Thursday 25 December 2014

Kebosanan

Olla *_*



Susahlah nak update blog kat bilik internet tak dapat. Ni terpaksa update kat ofis, tapi tak best jugak mata2 memandang. Orang nak menaip dengan aman dan selesa tapi tu la bila ada yang tertengok mood jadi hilang. Maklumlah blog ni kan ibarat diari hati, semuanya nak luah kat sini. 

memandangkan tak jadi nak balik rumah, memang kebosanan tahap melampau la. Nak layan movie sampai lebam pon tak boleh sebab dah kehabisan stok movie. Dasyat dan sadis sungguh rasa hidup. Kawan2 pulak semua menghilang. Biasanya kalau dorang dah bosan dan tak da sesapa mulalah datang cari dan mengajak ke situ kesini. Alkisahnya aku camtu la, orang nak datang cari, dah ada peneman lain tinggallah aku sensorang. Its ok, itulah namanya kehidupan. Aku pun tak nak bergantung dengan orang dah, sebab tu aku tabahkan jua kat bilik mengelamun sebab tak tahu nak buat apa.

Nak balik rumah ambik keta pun tak jadi, tak tahulah bila kereta tu nak datang sini. At least ada kenderaan senang sikit nak bergerak kan, even sensorang. Apapun memang hidup kena berdikari, nasiblah dah ini je jalan yang aku ada. Hidup di kampus dan kampus, belum berpeluang untuk hidup di suasana kerja. Ermm, btw aku harap family kat sana tak susah hati dan terus tabah dalam situasi banjir sekarang. Alhamdulillah rumah masih selamat untuk didiami, dan cukuplah untuk jiran2 datang menumpang tidur tu. Hopefully keadaan akan bertambah surut selepas ni. Ini sume ujian dari Allah, kita kena terus berdoa memohon bantuan daripadaNYA. Biarpun hati ni pilu dan sedih, hanya doa je mampu kukirimkan dari jauh. 






Btw: Nobody..nobody... Perut lapar, yukk balik bilik jap lagi singgah kafe cari apa yang patut untuk diisi. Chow dulu !~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

0 sUntiKaN sEmaNgaT:

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta