Tuesday 10 January 2012

Dosa Tinggal Sembahyang!!!

        Pada suatu petang yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan, manakala kerudungannyamenangkap rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya bersih,bdan ramping dan roma mukanya yang ayu tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.
          Dia merangkap perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa A.S. Pintu diketuknya perlahan-lahan sambil mengucapkan uluksalam. Apabila mendengar ucapan "Silakan masuk" dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai ketika dia berkata; "wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya supaya Tuhan berkenan untuk mengampuni dosa keji saya".
         "Apakah dosamu wahai wanita ayu?"tany Nabi Musa A.S. terkejut. "Saya takut mengatakannya" jawab wanita cantik itu. " Katakanlah, jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Lalu wanita itu memulakan ceritanya, "Saya..telah berzina." kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "dari penzinaan itu, saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, lansung saya cekik lehernya sampai...mati,"ucap wanita itu smabil menangis sekuat hati.
          Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, "perempuan jahat, nyah kau dari sini!! supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatan jijikmu itu, pergi!!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan mukanya kerana jijik. Mendengar herdikan itu, wanita itu segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa ratapannya amat memilukan, baginya kemana lagi hendak mengadu kerana seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayangbetapa dosanya dan jahat perbuatannya.
          Tetapi dia tidak tahu sepeninggalannya, Malaikat Jibrail turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibrail bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang ehndak bertaubat dari dosa? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya ?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu ?" Tanya Nabi Musa kepada Jibrail. "Adakah dosa yang lebih besar dari perempuan  yang nista itu? " "Ada!" jawab Jibrail dengan tegas. "Dosa apakah itu? " Tanya Nabi Musa. "ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA DAN TANPA MENYESAL, orang itu dosanya lebih besar daripada 1000 kali berzina.
         Mendengar penjelasan itu Nabi Musa kemudian memanggil wnaita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan kusyuk untuk memohon keampunan daripada Allah untuk wanita itu. Nabi Musa menyedari orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Beerti dia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambanya.
        Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh beerti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin dengan Allah berada di jalan ketaatan kepadanya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


btw :   1. Kita inginkan sesuatu yang sempurna tapi untuk solat kenapa malas?
           2. Dengan meilhat orang lain solat, tidak timbulkah rasa bersalah dalam diri?
           3. Sedarkah kecantikan, nyawa dan kehidupan hanya sementara, dan tanpa solat tiada bekalan untuk akhirat?

~wahai rakan-rakan yg disayangi, solatlaah 5 waktu sehari semalam , tanpa solat hidup kita tak akan sempurna~

> Tolong KLIK juga ya <
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

0 sUntiKaN sEmaNgaT:

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta