapan agar ada satu panggilan. Tetapi..semuanya hampa. Kenapa begitu sukar untuk hidup? Susahnya untuk mencari rezeki. Belajar setinggi mana pun, peluang untuk dapat kerja tipis. Kadang2 kita tengok orang yang belajar tak tinggi sekarang hidup senang lenang, bergaji dan bekerjaya. Kita? lepasan universiti hanya mampu apply dan apply namun tiada jawapan.


            Semua ni bergantung pada rezeki. Ya, memang semua ni rezeki masing2. Tapi, apakan daya aku hanyalah manusia biasa punya perasaan. Terkadang aku kuat dan saat ini aku rasa jatuh...hampir putus harapan. Aku tidak nampak di mana masa depan ku. Adakah selama ini perjalanan hidupku salah? Adakah menceburi bidang engineering itu satu masalah? Pelbagai andaian dan spekulasi bermain di kotak minda ku. Hanya hati yang mampu merasa, betapa sedih dan kecewa di saat ini. 

        Belajar 4 tahun, sekarang menganggur. Berusia 23 tahun tapi tidak mampu untuk membantu keluarga, tidak mampu untuk berkongsi rezeki hasil titik peluh sendiri. Sedih kan. Nasib tak pernah untung. Berlatar belakang bukan lah dari keluarga yang senang. Begitu kuat ujian mu Ya Allah :'(

Ku berharap akan kuat seperti air sungai yang tak pernah jemu mengalir 



~Aku harap jiwaku kental akan terus tabah dan sabar menanti sesuatu yang indah di atur oleh Allah~ InsyaAllah
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

0 sUntiKaN sEmaNgaT:

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta