Thursday 12 July 2012

Part 5: Biarkan Kenangan Itu



Sudah seminggu cuti panjang Rea bermula, hidupnya kini aman tanpa gangguan kampus, tanpa kesibukan alam universiti. Dia kini bebas dari segalanya, tetapi kadang kala bayangan beberapa orang di kampus sering melintasi kotak fikirannya. Terdetik juga kerinduan di hatinya untuk bertanyakan khabar, namun dibiarkan sahaja kerinduan itu menjadi kuat di hatinya.
            “Rea, kamu ni dah beberapa hari asyik bangun lambat je, cuti ni ibu tengok kamu asyik tidur je kerjanya..ish anak dara apa ni,” leter ibunya.
            “Ala, ibu..Rea baru je nak rilek, masa belajar dulu tidur tak cukup. Sekaranglah masanya untuk tidur. Kasilah chance Rea rehat puas-puas. Hehe,” ulas Rea.
            “Ibu rasa macam dah cukup kamu rehat, dah tu praktikal kamu bilanya mula? Kalau asyik tidur macam ni, tak ada orang nak ambil kamu praktikal,” sambung ibunya.
            “Hari isnin ni, mulalah Rea praktikal. Ibu jangan risaulah, nanti Rea bangun awal pagi pergi praktikal, benda kecil je ibu..haha”gelak Rea.
            “Dah kalau macam tu tak apalah, kalau ibu cakap sikit benda kecil. Hah, ni nak cakap benda besar la pula,” kata ibu Rosnah.
            “Apa hal besar pula ibu? “serius Rea menanyakan begitu pada ibunya.
            “Kamu tu la, dah bertahun-tahun belajar kat sana, takkan tak ada bersangkut kat sesiapa?” soal ibu Rosnah.
            “eish, sangkut-sangkut apa pula ni bu, tak paham lah Rea,” sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
            “Ala…tak usah nak berdalih lah. Umur tu dah meningkat, nanti kawan-kawan kamu semua dah kahwin, tinggal kamu sorang je. Lambatlah ibu dapat menantu macam ni,” ulas ibu Rosnah.
            “ohh, ibu ni ke situ pula. Rea baru je habis belajar, praktikal pun tak habis. Perjalanan hidup ni panjang lagi bu, dah la malas nak fikir. Rea nak keluar petang nanti, nak jumpa kisya, dia pun dah cuti. Oke lah bu, nak pergi bersiap dulu…..”jawab Rea sambil berlari masuk ke biliknya.
Setiap kali ada masa terluang macam tu, mesti ibu Rea, Ibu rosnah akan bertanyakan soal pasangan hidup. Setiap kali ditanya benda yang sama, mesti Rea akan cuba untuk mengelak kerana dia sendiri tidak tahu nak jawab apa. Semuanya dia serahkan pada Allah untuk menentukan jodohnya. Lagipun ini soal teman hidup yang akan dia hidup bertahun-tahun mestilah kena pilih yang betul-betul sesuai dan dapat melengkapi kekurangan dalam dirinya. Bukannya senang macam memilih baju. Rea berharap sangat dia akan menemui cinta sejatinya suatu hari kelak.
                 Kereta viva merah mula meluncur masuk di perkarangan rumah Rea. Kelihatan seorang gadis kecil keluar dari kereta itu. Rea melihat dan merenung jauh dari tingkap biliknya, selepas diamati barulah dia sedar itu rupanya kisya, temannya dari kecil. Rea tersenyum sendirian melihat gelagat kisya yang tidak berubah-ubah, gadis kecil molek yang sentiasa tampak cantik dan kemas setiap masa. Rea memberikan isyarat tangan pada kisya agar menunggunya sekejap sementara dia sedang melilit selendang di kepalanya.
               Setelah siap, hand bag yang tergantung dibiliknya ditarik dan terus disandang ke pangkuannya. Rea terus bergegas turun ke bawah untuk mendapatkan kisya yang sedang rancak berborak dengan ibunya di bawah. Entah apalah yang di borak Rea sendiri pun tidak tahu.
            “Okeh , kisya kecik…jom kita gerak sekarang. Ibu, Rea keluar dulu ya,” ujar Rea.
            “iyalah, keluar elok-elok. Jangan lama sangat, hah kisya bawa kereta elok-elok juga,” pesan Ibu Rosnah.
Kereta Viva merah meluru keluar dari perkarangan rumah Rea. Makin lama makin hilang bayangan kereta itu di pandangan Ibu rosnah.
            “Amboi, rancak berborak dengan ibu, ibu aku cakap apa kat kau kisya?”soal Rea.
            “haha, tak ada apa. Rahsia aku dan ibu kau mana boleh beritahu kau,hihi”balas Kisya.
            “Ahhh, tak payah nak berahsia sangat la kan, cepat bagitau aku. Hah, ni mesti dia tanya aku dah ada boyfriend belum kan. Macam lah aku tak tahu ibu aku tu..eiii” Rea membuat andaian.
            “hahahaha, tu la kau memilih sangat. Ibu kau tu dah tak sabar nak terima menantu, cepat-cepatlah cari. Kesian ibu kau..”balas Kisya.
            “Amboi, kau pun sebelah ibu aku ya, aku bukannya tak nak tapi aku tak percaya sangat dengan cinta cintun manusia ni. Semuanya tipu belaka, yang pasti ada pembohongan di sebalik percintaan dua orang manusia,”ulas Rea panjang lebar.
            “Ala, kau jangan nak bandingkan semua lelaki dengan zafril kau dulu tu, kau kena berani untuk menerima apa jua keadaannya. Bercinta ni memanglah berisiko dan juga kekuatan cinta itu ada penipuan juga,”jelas Kisya.
            “Dah la, tak payah nak sebut nama budak tu. Aku dah lupa semuanya lah, bukan sebab dia aku jadi takut untuk terima lelaki dalam hidup aku. Cuma aku nak lebih berhati-hati. Ala, kalau ada lelaki yang muncul depan aku sekejap lagi, mana tahu dia jodoh yang Allah tetapkan, aku terima je tak kiralah dia macam mana pun,” balas Rea.
            “Iya? Kau pasti Rea? Kau jangan Rea, nanti doa kau tu termakbul baru kau tahu. Manalah tahu muncul lelaki yang kau tak suka dan dia adalah jodoh kau. Bahaya Rea, ni soal jodoh. Kau tak boleh nak tolak takdir..haha” gelak Kisya.
            “Eiiii, kau ni saja nak takutkan aku la. Dah kalau dia jodoh aku, nak buat macam mana, redha jela. Kau tu kisya, cakap orang dah kau dengan din bila lagi nak ke jinjang pelamin. Tak sabar dah aku ni nak makan nasi minyak,hehe” balas Rea.
Lampu isyarat hijau sudah menyala, Kisya mula menekan pedal minyak untuk bergerak, tiba-tiba datang sebuah kereta swift silver laju memotong kereta kisya. Terkejut mereka dan Rea sempat menoleh melihat empunya kereta yang memotong mereka. Rea seakan kenal pemuda itu yang melontarkan senyuman yang sama padanya ketika hari terakhir peperiksaannya.
            “Uish, kau kenal ke pemuda sombong tu Rea? Aku tengok kemain dia seyum je kat kau. Ingatkan nak buka tingkap minta maaf ke apa,”soal Kisya.
            “Aku rasa macam familiar je muka pemuda ni, kalau tak silap dia…….minggu lepas pun dia yang…ahhh, lupakan jela. Malas nak fikir, dah la kisya,” jawab Rea seakan menyembunyikan sesuatu.
                            ***************************************************


Sudah habis..Mohon KLIK SINI 




btw: will be update soon , keep waiting dears :)
Part 4: (KLIK SINI)






~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

2 sUntiKaN sEmaNgaT:

Unknown said...

salam ziarah...

wow...penulis cerpen rupanya. Ade juga bakat blogger yg hebat mcm ni ye! bagus... teruskan usaha!

MisS BubBLe said...

@Alif Ismail
wslm, thanx alif sudi drop kt blog nie.. hehe, InsyaAllah jika diberi kesempatan wktu utk truskn menulis :)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta