Friday 25 November 2011

"Lecturer-student relationship, anything wrong?"

Salam...
bersua di entri ini hanyalah untuk berkongsi apa yang bermain di fikiran dan ini adalah pertandingan esei yang miss Bubble join.  Hasilnya, saya curahkan dalam versi bahasa melayu..Jom sama-sama baca:


Segalanya mungkin berlaku tanpa kita duga dan pinta. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya dan juga rahsia yang tersembunyi di sebaliknya. Apabila kita bersoal  tentang cinta, pasti wujudnya banyak persoalan mengenai cinta. Sebagai manusia sudah menjadi lumrah kita dikurniakan perasaan ingin berkasih sayang dan saling mencintai, namun pada siapakah cinta kita itu akan mekar subur . Cinta dan sayang itu buta kerana di saat perasaan ini hadir, kita tidak dapat melihatnya dengan pancaindera namun hanya hati yang berdetik tatkala cinta itu berputik. Cinta juga pasti wujud di hati sesiapa tanpa mengira pangkat, darjat, ataupun umur.
 Hubungan kasih dan sayang antara pensyarah dan pelajar juga sudah menjadi kebiasaan pada era globalisasi ini. Apakah menjadi kesalahan jika seorang pelajar mempunyai hati dan perasaan pada pensyarahnya atau juga sebaliknya? Dari sudut mentaliti saya, hubungan seperti ini secara lansungnya tiada salah atau cacat celanya. Hubungan antara pensyarah dan pelajar bukanlah terbatas hanya di kampus ataupun kolej. Pensyarah bukan sahaja sebagai pendidik dan pelajar juga bukan sekadar pelajar yang menuntut ilmu dari pensyarahnya, namun pelajar juga berhak untuk menagih cinta dan sayang dari pensyarahnya. Selain itu, perasaan cinta yang wujud antara pensyarah dan pelajar tidak dapat dinafikan kerana mereka juga hanyalah manusia biasa yang mempunyai perasaan dan hati. Mereka layak untuk memiliki anugerah cinta, kerana cinta itu buta dan tidak terbatas asalkan hubungan cinta tidak dicampur dengan urusan belajar di kampus. Di samping itu, hubungan ini tiada salahnya asalkan tidak menganggu hubungan orang lain. Andai itu memang ditakdirkan jodohnya, jadi siapalah kita untuk melawan takdir dan qada Allah.
           Konklusinya, sesuatu hubungan yang tulus ikhlas serta diredai pasti menjanjikan kebahagiaan suatu masa kelak. Andai wujudnya cinta antara pensyarah dengan pelajar, maka benarkanlah hati untuk menerimanya seperti kata pepatah anyamlah buih buih di lautan demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

ok..kat sini nak tag:

Cik domo


btw: Sekadar mencuba nasib dan berkongsi pendapat :)

internet di sini sangatlah slow sampaikan lambat nak hantar benda ni..huu
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

0 sUntiKaN sEmaNgaT:

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta