Sunday 2 September 2012

Aurat yang tak disedari

Olla =)

Sebelum baca sila KLIK SINI untuk isi tabung =)



Untuk entri kali ni, sebenarnya zaty dah lama nak update tetapi selalu tak berkesempatan. Asyik ade je duk bercerita pasal benda lain. So, hari ni zaty nak cerita sikit pasal tajuk entri hari ni. Berkisarkan aurat, ramai antara kita tanpa menyedari mendedahkan aurat sesama perempuan. Kita tak sedar secara tidak lansung aurat kita terdedah pada kaum jantina yang sama. Maksud zaty ialah melalui pemakaian harian kita.
                Kebanyakan kita, pelajar terutamanya memakai seluar yang terlalu pendek (perempuan) iaitu di atas lutut. Antara sedar atau tidak perempuan juga ada batasannya antara perempuan. Aurat perempuan dengan perempuan lain (bukan mahram) ialah dari pusat hingga ke lutut. Tapi masa kini,  sudah ramai yang menggemari memakai seluar yang terlalu pendek hingga menampakkan atas lutut iaitu peha. Itu sebenarnya sudah termasuk sebahagian daripada aurat kita.

Zaty pun tak perasan sehinggalah kawan zaty, kak azia yang menyedarkan zaty mengenai ini. Jadi zaty berminat untuk berkongsi ilmu dengan semua perempuan akan perlakuan kita yang mungkin ada segelintir tidak menyedarinya. Alhamdulilah, nasib baik lah zaty berseluar 3 suku di hostel yang berada di bawah paras lutut. Zaty tahu ramai yang berseluar pendek terutama yang tinggal di hostel, tetapi dengan berpakaian sebegitu kita dengan mudahnya menambah dosa pada diri sendiri.
Bayangkanlah nak menjaga aurat dengan lelaki pun susah takkan aurat dengan perempuan yang begitu senang  pun kita tak boleh nak jaga. Mungkin adalah yang tidak sedar akan hal ini, tetapi zaty harap dengan entri ini dapat menyedarkan setengah pihak. Walaupun sudah ada yang terbiasa, tetapi lebih elok pakai di rumah la, kalau untuk berada di hostel apa salahnya membeli seluar tiga suku, itupun dikira seluar pendek dan menyelesakan. Cubalah korang perhatikan sekeliling korang, memang ramai yang berkeadaan macam ni, ada yang dah macam boxer. Lansung tak malu dedahkan sehingga hampir menampakkan benda yang tak sepatutnya.
Kita yang memandangnya biasa tetapi hakikatnya benda itu mendatang dosa bagi si pemakai. Kalau yang duk pandang pun bernafsu, lain cerita la. Maka dosa lah juga  yang akan menyusul. Zaty pun sekadar berkongsi bukan menuding jari pada sesiapa, cuma menyedarkan pada sesiapa yang tak perasan atau menyedari aurat antara perempuan pada hakikatnya.




~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

4 sUntiKaN sEmaNgaT:

Unknown said...

alhamdulillah.didiey sentiasa pakai tracksuit panjang.zaman belajar smpai skrg :)

thanx for the info zaty ^_^

MisS BubBLe said...

Alhamdulilah, baguslah kalau macam tu. Kdg2 kita tak sedar kan pemakaian kita tu..

BTS said...

nice entry..

MisS BubBLe said...

@Arjuna Silvera
thanx =)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta