Tuesday 10 January 2012

Apa nak jadi dengan budak sekolah sekarang

Olla :)

                 

         Gambar kartun di atas tiada kaitan dengan apa yang nak dibincangkan kat entri ini. Cuma sekadar untuk pengisian di awal entri memandangkan adik2 dah mula bersekolah kan, "back to school". Adik-adik yang masih bersekolah, pernah tak terfikir tujuan ataupun matlamat adik-adik pergi ke sekolah? sekadar untuk bermain ataupun menambah kenalan? wahai adik-adik sekalian, perbetulkan balik niat ya, sekolah tu adalah satu tempat untuk adik-adik menuntut ilmu, tempat yang menjadikan kita semua insan yang berguna dan pemangkin untuk kita menjadi peneraju negara. Tetapi, sedih dan pilu sekali hati Miss Bubble apabila terlihat satu video yang di upload di fb, video pergaduhan di sekolah. Sungguh memalukan sekali apabila kaum hawa yang bergaduh. 
            Apa nak jadi zaman sekarang ni, kebiasaannya Miss Bubble dengar lelaki yang cepat bergaduh, tetapi tadi tengok perempuan yang bergaduh. Kenapalah adik-adik sekarang sudah mula untuk terjebak menjadi samseng? Dimana moralnya wahai adik2 peneraju negara akan datang? Miss Bubble sedih dan terkejut dengan sikap budak2 sekolah yang berani untuk buat apa sahaja tanpa berfikir. Sungguh memalukan, budak sekolah menengah bergaduh di khayalak ramai dan juga turut disaksikan oleh budak lelaki. Semua yang melihat dan menyaksikan, kenapa tidak mencuba untuk menghalangnya. Bukan sekadar lelaki yang menendang, tetapi yang Miss Bubble tengok ni lagi teruk apabila aksi tarik menarik, tumbuk, sepak terajang dan juga hampir seorang ni tertanggal baju sukan sekolah. Ya Allah, sampai begitu sekali mereka berkelakuan teruk, menampakkan sesuatu yang memalukan, tolonglah adik-adik. 
             Walaupun ada rasa tidak puas hati tapi pergaduhan sebegini bukan cara penyelesaiannya. Tak malukah lelaki2 seronok melihat kelakuan tak senonoh, seorang cuba menarik2 sampaikan terselak baju sukan. Apa semua ni, apa nak jadi... Buka mata dan tajam kan minda, usia muda jangan di sia-siakan. Tak ada gunanya korang bergaduh, korang berada di sekolah untuk menuntut ilmu, dan ingat ibu bapa menghantar anda ke sekolah supaya anda menjadi seorang yang berilmu bukannya menjadi seorang yang bodoh sebegitu. Miss Bubble makin takut dengan sikap agresif budak2 sekolah zaman sekarang, hilangnya moral. Tak bolehkah adik-adik semua bersabar sedikit, dan berada di alam persekolahan bukanlah sesuatu yang lama, sekejap je adik. Sekejap je kita akan ada pengalaman di sekolah, dan apabila meningkat dewasa kita semua perlu melangkah ke alam universiti dimana tiada lagi kawan kawan yang senantiasa bersama kita, tiada lagi guru yang selalu memberi tunjuk ajar. Semuanya berdikari dan independent. Di saat itu, kita perlu independent dan tidak boleh bergantung pada sesiapa. Yang paling penting saat itu, kita akan mula merindui zaman persekolahan kita. 
             Jadi, kesimpulannya akak Miss Bubble berharap bagi adik-adik yang bersekolah jagalah kelakuan dan nikmatilah zaman persekolahan dengan sebaiknya. Bagi sesiapa yang sudah bergelar ibu atau bapa, pantaulah anak-anak anda agar tidak terjebak ke arah memalukan ini dan juga pada sesiapa yang mempunyai adik yang masih bersekolah. Sama-sama kita berdoa agar generasi akan datang terpelihara akhlaknya.

sekadar jenaka :)


btw: Miss Bubble tak ingin upload video itu kerana mungkin memalukan empunya diri.
< Tolong KLIK juga ya >


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

2 sUntiKaN sEmaNgaT:

Cik tikah said...

erm.. makin maju dunia, makin canggih perangan manusia. hehe

MisS BubBLe said...

@Cik tikah
haha, agknye begitu la;)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta