Monday 3 September 2012

PTPTN je yang ku mampu


Olla =)

PTPTN menyusahkan anda ke? Kalau menyusahkan kenapa still nak pinjam juga dengan PTPTN. Habis yang ada mulut tu mulut ni asyik cakap berat PTPTn ni, susah nak membayarnya nanti. Korang yang cakap macam dapat TAJAAN JPA ke MARA ke PETRONAS ke or what so ever ke haa ? Kalau korang dah tahu PTPTN ni nanti bayarannya banyak, so pandai-pandailah belajar elok-elok senang nak apply scholarship. Sekarang dah banyak yang sediakan scholarship untuk pelajar-pelajat IPT. Betapa beruntungnya sape yang dah terima tajaan sebegitu. Tak payah nak fikir bayaran keesokan harinya, tak payah nak ikat perut di universiti dan ada dengan duit tajaan pun bole buat biayai untuk majlis pertunangan. Memang sangat untung.

        Tapi malangnya nasib seperti zaty yang lansung tak dapat nak merasa mendapat duit tajaan. Zaty nak salahkan siapa kalau bukan diri sendiri. Dah banyak peluang depan mata, tetapi masih belum juga zaty capai. Waktu dulu masuk je tingkatan 1, zaty dapat biasiswa dari syarikat mak sedara nekerja. Tetapi hanya sampai tingkatan 3 sahaja, tak banyak pun duit terkumpul sebab zaty guna buat beli buku banyak masa form 3. Lepas tu masuk form 4 pula bermula kehidupan di MRSM. Duit biasiswa tu tak dapat diteruskan sebab luar daripada negeri yang zaty diami. So, biasiswa tu terhenti camtu then dekat MRSM kiteowg dapat hanya wang saku setiap bulan kalau tak silap. Dah lupa dalam RM 25 macam tu. Peluang sebenarnya dah dekat dengan zaty, tapi zaty tak mampu nak mencapainya. Kalau dekat MRSM memang ada program SPC (skim pelajar cemerlang) kiranya sape yang dapat trial spm tinggi boleh lah dapat tajaan ni. Ada tu tak payah tunggu result spm dah boleh sambung belajar di IPT.

         Memang banyak sangat peluang kalau dah masuk MRSM, Cuma zaty je yang tak bertuah mungkin effort zaty belum cukup dan berbaloi untuk zaty kecapi macam orang lain. Ramai yang fly ke luar Negara, tajaan tu tajaan ni, masuk belajar kat UTP yuran free, bulan2 dapat duit elaun lagi. Zaty pula, lepas spm terus ke matrikulasi. Dekat matrik ni yuran semua ditanggung sendiri tetapi kiteorang akan dapat duit elaun juga untuk 1 sem dia bagi RM 1500. Kiranya setahun kat matrik  RM 3000. Tapi waktu tu duit cukup-cukup makan je siap tambah duit mak bapak pula kasi. Dekat matrik pun peluang cerah sebenarnya, kalau result gempak boleh mohon tajaan khusus untuk pelajar matrik akan ditaja belajar dan bila dah habis nanti kena balik mengajar jadi lecturer di matrik.

         Tapi mostly result yang tinggi2 dekat matrik berjaya dapat tajaan JPA. Bila dah masuk university diaorang tak payah nak pinjam PTPTN ke MARA, sebab nak dapat tajaan JPA lepasan matrik macam senang je daripada lepasan SPM. Tengok dekat situ pun zaty dah terlepas peluang. Seriusly zaty kesal tetapi memang tak dapat berbuat apa-apa melainkan teruskan hidup sebagai peminjam PTPTN. Walaupun keluarga zaty mampu untuk menanggung pembiayaian di university, tetapi zaty tak nak membebankan. Waktu tu zaty pun tak tahu sangat nak pinjam duit MARA, Cuma ikut kawan cakap nak pinjam PTPTN zaty pun terus buka akaun sspn. Maklumlah tak ada sesiapa yang guide zaty, semuanya zaty tanya kawan. Kalau zaty pinjam dengan MARA mungkin waktu bayaran nanti akan dipotong jumlahnya kerana pinjaman MARA ni dia potong ikut pointer. Tapi PTPTN juga dah ditukarkan kepada biasiswa bagi pelajar yang grad dengan kelas pertama. MasyaAllah, ini peluang yang ke berapa zaty tetap terlepas dan masih belum dapat capai. 
           Bila renung-renung rasa macam nak nangis sangat sebab tak mampu nak grad kelas pertama nanti. Dah tak boleh nak kejar, telinga ni sakit je dengar ura-ura orang lain. Kenapa pinjam PTPTN? Susah nanti nak bayar..habis tu kalau zaty tak pinjam ada ke sesiapa yang sudi nak bagi pinjam or taja zaty? Tolonglah jangan tanya soalan kenapa tak minta biasiswa sebab dah sah2 la orang yang tak dapat biasiswa akan pinjam PTPTN. Dan kalau lah waktu tu juga ada yang sokong and guide zaty suruh pinjam MARA ke or agensi lain kan bagus. Tapi zaty independent sebab parent zaty memang tak tahu and tak de masa nak care semua ni. All the thing zaty sendiri urus dan fikir. Zaty nak masuk university mana, pilihan sendiri no more opinion from others. Memang zaty tak ada sesiapa nak rujuk.. alhamdulilah lah walaupun pinjam PTPTN zaty memang tak menyusahkan parent, tak de lansung minta duit bulan-bulan malahan zaty cuba untuk berjimat sebab nak save money dan sumbat kat akaun sspn.

         Mungkin nasib adik zaty lebih cerah sebab dia ada yang guide. Sape lagi kalau bukan zaty, dan siap dapat arahan dari parent lagi. kalau zaty tak tolong dia, mesti akan cakap pada siapa lagi nak tolong. Then macam mana zaty dulu? berdiri di atas usaha sendiri. Now they are more focusing on this issue when other people talked about ptptn. Waktu zaty ada ke masa untuk dengar semua luahan zaty minta pendapat……ermm,I need to be more independent. Biarlah orang nak cakap apa, tapi zaty tahu Allah itu merancang sesuatu yang terbaik untuk zaty. Mana tahu dapat suami yang berpendapatan tinggi, bolehlah ringankan beban zaty langsaikan hutang. Seriusly teringin nak cari duit poket sendiri lepas tu sumbat dalam bank untuk simpanan akan datang. InsyaAllah….


btw: sape yang tak nak biasiswa..tapi mampukah.....

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

8 sUntiKaN sEmaNgaT:

Cik Putri said...

yg dapat ptptn tu tak bersyukur sebenarnya.mcm pu3,pu3 dapat pinjaman mara.alhamdulillah boleh kurang beban sket..

MisS BubBLe said...

@Cik Putri
hmm, tu laa...ada yg sampai still tak cukup duit

Unknown said...

sy dulu boleh pulak terlepas nak apply JPA even syarat dah lepas. yg lain2 mcm biasiswa petronas sume semalam tamat tempoh, hari ni baru tau. byk yg mcm tu. last2 malas nk tunggu biasiswa ape lg yg ade apply je la ptptn. xpe lah, at least ade jugak duit nk byr yuran belajar.

MisS BubBLe said...

@aisya
a'ah awalnye memang sedap la sebab yuran dah ditolak semua kan. Waktu dulu mana tahu sangat nak apply benda2 lain, xde orang nak guide..huu~

Liza Razak said...

kalau x de ptptn ni..mcm manelah nak sambung study kan..

MisS BubBLe said...

@Liza Razak
a'ah, betul tu kan...

Sarah said...

Salam, hi. baru d sini.hehe. btw nice entri. sarah baru je dpt sambung blaja. igt nak ajak member. tp member tkt nk sambung sbb masalah kewangan, mean dia penah pinjam ptptn masa diploma dulu. dia dpt pointer cmerlang CGPA 3.5. sarah rasa dia bole dpt biasiswa. cuma mungkin dia risau cmne nk selesaikan hutang ptptn tu

MisS BubBLe said...

@Sarah Harun
tenkiu sarah.. Kdg2 ade yg sggup xsmbg blaja sbb duit. Tp kwn sarah tu boleh rasanya dye cuba biasiswa ataupun pnjaman mara. Nti bila dh blaja suruh die score pointer so, xdela kena byr nti..Lebih baek berjaga n sedar dri awal..xpun cri side income smbil2 blaja, hehe.. ape2 pn blaja leklok ye..score dri awal agr xmnyesal mcm zaty :)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta