Thursday 13 December 2012

ohh Durian !

Olla =)


          Mesti korang semua dah dilanda dengan demam durian kan, maaflah Miss Bubble terlambat update sal durian ni. Disebabkan musim buah yang melanda sekarang ni, banyaklah pulak durian situ durian sini sampaikan tekak ni dah rasa kempunan dengan durian. Dan lagi satu makanan baru yang semakin famous iaitu durian crepe. Tapi bukan setakat perisa durian je, ade kiwi crepe, strawberi crepe n pelbagai jenis crepe lagi lah. Rasa durian crepe yang zaty makan hari tu sebijik macam makan durian betul je, die punya cream kat dalam tu tak rasa sangat pun. Ade certain orang suka, ada certain tak . Terpulang pada taste masing2 la.

         So, nak dijadikan cerita, disebabkan kempunan nak durian, time keluar semalam Miss Bubble singgahlah satu gerai/stall buah durian sebab nak beli with my housemate. Tengah pilih2 yang mana elok, penjual tu siap hulur suruh rasa yang ni, rasa yang tu. Lepas tu, tiba2 dia bagi sebijik durian kat kiteowang dan suruh duduk kat meja belakang makan sampai habis, dibekalkan 3 air mineral. Wahh, rasa beruntung sangat sebab dapat makan percuma lagi. Dah la tadi masa nak pilih durian dah try beberapa ulas..haha :D


Okeh, dah macam gerai sendiri duduk menikmati sebiji durian, tapi separuh tak habis pun..segan je ase ~ hik3

Bila dah rasa kenyang sikit, perut terisi terus angkat kaki pulang. Haha, buah durian di belakang bonet kereta memang betul2 memenuhi bau kereta.


btw: Cubalah hargai kawan yang masih ada di depan mata ..peace ~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

0 sUntiKaN sEmaNgaT:

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta