Saturday 24 March 2012

Orang sekarang pandai nak lari

Olla :)

         Di waktu petang begini, tinggallah Miss Bubble keseorangan di bilik melayani lappy, online,berfesbuk, dan juga menyiapkan assignment. Perut ku hairan tak berbunyi walhal sejak bangun dari pagi tadi, ku belum menyentuh apa-apa pun lagi makanan atau pun hot milo+ nestum as usual. Alhamdulilah, dapat ku kawal nafsu makan..
          Berbalik pada entri Miss Bubble hari ini, "orang sekarang pandai nak lari" hah..memang la orang mestilah pandai berlari..tapi bukan ini yang dimaksudkan. Pandai melarikan diri dari tanggungjawab. That's the point. Bukan menuding jari pada sesiapa tapi juga pada diri sendiri. Kenapa harus melarikan diri dari melakuka sesuatu. Melarikan diri dari masalah bukan penyelesaian terbaik tetapi mengusutkan keadaan.
         Jika kita sudah diberi untuk melakukan sesuatu, tetapi pelbagai alasan ataupun anda terus berdiam diri kononnya tidak tahu. sanggup anda membiarkan kawan anda memikulnya sendirian? Sampai begitu sekali anda sanggup melakukannya,..apa salahya berkorban waktu demi sahabat? tanpa sahabat anda tak akan dapat memulaka apa-apa jenis hubungan.



 


btw: tak pelah malas nak bercerita panjang, macam penat je duk pendam dalam hati....bye!
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 18 March 2012

Resolusi

Olla :/

          Cukuplah 2 hari kena memaksakan diri menghadiri softskill yang sangat bosan dan memenatkan. Sangat2 tak enjoy dalam kuliah tu, sebab terlalu banyak presentation. No input from the speaker...a lot of problem kat lecture hall fkp tu, 2 hari yang dilalui sangat memenatkan dan mengantuk. REally make me tiring,.. Masa yang tak bersesuaian pula tu, dah la sekarang musin test, kuiz, assignment yang berlambak,.tetap hari minggu begini dari awal pagi smpai petang terpaksa jadi bangkai hidup dalam lecture hall.. rasa macam menghabiskan masa macam tu je, semua kerja + assgnment entah kemana sebab tiada masa. tengok2 dah nak hari isnin, lab report + kuiz + assignment....how to finish all this with sleepy eyes... so conclusion is, seminar softskill tak patut diadakan sehingga 2 hari dan dari awal pagi hingga lewat petang. So, thats all my resolusi daripada seminar softskill selama 2 hari ini.. Sekian,...




btw: ngantuuuuuuuuk, tapi nak siapkan take home test dulu..! :(
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday 9 March 2012

waiting for you guys !

Salam & Olla :)

      Hey guys, dah beberapa hari berlalu pertandingan design baju kolej kediaman tu, tapi just a few person je yang baru hantar design. Apacer nie?? Yang mengutuk, cakap design lama hodoh la apa, tapi mana design hang? bak la sini hantar kat inbox, kasi gua tengok sikit lu punya design yang cantek bangat tuu.. Kecut perut la tuh bila tengok kita orang open, dah buka pertandingan untuk korang semua design baju. Kitaorang ni dah cukup baik, ikut je kehendak korang, cakap nak suruh re-design balik, then buat competition la sebab ramai yang kreatif pasal design t-shirt ni, so kitaorang buat, open competition. And now saya masih menunggu sesape yang banyak sangat mengungkit, kutuk la apa, tampil dengan design anda tu. Jangan berani cakap atau kutuk je, cuba juga untuk buat, baru anda tahu betapa susahnya sesuatu benda. Ada juga insan yang terpilih ni, komen dan kritik banyak tapi masuk kat inbox terang2 mengaku cakap tak pandai design cuma tahu komen je.. apa celup lu der...
      Miss bubble bukanlah nak marah ke emosi sangat tapi kerenah mahasiswa ni macam-macam, sikap yang mengada-ngada dan juga sikap nak menjatuhkan orang. tolonglah open minded dan bersatu. Kalau cakap elok-elok, mungkin boleh accept..Jadi tolonglah bersikap terbuka wahai insan sekalian :)

"Ramai orang hanya tahu mengkritik, tapi jarang pula nak sumbangkan idea. Kan lagi bagus kritik dan sumbangkan idea yang bernas. Jangan tau kritik je, tapi lansung tak ada idea" - by : Salam ukhuwah


btw: Suka dengan kata2 bloger Salam Ukhuwah tu :)


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday 4 March 2012

Give Up nak teruskan...

Salam & Olla :(

        Entri kali ni nak luahkan perasaan sedih dan juga give up. You know apa itu give up? Putus asa sangat2 dah, Miss Bubble dah tak boleh nak teruskan dengan tugas tu. Sesungguhnya saya hanyalah insan yang lemah, tak mampu untuk buat sorang-sorang. Seriously, Miss Bubble perlukan orang atau pun teman untuk sentiasa support dan tolong Miss Bubble, tapi kecewa....tiada yang sudi untuk bersama Miss Bubble selesaikan tugasan.
       Kenapa terlalu emosi diri ini? Miss Bubble diberi kerja untuk uruskan penjualan t-shirt kolaj kediaman, dan terpaksa deal dengan supplier2 yang sudi menerima tempahan dengan harga yang murah, menguruskan design baju dan juga survey berapa kuantiti yang ingin ditempah. Tapi semua itu terpaksa dilalui sendirian, walaupun bertubi-tubi ada yang bertanyakan soalan, Miss Bubble buntu..blur sebab Miss Bubble dalam keadaan stress.
       Timbul persoalan dihati, kenapa tugasan sebegini diserahkan pada Miss Bubble? Dimana yang lain, anyone yang sudi menghulurkan bantuan.... Seriusly, Miss Bubble seorang yang lemah dan tak tahu untuk kendalikan apa-apa pun sebab itu Miss Bubble sentiasa beremosi. Semuanya tak kena, pelajaran terabai...kuiz esok entah ke mana..Study pun ala-ala gitu je,..kenapa jadi begini? kenapa perlu begini? kenapa perlu bersendirian?


btw: Next tyme tak payah tolong dan buat baik pada orang dah sebab orang tak jadi macam kita yang sanggup bantu dia apa-apa pun kerja...( maaf benda buruk macam ni jangan tiru, bercakap diluar minda yang stress )
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta