Sunday 27 November 2011

Terpinggir atau sendiri yang meminggirkan?

Salam & Olla :)


      Jam sudah mula menghampiri pukul 1 pagi, mata masih lagi segar dengan menatapi facebook yang pasti tiada apa-apa yang menarik untuk di tatapi. Hanya jeajri ini yang terasa aktif untuk menaip entri lewat malam. Idea tercetus untuk meng update dan meluahkan apa yang terbuku di hati dan persoalan di minda. Pernah beberapa hari yang lepas, Miss Bubble pernah terpacul satu statement pada seorang kawan Miss Bubble " hidup di kampus memang kena independent dan hidup sorang2 kan " Tapi kawan Miss Bubble menjawab " tak nak sorang2," so macam tu juga lah Miss Bubble, tak ingin berseorangan mahupun bersendirian walaupun umur dah meningkat. Tapi hakikatnya memang kena terima yang kita tak boleh nak mengharapkan kawan2 kita selalu ada dan selalu bersama kita 24 jam. Kawan2 di kampus memang tak sama dengan kawan2 di hostel, sangat berbeza situasinya kerana di hostel sudah tentulah terbatas kan. Apabila bercerita soal kampus, semuanya sudah mula membawa haluan masing2, semuanya ke arah membina masa depan dengan orang tersayang @ bf/gf.
         Mata merenung tajam jauh melayani fikiran, apa yang bermain di fikiran Miss Bubble di waktu petang itu...? Miss Bubble merasakan sudah kehilangan kawan2 yang dahulunya banyak bersama tapi sekarang sudah lenyap dan semakin lenyap. Adakah sebab perbuatan Miss Bubble sendiri yang kadang kala mengelak untuk menghabiskan masa bersama atau pun sebaliknya. Semestinyalah Miss Bubble tak patut nak menghalang, tapi kadang2 Miss Bubble buntukan kawan2 untuk menyokong dan membantu Miss Bubble hidup di perantauan ini. Sebab?? sebab Miss Bubble memang tak kuat untuk berseorangan, Miss Bubble masih lemah untuk melalui semuanya keseorangan. Sebab itu Miss Bubble perlukan kawan2 menyokong Miss Bubble. Sebelum ni dah bersyukur dengan segala pengorbanan dan bantuan kawan2 semua.
         But now..semua dah banyak bawa haluan sendiri, time weekend mesti Miss Bubble prefer nak buat perintah berkurung kat biik je, sebab dah tahu kawan2 mesti nak habis masa dengan orang tersayang kan. Bila ada masa free je mesti semua nak happy dengan lover2 kan, so Miss Bubble rasa baik Miss Bubble elakkan diri dari awal-awal, berkurung kat bilik tanpa khabar berita sebab mesti tak ada orang cari Miss Bubble punya..hahha, Miss Bubble tak ada special one,..tapi ada special two je..iaitu my dad n my mum..!!!
Tak tahulah nak cakap apa, tapi sunyilah juga bila terpaksa layan hati sensorang gini, lambatnya nak habis belajar, mungkin banyak lagi pengalaman lain bakal mendatang..
         Miss Bubble bukan nak merungut ke apa, tapi tu la ini cuma perasaan Miss Bubble je. Dah kita tak dapat nak buat apa-apa kan, bila kita perlukan seseorang tut-tut orang semua dah tak ada. So, apa perasaan kita? Bila tengok orang lain, elok ja berkepit dengan teman2 dia..cuwiit..macam kenangan Miss Bubble sem 1 dulu, selalu berkepit je dengan ex-rumet..makan sekali, pergi mana2 sekali, keluar sekali..jogging sekali..every hours we spent together (mungkin sebab semua tak ada pakwe kot) hihihi... Tak apalah korang, Miss Bubble tak marah dan jangan marah Miss Bubble pula ok..Semua berhak buat keputusan, kamu dah besar dah boleh bawa diri dan haluan masing-masing. Semoga semuanya bertemu kebahagiaan yang hakiki. :)



btw: ish3..mesti bosan baca entri panjang..asyik luahan hati je..tapi biarlah sebab nii blog a.k.a cinta hati Miss Bubble..tmpat luahan segalanya...peace!!
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

0 sUntiKaN sEmaNgaT:

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta