Friday, 14 September 2012

Kawanku di mana

Olla =)


         Morning korang, biarlah terlambat pun, tapi belum pukul 12 tengahari lagi kan. Mata still ngantuk tapi tahan jela sebab tak elok tidur lelama kan, lagi pun hati tengah gundah gulana. Rasa sedih sangat, sedih dan sedih. Tapi apa kawan nak kisah kan, lagipun saya ni mungkin tak ada lah special sangat. Nak cari kawan betul-betul faham dengan kita memang susah, dah puas mencuba untuk jadi yang terbaik. Mungkin kadang-kadang apa yang kita dah buat, sacrifice pun orang tak nampak. Hanya kita je yang anggap dia kawan yang boleh kita menumpang. 

          Seriusly, zaty memang seorang yang lemah. Zaty akan kuat bila ada orang yang sanggup berada di sisi untuk tolong. Zaty dah cuba, tapi kenapa hati ni masih boleh rasa sakit, boleh ada perasaan makan hati, memang tak nak semua tu, tapi bila ada perlakuan atau perbuatan yang seolah-olah zaty ni tak penting, seriusly zaty makan hati. Rupa-rupanya zaty sorang jela yang anggap dia kawan, yang boleh mengadu certain thing. Mungkin dekat hati dia, sebaik mana pun zaty cuba lakukan, dia takkan boleh treat zaty macam dia treat kamu-kamu. 


         Mungkin dia-dia selesa bersama dia je. Zaty pula jadi tempat kitar semula, ada pun tak pe, tak ada pun tak pe. Pape hal bukan nya nak dengar zaty. Mungkin susah kot orang nak terima zaty kat sini, walaupun dah hampir bertahun-tahun bersama. Sampai ada yang cakap zaty ni macam bodoh pentingkan kawan yang tak hargai zaty seadanya. Memang rasa diperbodohkan tapi zaty tak nak gaduh-gaduh. Biarlah cukup hati ni je makan hati. Kalau di hostel sekolah dulu, seriusly memang kiteowang rapat, zaty ada kawan-kawan yang selalu di sisi sampai sekarang dia masih contact zaty. oopss, sori tak angkat dia punya col pagi tadi sebab tidur..Hehe..



btw: agak-agak siapalah yang rasa kewujudan zaty ni penting dalam hidup dia.. bajet je kan zaty ni, nak menagih simpati orang yang tak sudi..phuiii...~


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

4 sUntiKaN sEmaNgaT:

Azee Hana said...

bersabar ye dear..

~didiey~ said...

sememangnya kawan mudah dicari tapi sahabat sgt susah kita nk jumpa...

MisS BubBLe said...

@Azee Hana
yerp2..thanx azee =)

MisS BubBLe said...

@~didiey~
a'ah, itu mmg sebetulnya. Kwn dan sahabat sgt berbeza..

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta