Tuesday, 27 December 2011

Pasang Niat untuk belajar !

Salam & Olla..


                 Huuhuuu, hari ini dah hari rabu, masa terus je berlalu tanpa menghiraukan Miss Bubble ni yang dah khatam belajar ke belum.. agak-agaknya, Miss Bubble ni dah habis study ke? ermm, mestilah tak kan... Banyak ni chapter nak revise, formula2 segala bagai duk bermain kat kepala je..hehe, tapi apa yang paling penting sepanjang minggu stduy week ni ialah, tahan diri daripada tension ataupun stress. Kalau stress nanti tak pasal2 belajar tak masuk apa. ish3, minta jauhlah Miss bubble dari perasaan macam tu. Apa yang pelik kan, nama je study week, tapi banyak la pula assignment, report, projek nak kena hantar kan? Korang tak rasa pelik ke, haha..kebiasaannya tak pernah kalau minggu study week tak ada assignment.. ada je memanjang, mungkin generasi akan datang kena buat 'Minggu Siapkan Kerja' kot..haha..Gurau2 je di pagi hari, saja nak ambil mood belajar. Hari ni dah tekad nak belajar chapter 4 electric power system.. hah, tengok Miss Bubble dah pasang niat untuk belajar apa pagi ni. So, itulah Miss Bubble nak cakap, apa2 yang kita buat bermula dengan niat. Niat tu penting walaupun kita tak berjaya lakukan nya, tapi at least kita berniat dan ada keinginan. Janganlah pula berniat nak berfacebooking. Miss Bubble tahu minggu study memang ramai study sambil facebook. Ada yang layan movie, itu semua style atau pun teknik masing2 belajar kot. Miss Bubble pula, elak dari buka facebook, dalam 1 hari minimunkan masa utk facebook, bukannya tak buka lansung. Untuk rest kan minda bolehlah kita login jap kan. Tapi papepun, kena pandai lah bahagikan masa yang ada ni. Masa ni sangat singkat sebenarnya, kalau dilihat di sini lah kita diuji sama ada kita pandai menggunakan masa ataupun tidak. Bila dah berlalu baru nak menyesal, so janganlah macam tu. Kita terus maju ke depan tanpa berundur ke belakang, yang penting niat dan ada inisiatif untuk berusaha sebaiknya. Ok la setakat ni dulu entri Miss Bubble, nak chow untuk study. Jom kekawan!


btw: Doakan Miss Bubble berjaya di final nanti :))
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

2 sUntiKaN sEmaNgaT:

Cik Asfz said...

jom join GA http://teratakcikasfz.blogspot.com/2011/12/saya-nak-souvenir-dari-indonesia-ga.html

:)

~bUih-bUih ciNta~ said...

wah..asfz uat GA ke..? bgusnyee..mstilah nk join....!:)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta