Saturday, 23 February 2013

Shopping + Birthday Celebration

Olla =)

Semalam akibat keletihan teramat tak sempat nak update blog. FYI, duit ptptn kan dah masuk semalam, tambah lak dapat baucer buku ari kamis. So, apa lagi hakikat sebagai student mestilah akan keluar pada awal2 sem kan, beli peralatan belajar la kononnya tambah stok makanan or keperluan harian. Bangun je celik mata terus keluar pi pekan sat sebab geng ada urusan kat maybank, then sampai kul 1 kat bilik siap terus nak pi ikut rombongan dak2 housemate pegi kuantan. Hmm, malas nak taip panjang2, tengok gambar jela ye. ^^


Muka2 besday girl...belated~

wink3.. zaty pun ada jugak upenyeee...

Candle light dinner gituuu

Birthday celebration, owner kedai siap prepare candle light dinner...

One of birthday girl tak keluar, so kiteowang sambung makan kat bilik lak

Ini semua kerja2 budak2 yang plan, siap beli topeng parti lagi ^^

Posee~




candle~ candle

Tadaaa... 

Sepatutnya besday zue semalam, tapi tak sangka they all celebrate jugak besday2 yang lepas including me 29 januari sampai 22 february.. So total besday girl yang disambut semalam adalah 4 orang. Terima kasih semua ! Luv it <3




~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday, 16 February 2013

Budak Rosak Sebab FB (mukabuku)

olla =)


      Have a wonderful day guys.. today zaty bukan nak emo ye..tidak sekali2 tapi cuma nak meluahkan rasa kekecewaan dengan budak2 zaman sekarang. Pada blogger yang muda2 terutama adik2 masih bersekolah, jangan kecil hati dengan apa akak nak tulis ni. Hanyalah sekadar peringatan dan perkongsian bersama. Apa yang zaty lihat, dekat fb dah makin rosak akhlak budak2 sekarang bila update status je tak fikir apa dah. Dah la approve friend ikut suka hati je, lepas tu update macam2...Ish, bahaya tu dik. Lelaki ni miang sikit dik, kalau ada adik yang melayan macam2 makin menjadi lah gatalnya. Lelaki cuma nak test line je, hilangkan bosan dia. (maaf kalau ada yang terasa, bukan semua).

    Update status yang mengarot dan bikin orang panas, nak memaki hamun direct kat fb suruh orang baca. Aishh, kalau orang tu sakit hati dengan adik yang tulis macam2 siap F**K lagi macam mana dik? Bahaya taw zaman sekarang, tak boleh nak cepat percaya sangat. Tak salah berkawan, tapi pandai2 lah pilih kawan ya. Kalau nak update status tu, kawal sikit emosi. Tersalah taip anda yang binasa dik. Memanglah adik2 nak rasa bercinta ye, jangan cuba2 nak bercinta kat laman mukabuku lak dik, tak semua menjadi. Nak abang angkat? Nanti tak terangkat pulak. 

    Bila dah update, ramai yang melayan dan LIKE haa, makin menjadi2 la. Ada keinginan untuk update dan update tanpa fikir panjang, sebab rasa best la ada orang layan kan. Hoho, gaduh, sedih, frust kalau boleh nak semua satu dunia tahu ek...oppss zaty pun kadang2 emo gak kat fb tapi friendlist dah ditapis dan pertuturan di jaga. Adik2 kat luar yang nak aktif dengan laman mukabuku ni hati2 jelah akak nak cakap ni, jangan jadi sesuatu yang menyesal di kemudian hari sudah lah ya. Okeh..chao dulu ^^


btw: Dah ramai yang pulang ke kampus..melihat di sebalik cermin bilik.



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday, 13 February 2013

Result Dah Keluar...ooopss

Olla =)

    Meh nak update sikit pasal result sem lepas. Ramai sangat reporters tanya soalan kat i, dapat berapa pointer? Aisshh, apa i nak jawab...No komen..haHaa.. Kalau ambik slip pun memang tiap2 sem takkan buka slip result tu. Ada orang percaya tak zaty tak pernah bukak slip result...Seyes nie, memang 7 sem, slip still cantik macam tu tak bukak2..Juz only one slip masa first sem sebab darurat apa entah, rumet tolong koyak and bukak kan sebab dia nak tengok untuk isi ape entah dulu..Tu jela yang bukak, yang lain tertutup rapi dengan gam.. ;p

   Owkeyh2..Alhamdulilah la sebab result dah keluar. Tu jela zaty nak komen.. hoho, sakit mata den baca status kat facebook mostly Alhamdulilah, dean list lettew...Hebat2 la sume dak engineering tambah2 final year dah. Huhu, takot zaty tengok result orang lain gempak.. zaty punya acaner? Bila nak umum jugak ni? 

    Tak pelah, tak nak umum pun. Haha....cukuplah rahsia di hati dan air mata jatuh dengan kejutan kali ni..satu hadiah yang sangat bernilai.. Alhamdulilah sangat. Sama2 la fighting untuk last semester oke...Apa2 kena berusaha dulu barulah boleh target. Pray for me oke untuk sem akhir ni.. Congratez sume :)


btw: Kena Usaha Lebih Sebab Dah Last Semester..

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday, 8 February 2013

KeCewa...Sedih...Nangis

Olla =(

Setiap perasaan yang kita alami mesti ada sebab. Jarang sekali kita menangis tanpa sebab. Pasti ada sebab yang membuatkan kita mengalir air mata. Kita manusia, punyai perasaan. Macam2 yang akan kita rasa. Marah, Kecewa, Geram, Sedih, Gembira, Moody, dan macam2 lagi kita boleh rasa sebab kita ni manusia. Allah dah bagi kita satu perasaan. Memang tak boleh nak halang dari hati ni menangis awak :(















btw: Susahnya nak buang......... :(

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday, 7 February 2013

Mak Cik Nak Bebel sikit kat budak2

Olla =)


(Mak Cik neyh nak berceloteh sket..:P)

Hari ni zaty nak membebel lagi pasal kanak2 hilang. Bukan gambar kat atas yang hilang ya.. hikhik.. Mana tak anginnya kalau kejap2 dengar budak tu hilang, budak ni hilang. Fikirlah perasaan ibu bapa yang anaknya hilang. Tapi kita nak salahkan siapa sebenarnya. Nak salahkan zaty ek? Eh, apa pulak zaty yang kena. Tak patut…tak patut. Golongan yang memainkan peranan penting :
  1.     Ibubapa
  2.     Masyarakat
  3.    Media massa

         Semua orang kena memainkan peranan yang betul Ibu bapa sesibuk mana pun, anda kena juga awasi gerak geri anak anda. Jangan pernah ajar anak anda bebas, atau biarkan dia bermain di luar kawasan rumah tanpa pengawasan anda, terutama masa ketiadaan anda di rumah. Anda seharusnya tegas dan tidak pernah sesekali member kebenaran anak2 kecik anda keluar dari kawasan rumah sendirian. Kalau sekali dah ajar dan bagi kebenaran tak mustahil budak2 akan selalu buat.

      Kita semua sebagai masyarakat kena alert dan prihatin dengan keadaan semasa atau sekeliling kita. Kalau dilihat budak2 kecil bersendirian atau dilihat orang pelik yang cuba mendekati budak2 tersebut, mungkin kita sebagai masyarakat boleh bertindak. Zaty nak ulas panjang pun tak tahu juga, mungkin kita takut untuk mendekati ‘orang pelik’ tu. Tapi kita boleh cepat2 hubungi pihak berkenaan ataupun cuba berinteraksi dengan orang sekeliling. Beritahu maklumat apa yang kita lihat dan bertindak secara beramai-ramai.

      Selain itu, media massa ni memainkan peranan yang penting. Boleh perbanyakkan iklan untuk bagi kesedaran kepada ibu bapa yang tidak bertanggungjawab dan juga bagi peringatan secara dekat kepada budak2. Buat iklan yang menarik minat budak2 sekarang dengan cara yang difahami oleh mereka, kesedaran bahayanya keadaan di sekeliling tanpa pengawasan orang tua. Masalah sekarang budak2 sekarang dah makin bijak dan mengerti. Sedikit sebanyak ada yang terpengaruh dengan drama yang ditonton oleh ibu bapa mereka. Ada yang meniru aksi dalam drama contohnya merajuk dan terus keluar dari rumah, agar ibu bapa member perhatian kepada mereka. Walhal mereka (budak2) tak mengerti kesan di sebalik perbuatan sebegitu. Jadi kalau ibubapa menonton drama yang kes lari dari rumah ke merajuk, sebaiknya jangan bagi anak anda tengok bersama. Haha..

May Peace Be Upon You !

btw : Lebih baik mencegah daripada nasi sudah menjadi bubur. Sikap tegas kena ada dalam diri ibu bapa, jangan pernah sesekali memberi kebebasan sewenang-wenangnya kepada anak2 anda ok.



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday, 6 February 2013

Budak Hilang Sudah Dijumpai

Olla =)

Sape lagi nak lari, meh zaty nak ikat awal2.. Ish..ish, adik2 janganlah nak merajuk sekalipun lari pi tidoq rumah kawan. Sape yang ajar macam ni ek, oouhh..mesti tengok drama banyak ni. Adik2 yang sekolah rendah ni kena tengok cerita kartun je ye,walaupun kadang2 tak logik tapi sesuai la tu untuk peringkat umur adik2. Drama ni tak baik bagi effect terus kat budak2 nak tiru. 



Haa..sebenarnya budak yang hilang tuh dah dijumpai pun. Berita selanjutnya boleh baca kat SINI. Bagi adik2 di luar sana janganlah ada niat nak lari, merajuk terus keluar rumah sebab kat luar sana banyak sangat orang yang kita tak tahu niat sebenar diaorang. Ibu bapa pun kena mainkan peranan, kawal gerak geri anak2 anda ye. 



Femes jap adik ni ye.. Oopss, maaflah.. Hopefully adik tak buat lagi benda2 yang merisaukan iba bapa adik. Jangan bagi mak ayah risau ye :)


Btw: Ibu bapa yang harus memainkan peranan penting dalam isu ni. Masyarakat sama2 tanamkan sikap prihatin.

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hangat2 di Malam Hari

Olla =)

          Mesti ada yang tak tidur lagi kan..kan.. Peliklah tu sebab zaty update blog memalam ni. alaaa..kebosanan jap malam ni, so zaty online la temani anda2 semua..cecece..Jom bagi sesape yang belum tidur baca ala2 komik pendek zaty ni buat penghibur di malam hari.

(situasi di malam hari yang begini bosan)


Oopss...di kesempatan ini, nak ucap terima kasih la pada sesiapa yang singgah blog zaty hari ni dan drop komen. Jasa baik anda semua zaty takkan lupa..cewaahh, malam2 tak boleh taip pepanjang nanti semua pakat ngantuk. Tapi guys, sebelom tido..jom KLIK SINI dulu yea.. :D

May Peace Be upon you !


btw: Esok zaty sambung terjah blog kekorang ye. Nunyte !

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday, 5 February 2013

Kau Memang Tak Femes..whoaa!!

Olla =)

   Sape rasa blog dia tak femes? Ce angkat kening cam ziana zain jap..haHaa. Mesti tak da sape nak angkat kening kan, sebab tak reti la tu.. Tengok zaty angkat kening sebelah kiri, haa..jadi kan, so maksudnye memang blog ni tak femes amous cam blogger lain la. Sobs3x..sedih ar cenggini. Ye lah, bila tak femes amous macam mana nak naik traffik dan income kat blog ni. Aiyakk, susah betul ye nak dapat income cam blogger lain. Ada tak yang kesiankan zaty? Ada ke tak...:P


      Bagi sesiapa yang masih tak tahu, dengan berblog ni sedikit sebanyak kita boleh jana income taw. Da ramai yang berjaya, sellau dapat buffered earning lagi dari nuffnang. Untunglah..ungtunglaa kan3x. So, dengan usaha tekad dan pendirian yang teguh zaty akan cuba berusaha sedaya upaya mengupdate blog ni setiap hari. At least 1 entri for one day is enough. Bagi follower zaty kalau nampak zaty update tu, terus la datang baca dan jangan segan ya nak tegur zaty kat sini. Kita kan sama2 blogger, mestilah kena support each other rite..ngeee~



      Tapi kan korang, why not kita update blog lepas tu kita jadi pembaca tegar blog orang lain. Sambil2 visit blog tu, kita pakat2 la KLIK iklan2 yang ada. Alaa, setakat KLIK je iklan2, tak susah pun kan. Sambil menyelam minum air la, korang KLIK dulu iklan tu, dan baca la apa yang korang nak baca kat blog orang tu. Nanti bila iklan tu dah habis loading korang close tab je. Simple je korang, kalau korang buat camtu, mesti orang lain akan buat camtu jugak kat korang. Ni lah namanya kerjasama antara blogger. Masing2 pun nak cari side income with blogging rite, kita sama2 tolong ok.

        Zaty pun memang nak cari side income, yes i admit it. Memandangkan zaty seorang student, yang nak habis belajar dah bulan 6 nanti, so sekarang kena lah kumpul2 money buat tampungan masa hadapan. Planning dari sekarang tu penting taw. Jadi, apa tunggu lagi cepat2 KLIK iklan nuffnang dan says yang tulis 'klik isi tabung' kat sidebar tu :)

Anda sangat pemurah bila KLIK SINI dan SINI LAGI !


btw: thanx sangat2 bagi sesiapa yang murah hati dan rajin nak klik2 iklan sini dan jadi reader blog cikai ni. Semoga hidup sentiasa dirahmati. Peace :)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday, 4 February 2013

Belajar Tinggi Takde Orang Nak ?

Olla =)

      Haipp..konpiuss..pening..takut pun ada. Dangerous bagi korang yang belajar tinggi-tinggi.. Especially PEREMPUAN... Haaa, kenapa? Korang tahu tak, sesape yang belajar tingi-tinggi nanti tak ada lelaki yang berani mintak. Alaaa..mintak nak lamar dan kawen dengan you la. Betul ke tak sebenarnya statement ni? Aisshh..buat runsing je fikir. 


Sebenarnya zaty sendiri pun tengah fikir, betuk ke tak. Bagi pendapat zaty la kan, kalau perempuan nak belajar tinggi mana pun biarkan jela, tapi lelaki tak sepatutnya judge perempuan atau rasa takut untuk mencuba. Walaupun perempuan tu belajar tahap master or PhD sekalipun, kalau si lelaki ada keinginan suka kat perempuan tu cubalah try dan tanya, jangan dari awal dah buat spekulasi macam-macam. Jangan fikir perempuan tu akan menolak kerana anda punya pendidikan bawah dari dia. No ! No ! No..please la tolak tepi. 

Bagi zaty, untuk bertindak macam tu adalah tidak wajar dan adil bagi perempuan. Biarlah dia nak belajar tinggi mana pun, dan perempuan juga janganlah angkuh dengan tahap pendidikan dan memilih juga. Kalau difikirkan memang la betul juga, lelaki tak berani nak melamar sebab takut tak cukup bajet or duit nak meminang anak orang yang belajar tinggi. Tapi lelaki, silalah mencuba dulu. Tak semua perempuan memilih atau membeza-bezakan.

Sangat tak adil taw kalau treat and fikir perempuan macam tu. Kalau anda suka perempuan tu, cuba dulu tanya. Jangan cepat buat spekulasi taw.  Perempuan kalau dah suka dan sayang dia tak memilih tahu tak. Setiap orang dah diberikan pasangan hidup masing-masing, cuma kita tak tahu siapa dan bila. Semua tu rahsia Allah. Jadi apa-apa pun cuba dulu tanya si gadis adakah dia sudi untuk terima anda (lelaki) yang tak sama taraf pengajiannya Okeh.. Jangan takut dan sila berani mencuba :)


btw: si ayah yang rungsing...Doakan je anak perempuan diketemukan jodoh :)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Nafkah atau Kebas Nafkah?

Olla =)

      (situasi 1)

Entri ini khas bagi sesiapa yang akan berumahtangga ataupun sudah membina rumahtangga. Jom kita kongsikan pendapat dan pandangan mengenai nafkah seorang isteri. Si lelaki/suami sila buka mata dan beri perhatian. Si perempuan pun kena faham jugak ye. Zaty tertarik dengan isu yang dikupas dalam semnais kurma tempoh hari mengenai nafkah ataupun kebas nafkah. Mungkin ada segelintir tidak menyedari dan mengambil remeh tentang nafkah. Sebagai seorang suami, anda sepatutnya menjalankan tanggungjawab sebagai suami memberi nafkah secukupnya kepada isteri mengikut KEMAMPUAN masing2. Kalau di beri lebih, anggaplah sebagai SEDEKAH. Isteri juga seharusnya menerima berapa sahaja yang diberi oleh suami mengikut kadar yang suami mampu. Janganlah merungut ataupun pertikaikan kerana kita sebagai wanita sepatutnya saling memahami dan bertolak ansur. As long as suami tak lupa tunaikan tanggungjawab tu, Alhamdulilah..


 (Situasi 2)

         Ada juga segelintir yang makan duit isteri. Isteri penat lelah cari duit, suami goyang kaki, enjoy sana sini. Sepatutnya suami yang mencari rezeki kan. Memang tak salah isteri bekerja, untuk sama2 membantu kewangan keluarga, tetapi kalau suami yang menganggur dan mengharapkan duit isteri? Macam mana tu? Mana nak dapatkan duit untuk berikan nafkah pada isteri? Apa yang menariknya, dalam semanis kurma malam tuh, main point adalah "tanggungjawab" asas kepada kekeluargaan. Kalau suami tidak menunaikan tanggjawab nya kepada isteri, macam mana Allah nak berikan rezeki padanya. Sebagai contoh, cuba kita lihat orang yang miskin macam mana pun tapi disebabkan tanggungjawab dia untuk membesarkan anak-anak, Allah sentiasa memberi rezeki padanya walaupun bukan banyak. Tetapi jika tiada sikap tanggungjawab macam mana rezeki tu nak datang kan.


(Situasi 3)

         Apa yang dikatakan kebas nafkah pula ialah bila si suami mampu untuk memberi nafkah tapi tidak ditunaikan. Duit2 dibelanjakan bersama kawan ataupun di luar, walhal si isteri dibiarkan begitu. Dan ada juga yang mengatakan duit siteri adalah duit dia. Itulah yang dikatakan kebas nafkah. Walaupun si isteri itu bekerja tetapi nafkah ni perlu ditunaikan. Kita dah kahwin dengan perempuan tuh, semestinya kita dah sanggup untuk menyara perempuan/isteri kita. Jika isteri kita sebelum ini sudah biasa di beri orang gaji, maka sebagai seorang lelaki/suami yang MAMPU kena juga berikan orang gaji pada si isteri mengikut kehidupan si isteri bersama keluarganya dulu. Tapi ini hanya bagi orang yang mampu. Perempuan pun janganlah minta yang lebih2. Sebaiknya kita saling membantu.


Asas rumahtangga yang penting adalah tanggungjawab dan saling memahami. Suami tunaikan nafkah mengikut kemampuan dan si isteri tidak patut merungut dengan apa yang diberi oleh suami. Bagi perempuan yang bekerjaya lebih tinggi dari suami, janganlah pula merendahkan taraf si suami,ini adalah tidak baik. Sebelum kita kahwin, kita dah tahu dia kerja apa kan, semestinya kita dah menerima dan rela hidup dengannya walaupun pendidikannya kurang dari kita. So, sepatutnya tak jadi masalah bila berumahtangga, janganlah isu membangkit ataupun merendahkan martabat suami. Yang sebaiknya terimalah seadanya kerana kita yang memilih pasangan hidup kita. Kita yang merancang Allah yang tentukan. Sekadar berkongsi entri yang panjang. Sekian :)



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta