Tuesday, 16 July 2013

6 Hari without Nasi

olla=)


      6 hari tanpa nasi? Yes, so far hari ni hari ke 7 kita berpuasa, dan alhamdulilah saya dengan bangganya tak makan nasi lansung selama 6 hari.  Tapi, agak2 la kalau saya cakap tak makan nasi 6 hari, terus pandang atas bawah. Awak ingat orang tak makan nasi terus kurus ke? Tak ada nya benda nak kurus dengan cepat. Kalau exercise tiap2 ari yelah jugak nak kurus badan.


           Sebenarnya elak makan nasi untuk reshape balik. Rasa macam benda2 yang tak sepatutnya terkeluar,haha..so tahan la dari makan nasi or bagi yang tak tahan tu makan sekali or makan sikit je. Tak ada yang mati kalau tak makan nasi, ni semua tabiat. Mind set orang melayu mesti makan nasi dalam sehari. So far, saya boleh tahan dan tak ada keinginan sangat nak makan nasi. Sebab paling utama, sebab ada kat kampus. Malang sungguh la 1 kafe je bukak, makanan apa je ade, ramai yang tak nak pergi. So, ni melemahkan semangat untuk saya beli lauk jugak.

          Kafe dah macam gitu, nak cari makan kat luar? Agak2 la kereta pun tak ada, tunggu orang ajak jela baru mampu nak keluar. Jadi, solusi nya makan jelah apa yang ada kat bilik. Tahan diri, nama lagi puasa, so tahan kejap je nanti dah nak balik rumah. Hoorayyy, kat rumah nati boleh makan kuih muih, lauk pauk and say NO to 'Nasi". Hahaha, nanti kat rumah kena makan sikit je nasi, takut naik berat bila nak raya. Dah la sekarang status tamat pengajian, opkos tengah mencari kerja ni. So, kalau dapat reshape and nampak la slim sikit pun dah ok. Konfiden la sikit nak pergi interview. 


           Nampaknya hari ni, macam nak suap nasi ke mulut. Semalam tacink, kena dengan my mum , dia tanya kenapa tak makan nasi la apa, sedih pulak dia cakap habis program terus balik makan nasi kat rumah. Lagipun kat rumah tak ramai, so tak meriah waktu berbuka. Tak apalah sabar sikit je lagi. Nanti dah sampai rumah. Hari ni, jom ber iftar reramai. Lepas ni dah tak ada peluang macam ni. 



btw: Selamat berbuka dan jaga pemakanan =)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

6 sUntiKaN sEmaNgaT:

huny madu said...

Kita cuba gak berbuka xnk makan nasi tapi xtahan pulak. Mesti nak cari nasi gak hehe.. tapi sahur mmg slamat la minum milo je dh ok :)

amir aizat said...

woah power lah!

.::: Princess MOMOY :::. said...

xpe kalau tak makan nasi tapi karbohidrat atau protein n vitamin lain kena balance tau

MisS BubBLe said...

@huny madukalau dah masuk 2/3 ari mungkin akan jadi terbiasa la :)

MisS BubBLe said...

@amir aizathaha, tak power mana. Sekarang selera bertambah pula..aiyoo

MisS BubBLe said...

@.::: Princess MOMOY :::.a'ah, betul2.. hehe

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta