Thursday, 29 September 2011

Milik Siapa Hati Ini

Olla sume....:)


     Bersua kembali kita semua dalam edisi blog malam..hehe, macam rancangan dalam tv x? saja nak hiburkan hati jap,..kasi ubat hati ni sikit yang selalu terluka..tapi mestilah ada sebab kan kenapa hati ni terluka, lumrah hidup memang macam ni..tak semua nak jaga hati kita..siapalah kita di mata manusia melainkan Allah yang sentiasa prihatin pada diri kita..betul tak? Tapi kan, Miss Bubble sedar Miss Bubble memang sensitif, tapi bukan sengaja nak terasa cuma bila kita di perantauan, maybe we need someone that can accompany us and always beside us tak kira lah saat ketawa taupun sedih..Kalaulah boleh Miss Bubble tahan je hati ni, tampal gam kuat2 xnak bagi tercalar ke terasa sebab kata orang berdosa kalau kita berkecil hati?? tak percaya ker, jum kita baca jap..


Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.




            So, bila dah baca harap2 sume faham lah kan..tapi rasa cam normal je kalo hati kita ni terasa or 
berkecil hati sebab2 tertentu contohnya macam termakan hati dengan kawan ke, kawan tak hiraukan kita ke, memulaukan kita ke dan macam-macam la.. Tapi apa pun yang penting kita berusaha mengawal hati kita, mungkin itu yang sebaiknya..kalau kita berkecil hati, mungkin kita perlukan sedikit ketabahan dan mohonlah pada pencipta kerana DIA yang benar-benar mengenali kita kan:)




btw: i'm trying to cure myself without show my expression in front...:))
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday, 26 September 2011

Part 8: Qalisya Ain

        
       Kemeriahan begitu terasa di teratak Datuk Esham dengan kehadiran ahli keluarga baru iaitu Azril Rifqy yang baru sahaja menjadi salah seorang ahli keluarga tersebut. Rumah datuk Esham juga diserikan lagi dengan kehadiran cucu lelaki pertamanya yang telah selamat dilahirkan oleh menantu sulungnya syafinaz. Teratak itu kini tidak lagi sunyi seperti dahulu setelah pemergian Qashmir, kini semuanya telah berganti bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, begitulah juga kehadiran Rifqy yang seolah-olah menggantikan Qashmir. Echa pun sudah bertambah gembira dan dia kini sudah mempunyai tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dia bernekad untuk menjadi isteri yang solehah dan patuh pada Rifqy. Dia benar-benar tidak menyangka cintanya pada Rifqy berakhir dengan rumah tangga.
                “Rif, jom turun sarapan. Mama dengan papa dah tunggu kita kat bawah” ajak Echa.
                “Yes, dear. Jom..”sambil memeluk pinggang Echa dengan erat.
Setibanya pasangan pengantin itu di ruang makan, semua mata tertumpu pada pasangan bahagia itu sambil diiringi suara baby yang seolah-olah ingin turut bercakap.
                “Mama tengok kamu berdua ni bahagia sangat. Terima kasihlah Rifqy sebab tolong jagakan anak mama tu, dia manja sikit..hehe” usik Datin Rose.
                “Tak adalah mama, dah tanggungjawab saya. Saya akan jaga dia sampai hujung nyawa saya, kalau dia nakal nanti saya cubit dia” gurau Rifqy sambil mencubit pipi Echa.
                “Apa abang nie,sakit tau..Malulah kat depan semua ni,” jawab Echa sambil tersenyum.
                “Haha, tengok..baby boy asyraf ni pun dah pandai nak bercakap dengan maksu dan paksu dia. Baby Asyraf panggil ni sebab maksu dia tak pedulikan dia dah sejak kahwin ni..heehe”gurau kakak ipar Echa iaitu syafinaz.
                “Alalala, Asyraf merajuk dengan maksu ya sebab maksu tak pedulikan Asyraf..”Echa mendekati Asyraf sambil mencium pipi.
                “Eh eh, jangan cium banyak sangat rimas nanti anak abang long tu. Cepat-cepatlah buat anak senang sikit Asyraf tak sunyi nanti boleh bermain dengan sepupu la katakan..hahaha” Qabill tergelak besar selepas mengenakan pasangan pengantin baru itu.
     Semua tergelak dengan usikan Qabill terhadap Echa dan Rifqy. Suasana pagi itu sungguh meriah, baru sekarang dapat melihat kuntuman senyuman yang sentiasa diukir oleh Echa. Qalisya Ain kini sudah mempunyai hidup baru yang berbekalkan kasih dan sayang Rifqy. Mereka berdua pada hari itu akan bertolak ke Paris untuk berbulan madu sempena hadiah daripada Datuk Esham.
     Setelah mengambil perjalanan yang jauh, akhirnya Echa dan Rifqy selamat tiba di Bandar Paris. Disitu akan bermulanya cinta mereka yang sah dan direstui. Echa dan Rifqy menginap di salah sebuah hotel, dan mereka tidak bercadang untuk keluar mengintai keindahan Bandar Paris kerana kepenatan dalam kapal terbang masih belum hilang.
                “Echa, betul-betul tak sangka, kita dah sampai ke tahap ini kan. Echa tak pernah menjangka percintaan yang tulus dan ikhlas dengan abang.”ujar Echa sambil membuka selendang di kepalanya.
                “Ini semua kan dah suratan takdir kita berdua disatukan atas kehendaknya. Sayang kena ingat tahu, abang sentiasa cinta dan sayang pada sayang..” bisik Rifqy.        
                “Ya, setelah banyak liku-liku hidup kita tempuhi, dan akhirnya Allah menghadiahkan kita satu kebahagiaan di dunia kan. Kalau diingatkan dulu, rasa macam lucu pula detik-detik kita bertemu dulu,haha”gelak Echa.
                “amboi, gelak pula sayang abang ni ya. Ala, Echa dulu jual mahal sangat, abang tak sanggup nak kacau lagipun Echa masa tu kan dah kenal Daniel. Tapi abang tak pernah putus berdoa agar disatukan dengan Echa andai Echa adalah jodoh terbaik abang.
                “Echa sentiasa cinta pada abang. Echa janji cinta Echa akan terus mekar dalam hati abang, Echa takkan biar sedikit pun ia layu..Setiap hari Echa akan bajai cinta kita” kata-kata Echa itu membuatkan Rifqy tenang dan tersenyum.
                “Terima kasih sayang! I really love you!” sambil mengucup dahi isterinya yang tersayang.
“Love you too!!”bisik Echa,hatinya bagaikan tidak tahan lagi dentuman cinta yang kini hangat didadanya.
Satu kucupan hangat lagi singgah di pipi gebu Echa. Rifqy memeluk isterinya yang tersayang sekuat hatinya. Akhirnya mereka lena di atas katil empuk dengan suasana yang agak kesejukan pada malam itu.
           Suasana pagi di Paris benar-benar berbeza dengan keadaan di Malaysia, cuaca dan iklim yang bersuhu sejuk. Namun Echa dan Rifqy dari awal pagi lagi sudah bangun dan merancang untuk melawat kota Paris. Pasangan bahagia itu memulakan hari indah mereka dengan seribu perancangan agar hari itu menjadi satu kenangan yang paling bermakna dalam hidup mereka. Sedang asyik Echa melihat barang-barang yang dijual di tepi jalan, tib-tiba dia merasakan tangannya dipegang erat dan digenggam kuat. Echa mendongak dan memandang wajah Rifqy dengan seribu persoalan di kotak minda, tetapi wajah Rifqy berubah serius seakan-akan ada sesuatu yang dia inginkan lafazkan pada Echa namun tertahan di dalam hati..Echa menatap wajah suami tercintanya, Rifqy menarik nafasnya dalam-dalam dan mulutnya mengatur untuk memulakan bicara.
                “Sayang…Sayang…abang cinta sangat pada sayang! Abang tak tahu macam mana lagi nak tunjukkan kasih dan sayang abang pada sayang..”Rifqy meluahkan apa yang terpendam didalam hatinya, walaupun dia seakan tidak sedar apa yang diungkapkannya.
                “Iya, Echa tahu abang sayang Echa. Echa pun sama. Kenapa ni abang? Macam ada sesuatu je?” soal Echa sambil mengerutkan dahinya.
                “Entahlah sayang,hati abang ni selalu berdegup dengan cinta sayang dan abang takut jika jantung ini sudah tidak mampu berdegup, maka lupuslah cinta kita yang dibina.” Ungkap Rifqy.
                “Abang..jangan cakap lagi. Echa akan terus semaikan cinta kita. Echa yakin cinta kita dapat bertahan sampai ke akhir hayat…” sayu hati Echa sambil melihat wajah Rifqy.
                “Iya sayang..abang bersyukur dengan semua ini, tapi abang harap andai tiada lagi abang di dunia ini, semadikanlah kesetiaan dan cinta kita dalam hati Echa..”makin kuat Rifqy memegang tangan Echa.
                “Abang… Echa tak nak dengar semua itu. Echa tak pasti dapat terima ke tidak jika itu berlaku..” air matanya mulai menitis..
                “Maafkan abang andai abang melukai hati sayang..jangan nangis lagi ok,setiap titisan air mata sayang itu membuatkan hati abang ingin turut menagis. Don’t worry,I will be by your side forever” sambil menyapu jernih kaca yang mulai terburai di pipi Echa dan mencium tangan Echa.
  Sedang asyik mereka berdua berjalan di suatu lorong, tiba-tiba datang sebuah kereta yang dipandu laju dari hadapan mereka seakan ingin melanggar mereka berdua. Rifqy dengan cepatnya memeluk Echa dan mengelak ke tepi sehingga terjatuh. Nasib mereka baik kerana sempat mengelak dari dilanggar kereta tersebut namun saat mereka memandang ke arah kereta itu, suatu tembakan telah dilepaskan oleh pemandu kereta itu dan menuju ke arah mereka tetapi sempat dihalang oleh Rifqy. Echa tersentak dan menjerit apabila melihat suami tercintanya penuh dengan berlumuran darah di dada. Pemuda yang melepaskan tembakan itu tersenyum lebar apabila melihat Rifqy terbaring dengan penuh darah di badannya lalu berlalu pergi sambil menekan minyak keretanya yang kuat. Echa terus menjerit sekuat hati meminta tolong dan menangis tidak henti-henti sambil melihat suaminya terbujur di situ.
                “Echa…sampai..bila pun abang tetap sayangkan Echa……..”ucap Rifqy dengan nada yang sangat lemah dan dunianya seakan gelap dari cahaya.
                “Don’t leave me alone..Please wake up!! Raung sekuat hati Echa apabila Rifqy tidak memberi sebarang reaksi lagi.
                                                ********************************
 Part 7 ( KLIK )
Last part will be update soon, sorry n keep reading:)
  

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday, 19 September 2011

Jalan sini Jalan sana

olla dan selamat malam:)

errmm..rendunya kat blog sendiri, internet kat sini slow sangat sampai tak boleh nak log in..kesian, kesian, kesian ! tapi memandangkan malam ni dah dapat buka, jadi Miss Bubble update la satu ye untuk teman pembaca semua. Miss Bubble pun busy dengan tugas, tak sempat nak menghadap lama-lama depan laptop. Jadi apa kata Miss Bubble share sikitlah gambar semalam time Miss Bubble keluar dengan kawan-kawan..Jum layaann:)

hUhu, macam sama besar dengan Doraemon kan.;p


eh3..kenal tak muka sape dalam doraemon? hehe


Habis dengan semua nak ambil gambar kan3..;p


Rasa cam nak masuk je dalam tu..hee~


Alololo..cumei kan panda tengah panjat uhh..


ok dah kantoi! patutlah banyak mainan kat sini kan..hee~

hUhu, hangout dengan member memang best sampai masa tu cepat berlalu..Kiteorang keluar pun sebab ada something nak beli, then sambil2 tu ambil gambar kat sini jap sementara menunggu kawan tengah buat cermin mata..Paling lucu kan, Miss Bubble dengan sorang kawan pergi duduk dekat kerusi gintell tuh kan ' rest n go'. Kononya nak cuba lah, sekali duduk rasa geli je..hahah, sakit sikit pun ada sebab timbul cam batu kan kerusi tu..haha, biasalah kerusi urut..walaupun 3 minit tapi rasa cam lama, bukannya rest tapi kami tak habis-habis gelak jee..aduii...:D

~fuh, malam ni otak jiwang sambil menaip cerpen nak buat kesudahan..esokla update ye..sowi lama sangat~

btw: macam2 mood ada..bercampur baur, k la nyte!





~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday, 14 September 2011

HomeSick!!!

Olla dan selamat malam semua:)

       ermm..asyik nak mengeluh je Miss Bubble ari ni..MAna tak nya, rasa cam lain je..kat kampus tak ada air..MAsalah betol kan? air ni penting kot..Time awal2 gini bolehlak masalah..Nak mandi pun susah, nasib baik kelas tak banyak lagi minggu pertama so kalo tak mandi tak payah pergi kelas..hahahha...Tapi Miss Bubble sempat mandi tengahari tadi..kira tu mandi pagi dan malam lah..MAlam tadi pergi meeting dengan tak mandi..Darurat air la..xpe jeee, semua busuk..hik3..
        Korang, Miss Bubble sebenarnya kan..nak gitau..sangat homesick!!!!! Really2 teringat kat rumah, teringat femly sangat..huuu, dalam hati ni nak jer nangis kuat2 biar orang tahu..Tapi orang takkan faham kesedihan kita sebab susah nak baca kata hati kan,..Esok tak ada kelas memang peluang besar lah kalau nak balik..Tapi xde orang pula nak join skali Miss Bubble naik bas..tue yang sedeynya..Bila mulut ni diam membisu mulalah hati ni rasa nak nangis terbayangkan rumah..Rasa pelik juga sebab sebelum ni Miss Bubble jenis yang bukan homesick..Tak pernah rasa nak balik sangat macam sekarang...Tak tahulah apa yang berubah sebenarnya..maybe persekitaran kat sini yang agak lain atau masih belum dapat terima new environment..hmmm, kalau tengok budak2 baru daftar macam sonok jee..Miss Bubble yang tahun 3 ni tergedik2 nak balik..MAlu kannn...
         Rasa berbelah bagi lah ni, maybe tak balik..KAlau tak balik Miss Bubble planning nak keluar esok...Takkan nak terkurung jee kat sini, nanti nangis sensorang..huuu..Tambah lak nak pergi hantar dobi kat luar baju, lao air masih tak ada memang parah lah baju satu baldi menanti..So, sama2lah korang doakan Miss Bubble dapat menjalani kehidupan seorang pelajar macam dulu-dulu yer:)




btw: air bila nak ada, balik meeting peluh2 tapi xpat mandi.agak2 esok bleh mandi tak..sabo jela~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday, 12 September 2011

1st day lecture!


Salam u olls !
           Wah, rasa cam betul-betul tak sempat nak menjeling kea rah blog nie..kesian tol ditinggalkan oleh Miss Bubble..sebenarnya rendu sangat kat blog ni tapi kekangan masa yang tidak mengizinkan lah..hari pertama pun dah start busy kan..bukan busy assignment tapi perangcangan kiteowg..ada nak handle program  dan macam-macam laberkaitan skop tugas kiteowg..Paling tak tahan nak cerita kat korang semua blok Miss Bubble jauh sangat dari kafe dan blok akademik..Hari pertama dah banyak berjalan sampai dah rasa sakit  kaki..huk3..Miss Bubble check in bilik  baru sabtu kan, pastu sejak balik kampus ni selera makan macam down sikit la,,tapi tak bermakna itu symptom badan nak turun..hehe..nie mungkin permulaan kot sebab tak boleh nak accept environment baru lagi..pastu kan korang, Miss Bubble tak boleh tidur..Even mata dah nagntuk tapi golek2 atas katil still tak lena..Bila mata dah start nak lena ada la plak gangguan..mesej la apa la..huk2..memang tak tahan dah mata ni..kesian kan?hmm.. nasib baiklah kelas kejap je tadi kalau tak tidur dalam kelas, bila balikk bilik tak boleh gak tidur..malam tadi ngantuk2 pun ada kerja nak setel so terpaksalah korban masa tidur sekarang ni..sampaikan blog ni pun terabai..mesti korang dah jemu kan sebab Miss Buble tak update pun..oke la korang tu je kot nak cerita, InsyaAllah Miss Bubble akan tetap berblogging walaupun bz, juz internet kat sini sangat slow tak bagi Miss Bubble blogging kot..hehe..:)


btw: rendu rumah!! rasa tak boleh nak sesuai dengan keadaan baru lagi..rasa lain jee sangat perasaan ini..huu~

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday, 9 September 2011

Berat Hati tapi tErpaksa..hmm

Olla sume....
    Ada tak yang demam sebab isu nak balik kampus? mesti ada yang mengada-ngada kan,..hehe..Ari ni dah tempuh perjalanan yang jauh..Petang tadi dah sampai tapi sengaja gedik tak mau balik kampus lagi, tunggu sok pagi baru nak chek in..sebab hati ni masih belum bersedia..huhu, tak tahu la macam mana esok, hati ni dah kuat menangis dah hari ini, sebak tahan malu kalau air mata kuar sebab tak nak balik kampus..Walaupun berat, tapi sebab belajar..sebab tanggungjawab, sebab kaki ni kena juga melangkah memenuhi cita-cita...tahan jela 2 tahun lagi untuk habis..Sebelum ni tak ada rasa sangat berat nak tinggal rumah sebab selalu cuti tak lama...Kalau time sekolah dulu pun macam suka juga la nak balik hostel...Pastu dekat matrik dulu pun ok ja, tak rasa berat pun nak tinggal rumah..tapi sekarang perasaan ni lain sangat..Bila dah lama kat rumah rasa cam dah tak boleh nak pergi mana2..maklumlah dari sekolah duduk asrama..Bila dah rasa cuti lama macam gini 4 bulan lebih, memang berat lah hati..papepun esok terpaksa tabahkan hati, niat baru tawakal..Miss Bubble berserah dan kuatkan semangat untuk mulakan belajar 12 aribulan nanti..Sama-sama doakan Miss Bubble ya...



btw: Mood tengah layan perasaan sedih...berfikir dan tenangkan hati yang lara :(
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday, 8 September 2011

xpernah nak senangkan orang!

           Kang mengamuk kat blog ni baru taw..nak mengamuk kat fb tak boleh, nanti ada lah yang cakap Miss Bubble ni tak faham orang buat kerja..tapi cubalah faham sikit perasaan student..susah ke.tak boleh nak ringankan beban student ke...Yang lain boleh ja, kenapa kat situ lain..kenapa tak boleh nak buka pejabat hari sabtu untuk pendaftaran masuk balik, takkan nak tunggu hari ahad..Bukan semua boleh balik ahad..cubalah fikir juga, hari sabtu je pun minta nak masuk, tu pon tak boleh..Ni Miss Bubble merungut nanti adalah yang macam baik nak mengata kat Miss Bubble tu..huk3..Tak balik kampus terus baru tahu, malas dah nak rasa tak puas hati cenggini..kalau Miss Bubble drive sendiri balik kampus bolehla ari ahad, ni ari ahad parent tak boleh nak hantar..kenapa susah ya..susah sangat nak ringankan beban student...hmmmm..
          Naseb bek la Miss Bubble dapat jugak balik sabtu sebab sepatutnya Miss Bubble chek in 5 ari bulan lagi...Ada gerak kerja terlibat dengan aktiviti nanti...fuhh..Tu Miss Bubble boleh chek in tapi kesian kat orang lain yang terpaksa balik sabtu gak..macam mana tu..kesian kan...pape jela..semoga Allah merahmati kita semua:)


btw: cepat2 lah habis blaja kat situ..Semoga Allah tahu apa yang aku rasa..;)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday, 7 September 2011

Easy to say Love?

Hai peeps:)
     I Love You!!..i love you..Love you! senang kan ucap perkataan tu, tapi hati korang ada rasa pape tak..Kalo Miss Bubble cakap cinta kat seseorang agaknya orang tu terima tak?.sama lah juga lelaki yang selalu cakap suka, atau cinta " awak, saya suka awak la" then korang si gadis tersipu2 malu pastu terus terima..Korang yakin ke dengan semua itu? yakin dengan word Love..senang2 je korang terima..tak lama kenal tut2 bercinta, baru hilang tut2 ganti baru..cepat betul kan perasaan si gadis ya..
        Mulut cakap tak nak, pastu lama-lama tersangkut jugak dengan cinta..ape nak jadi..Bila tanya cakap tak nak, xde pape la..sekali datang tengok mak aihh.. dah kapel la plak..sebab cinta je semua ni..Tapi cinta tu ikhlas ke tak..agak2 boleh sampai jinjang pelamin? kalau rasa dah yakin betul, barulah terima cinta pastu ikat terus sebagai tanda..Tu baru betol kan3..hmm,
         Maafla kalo bercerita pasal LOve sebab Miss Bubble tengok senang sangat sekarang ni si gadis terima cinta2 bagai ni, xsempat nak kenal lama...Tapi apa2 pon, depends kat korang la ye, pandai2 lah korang handle..Janagn buat benda salah pula, kalo kecewa diam2 lam hati jee ok..hihi..:)



btw: merepek ke Love lak rini..barang bersepah tak abis kemas lagi..huk2..;p
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

menghitung hari

Hai..slamat malam:)
 
          Dah masuk khamis kan, lagi berdebar hati nak jejak kaki balik kampus..Macam-macam dah bermain kat fikiran, tapi takut apa sebenarnya,...Entahlah, perasaan ni rasa lain je bila terfikirkan dah nak buka sem..Pelik sangat2, pastu takot kalo tertekan lagi...!! Kalo boleh dah tak nak stress, tak nak fikir bukan2 dah..nak jadi hati kering je,malas nak ambil hati..huk2.paling penting nak susun masa...dah tak bazir macam tu je, kena study hard..kena save duit..macam2 nak ubah..hmm..
          Hari ni nak menaip entri pun macam serba salah je, haha..baju2 duk bertimbun kononnya nak packing la siap2..sekali macam banyak beg ja kena bawa balik..adui...parah2, gegurl memang cam gini la, lagipun bukannya slalu balik uma, so bawak je banyak2 terus kan..
            Yang paling rasa sedih sebab ingat nak menulis sumtin, tapi idea ilang lah...Hilang terbang jemana sampai otak ni kering...+ sakit kepala dah datang balik..sabo jelah~


btw: cukuplah malam ni update blog bucuk nie..kui3..;p
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday, 5 September 2011

Hanya 'Sorry'

Olla..sElamat malam sume..

       Malam menjelma lagi, hatiku masih tertanya-tanya.
Apakah betul tindakan ku dengan membiarkannya begitu..?
Hanya perkataan sorry mampu ku ungkapkan, andai kata tingkah laku ku melukai hatimu.. 
Sorry jika diri ini sudah mulai berubah, 
sorry jika hati ini tidak inginkan semua itu, 
sorry jika mesejmu diendahkan, 
sorry jika tiada khabar dariku, 
sorry jika lansung tiaada respon dariku.
 Kalaulah hati ini bisa menceritakan semuanya agar dirimu faham
 kenapa tindakan ku begini..hanya satu ku pinta, 
terimalah " SORRY" ku yang sangat ikhlas..
Doaku sentiasa mengiringimu..


:: Tak salahkan kalau elak hati ini dari melakukan kesilapan...
:: Tak salah kan elak hati ini dari melakukan maksiat rindu..
:: Tak salah kan kalau kita katakan masa belum cukup untuk cinta dunia...
:: Tak salahkan kalau kita menjaga hati kita....





btw: Pasti ada sebab kan kenapa kita tak perlu berkawan, buka minda tanya hati adakah kita ikhlas untuk berkawan ataupun mengharapkan balasan cinta dunia...???






~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday, 4 September 2011

Peristiwa telur rebus + karipap

Olla peeps.!

         ape habaq suma? ceria2 je muka nampak bila dah dengar cuti dah abis, tak sabaq nak balik kampus la tu jumpa pakwe ka makwe..cikgu ka..musuh ka..err...( tipu ja, mana ada ceria, lagi sedey menghitung hari nak balik) oke, meh sini sat nak bercerita pasai telur rebus + karipap..Bukannya history tapi pasal yang berlaku kat Miss Bubble..skunk kan musim orang duk buat kenduri la apa kan, mesti ada yang kasi telur rebus kan3..ermm, kalau tengok suma pakat duk berebut nak telur ja, tapi Miss Bubble siap hulur kasi kat adik ka sapa2 yang nak..sebab Miss Bubble anti telur rebus kenduri..kalau masak gulai ka apa, bolehlah melantak masuk perot..Cume telur rebus kenduri makan macam tu terus.. euuuuwwww..geli tekak loya nak muntah..tapi ni bukan sesaja tak shuka taw..pastilah ada sebab..
         ermm, Miss Bubble anti dah dengan telur rebus kenduri tu sebab suatu ketika dulu Miss Bubble enak ja duk makan telur rebus tu dengan adik lelaki..Pastu masa tu juga kiteorang ada makan karipap sekali..tapi macam karipap bukan puncanya..Nak dijadikan cerita, sampai ja petang teruslah datang aksi muntah2 dan cirit birit...Memang teruk sangat2, tahap kritikal lah boleh dikatakan, jap2 muntah..kami dua beradik sama-sama terbaring duk bergilir muntah sampai tak larat nak bangun..Nak keluarkan suara pun dah tak boleh, sampai parent nak kena angkat kami berdua..hahaha, lucu lak kalau teringat time tu, tapi bayanglah keadaan teruk..Parent dah nak bawa kami p klinik ka hospital sebab dah lemah sangat kan, tapi paham-paham lah Miss Bubble ni lagi satu malas nak jumpa doktor, tak suka hospital dan ubat2 nie..huk3...Yang paling kesian kat adik pompuan kena ambil tu ambil ni layan kerenah kami berdua yang tak larat nak bangun..huhu..
         So, sejak dari peristiwa tu, kami 2 beradik memang tak makan dah telur rebus kenduri..Siap bagi kat orang lain..hee~..tapi karipap Miss Bubble makan juga sikit, adik lansung tak makan dah sampai skunk..huhu..


btw: telur dalam nasi lemak boleh lak masuk ja lam pewot..kih3..
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Part 7: Qalisya Ain



“Dah genap sebulan abang mir tinggalkan kita kan mama. Semoga abang mir terus aman disana,”bisik Echa smabil minum secawan milo panas.
                “ya, masa sangat cepat berlalu. Dah banyak berlaku perubahan, mama tengok Echa pun dah dapat terima semuanya. Mama gembira sangat tengok Echa macam ni.”jawab Datin Rose.
                “Itulah, Echa dah sedar semuanya. Lagipun dah banyak orang tu tolong nasihatkan Echa. Kata-kata dia memang member semangat baru pada Echa.”jelas Echa.
                “Maksud Echa siapa?”soal Datin Rose.
                “Rifqy..”spontan Echa membalasnya.
                “owh,.Rifqy..Mama tengok dia tu baik orangnya. Tapi dah lama mama tak jumpa dia. Echa ada jumpa dia tak?”tanya Datin Rose.
                “Tak adalah pula mama. Echa pun teringin nak jumpa dia….rasa macam..erm,tak apalah mama. Echa nak keluar kejap, nak jumpa kawan,”ujar Echa.
                “ok, dear. Take care!...jangan nakal-nakal kat luar..tapi lupa mama nak cakap satu benda ni,” Datin Rose tersenyum.
                “yes, what mama?” soal Echa.
                “Actually you look so gorgeous honey with hijab..Selendang tu memang sesuai dipadankan dengan Echa..Keep it up dear, hehe.”senyuman Datin Rose melebar ke pipi melihat Echa sudah mula berubah.
                “Owh..thanks mama..hehe, mungkin dah sampai masanya Echa berubah kan..see you later mama”laung Echa sambil meninggalkan rumahnya.
       Kereta yang dipandunya sampai di sebuah shopping complex. Dia telah berjanji dengan kawannya yang belajar bersamanya di London dulu untuk berjumpa. Echa berjalan masuk ke dalam shopping complex tersebut, tiba-tiba handphonenya mendapat satu mesej.
           Sudah lama kita tidak bersua, finally I can see you are totally different’
                “aik siapa pula yang mesej, nombor tak familiar je..hmm,pedulikan jela”bisik Echa sendirian.
Sedang Echa berjalan,tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang mengekorinya dari belakang. Hatinya berdebar dan langkahannya makin laju tetapi semakin laju dia berjalan semakin dekat orang yang mengekorinya. Sampai suatu ketika, muncul kelibat seseorang dihadapannya.
                “wow,nak ke mana tergesa-gesa ni? I mesej pun you tak layan?”tanya Daniel.
                “I dah agak you. Kenapa you ikut i? apa yang you nak lagi?soal Echa kembali.
                “Nothing. I Cuma rindukan you. Takkan you dah lupakan i?haha” gelak Daniel.
                “Cinta you dah lama terkubur dalam ingatan i. You jangan berangan I akan terima you kembali. Cinta you tidak seagung cinta ilahi.”jawab Echa geram.
                “wah,dah pandai you berkata-kata sekarang. Terpengaruh dengan ajaran ustaz tu dah ke?”sindir Daniel.
                “You jangan nak melampau. Jangan sesekali nak hina Rifqy. Dia jauh lebih baik dari you,manusia bertopengkan binatang.”marah Echa.
                “Kurang ajar!” bentak Daniel sambil mengankat tangannya seolah-olah ingin memukul Echa tapi sempat ditepis oleh seseorang.
                “bukan ini caranya kau nak menindas kaum yang lemah. Dia tak sesuai lawan kau.”seru Rifqy yang muncul secara tiba-tiba.
                “Ok,bro!. Qalisya Ain, hari ni you terselamat. Jangan ingat ustaz ni ada untuk selalu selamatkan you,”ugut Daniel dan berlalu dari situ.
                “Terima kasih Rifqy, tak sangka kita dapat berjumpa di sini.”senyum Echa.
                “Sama-sama,jangan risau saya selalu ada untuk tolong awak. Ingat je kat saya, nanti saya akan muncul, hehe”celoteh Rifqy sambil membalas senyuman.
                “haha,pandai pula awak melawak ya. So,awak buat apa kat sini?”soal Echa.
                “tak ada apa, datang nak pergi book store. Dan awak sorang-sorang macam ni, bahaya,” kata Rifqy.
                “Saya nak jumpa kawan dekat depan sana, jomlah kita minum dan duduk bersembang sekali kalau saya tak menganggu masa awak” ajak Echa.
                “Hehe,boleh..Jarang ada gadis cantik macam awak pelawa saya untuk minum bersama” Rifqy berkata sambil berjalan.
       Rifqy turut duduk bersama Echa dan Dania kawan Echa. Sesekali pandangan Rifqy melirik ke arah Echa,dia mencuri-curi melihat kecantikan Echa yang makin terserlah apabila berselendang.
                “Rifqy ni kerja apa? Dah lama kenal Echa ke? soal Dania.
                “Oh,saya architect kat sebuah syarikat. Erm,tak adalah lama sangat,baru tahun ni saya dipertemukan dengan Qalisya..hehe”balas Rifqy.
                “Esih,kau ni Dania tanya macam-macam pula, hehe..Rifqy ni kawan abang aku sebenarnya.” Ungkap Echa.
                “ok lah,saya nak minta diri dulu. Ada urusan lain lagi. semoga kita dipertemukan lagi jika diizinkannya.” Rifqy berlalu pergi.
                “Echa..Echa..! aku rasa kan, aku dah jatuh cinta kat Rifqy tu.Cinta pandang pertama,hehe.” Jelas Dania.
                “haha,kau ni ada-ada jela. Pantang jumpa lelaki hansome mesti jatuh cinta,”gelak Echa.
                “Eish,aku serius la. Pertama kali aku melihat wajah Rifqy, aku rasa tenang sekali. Percakapannya dah buat hati aku terpaut,renungan matanya..wah..aku rasa hati aku sudah berbunga cinta…kau tak suka dia kan, jadi ada peluanglah aku nak rapat dengan Rifqy..” kata dania.
                “hmm…entah. Aku anggap dia macam abang je”spontan Echa menjawab tapi hatinya pasti menidakkannya.
     Muka Qalisya berubah setelah mendengar pengakuan dari Dania. Dia merasakan tercabar, tetapi mulutnya menidakkan apa yang dirasai oleh hatinya. Dia tidak pasti adakah dia juga menyimpan perasaan sayang pada Rifqy, atau mungkin sayang sebagai seorang abang. Dia sendiri buntu, namun dia serahkan takdirnya pada Tuhan. Andai jodohnya dengan Rifqy dia terima atau jika dia ditakdirkan untuk orang lain dia juga reda menerimanya.
       Sampai sahaja di rumah, Datin Rose terus menghampiri Echa kerana dia dapat menangkap sesuatu yang berlaku kepada Echa.
                “Echa, mama tengok Echa ni sejak balik jumpa kawan, senyum memanjang je..Jumpa buah ahti ke? guaru datin Rose.
                “haha,mama ni. Ada-ada jelah. Jumpa Dania dan juga terserempak dengan Rifqy…tadi..”bisik Echa sambil tersenyum.
                “yes, mama dah agak. Patutlah muka berseri-seri je..hehe”gelak Datin Rose.
                “Tak ada apalah mama. Kami kawan je, lagipun Dania yang dah jatuh ahti kat Rifqy..”balas Echa.
                “So,apa tunggu lagi. kalau suka cakap suka, nanti terlepas seorang lelaki yang baik. Dania pun boleh sukakan Rifqy yang baik” jawab Datin Rose.
                “Sudahlah mama.Serah ja pada takdir, hehe..Echa naik atas dulu.” Jawab Echa.
  Echa duduk termenung di penjuru katilnya sambil membuka selendang yang dipakainya itu. Echa mencapai diarinya dan mula menulis apa yang bermain difikirannya.
                Disini bermulanya pertemuan yang terakhir, kehilangan amat terasa di hati. Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir, ku terima perpisahan ini. Dulu kita satu jiwa satu impian, susah senang kita bersama. Namun itu semua hanya sementara…’ - Qalisya Ain-
                “ Ya, abang. Semuanya sementara, tiada yang kekal. Kalaulah abang dapat melihat Echa memakai selendang ini dan juga Echa sudah berbaik dengan Rifqy, mesti abang Mir bangga dengan Echa kan.”bisik kotak kecil hatinya. Tangannya mencapai telefon bimbit dan melihat satu mesej masuk.
                Salam,Qalisya Ain sangat cantik dan manis apabila berselendang. Syukur pintu hatimu sudah terbuka moga-moga Qalisya Ain sentiasa istiqamah. Saya sendiri pun tak tahu kenapa hati saya berdetik melihat awak, tapi saya cuma ingin berterus terang apa yang saya rasa. Harap awak tak marah.’- Azril Rifqy.
       Echa terpana seketika apabila membaca mesej dari Rifqy. Dia sendiri tidak tahu apa perasaanya sekarang, tetapi hatinya bagaikan berbunga kembali setelah diracun oleh Daniel suatu ketikda dahulu. Dan hari ini Echa merasakan bunga-bunga cinta bakal berkembang mekar jika ditaburi dengan baja cinta yang ikhlas. Gerak hatinya memaksa untuknya membalas mesej Rifqy.
                Wasalam, Rifqy. Terima kasih atas pujian iikhlas dari awak. InsyaAllah saya akan terus beristiqamah, dan tak lupa juga pada awak yang banyak membantu saya selama ini. Saya tak marahkan awak kalau itu yang awak rasa.’-Qalisya Ain
      Setelah mesejnya berjaya dihantar, hati Echa menanti jawapan dari Rifqy dengan penuh debaran. Sekali telefonnya bordering dan nama Rifqy muncul di skrin telefonnya sebagai incoming call dan bukanlah mesej. Echa serba salah namun dijawabnya juga panggilan itu.
       salam, Rifqy. Ada apa call saya? Kenapa tak balas mesej je?” soal Echa.
        “Wasalam, Qalisya maaf menganggu, saya rasa lebih elok kalau saya menyatakan hasrat hati saya yang sebenar menerusi telefon dan bukannya mesej. Saya inginkan suatu kepastian dari awak, seikhlas hati awak. Jika saya mesej mungkin jawapan itu tidak akan ikhlas lahir dari hati awak.” Jelas Rifqy.
         “Oh, tetapi kepastian apa yang awak maksudkan ini? Saya ada buat apa-apa salah pada awak? Katakanlah wahai Rifqy, saya sudi mendengarnya dan saya akan menjawab sejujurnya” balas Echa.
         “Sebenarnya hati saya tidak keruan sejak awak muncul dalam hidup saya. Selama ini saya menafikan perasaan ini tetapi hari ini saya tidak mampu untuk menidakkan lagi. semakin hari semakin kuat perasaan suka dan cinta saya pada awak. Saya takut untuk melafazkannya sebelum ini, kerana saya pasti awak belum bersedia, dan saya harap dengan pengakuan saya ini awak dapat menilai kejujuran saya terhadap awak. Saya tak mampu untuk berselindung lagi..”kata-katanya terputus dan terus disambung oleh Echa.
       “Awak tak mampu untuk berselindung lagi dari saya kan..Lagipun awak takut dengan perasaan awak sendiri, saya tak marahkan awak kalau sebelum ini awak cuba menidakkan rasa cinta awak pada saya kerana awak takut awak akan lalai pada Allah dan hanyut dengan cinta dunia kan..” jawab Echa.
       “Errm..ya saya takut jika rindu membuatkan saya alpa, dan jika cinta membuatkan saya lalai. Terima kasih kerana memahami saya. Jadi saya inginkan jawapan dari awak agar semuanya dapat kita selesaikan hari ni.” balas Rifqy.
        “Azril Rifqy, saya sejujurnya memang sudah mula menanam bibit cinta dan sayang pada awak, Cuma saya ingin melihat adakah cinta saya terbalas. Semuanya saya dah serahkan pada Allah dan Alhamdulilah hari ni Allah dah makbulkan doa saya. Saya yakin cinta sejati yang ditentukan oleh Allah adalah pada saya ialah awak Rifqy” sebak Echa melafazkan rahsia hatinya yang selama ini disimpan.
       “Qalisya Ain, awak memang perempuan yang baik. Terima kasih kerana membalas cinta saya, dan saya akan teruskan niat saya untuk masuk meminang awak dan kalau sudi menjadikan awak teman sehidup saya. Sudikah awak terima lamaran saya ini? Soal Rifqy menanti dengan penuh debaran.
      “Ya, saya setuju. Terima kasih Rifqy..”jawab Echa keriangan sambil mengalirkan air mata.
      “Terima kasih juga kerana terima saya. Saya akan segerakan perkara baik ini agar hubungan kita terus direstui.” Rifqy menjawab.
       Perbualan mereka  tamat disitu. Rahsia hati sudahpun tersurat dan jinjang pelamin menanti mereka untuk mendirikan masjid. Segala persiapan telah dimulakan dan menanti hari untuk menjadi raja sehari yang sah.


btw: keep reading, will be update soon..
kekangan masa menyebabkan jarang mood bercerpen..sowiie..:)
Part 6 ( KLIK )

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta