Monday, 29 December 2014

Please don't...

Olla =.=

Rasa kecewa bercampur sedih, bukannya untuk menyalahkan…tapi mungkin aku yang terlalu ambil serius. Kenapa aku sedih? Sampai boleh menitis air mata. Tapi kenapa dengan aku? Maaflah kalau aku terlalu emosi tapi jujurnya aku tak nak orang kena-kenakan aku dengan seseorang. Bukan aku takut jatuh cinta, tapi kalau di sana yang jatuh cinta macam mana? Aku tak nak orang menaruh harapan, sebab aku tahu keadaan aku sekarang, hati aku macam mana.

Daripada sekolah lagi, ada je benda yang kena digosipkan. Teruk sangat ke aku sampai orang nak gosipkan aku dengan sipolan..membawak-bawak sampai ke university. Dulu okey, tapi sekarang perasaan aku lain. Aku belum bersedia untuk ada perasaan suka mahupun cinta. Sesungguhnya janganlah memaksa aku untuk lupakan kenangan lama itu. Aku sayang dengan benda lama, biarlah kenangan itu berlalu dengan perlahan dari hidup aku dan bukannya dengan cara memaksa aku melupakan kenangan lama.

Jangan nanti ada yang cakap aku memberi harapan, aku hanyalah berkawan dengan semua orang. Tiada niat lain, melainkan Allah dah wujudkan perasaan suka satu hari nanti. Just follow the flow…

Maaflah kalau aku terlampau emosi dan ambil serius. AKu tahu itu semua gurauan….T.T



R.i.N.d.U

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Ujian Penghujung Tahun(Banjir)

      Allahu, bila berkisarkan banjir tahun nil ah paling teruk sepanjang aku hidup. Selama 24 tahun tak pernah pon banjir dekat kawasan rumah. Mostly ramai yang cakap macam ni kan, selama ni tak pernah banjir pun tahun ni boleh banjir, air dah masuk dalam rumah, rumah tenggelam. Ya Allah sedih dan menyayat hati. Memang kesian, aku boleh rasa kesedihan itu sebab family aku kat sana pun terkandas dengan banjir. Dah macam pulau pun ada sebab terkandas nak ke jalan besar pun dah bahaya, air dalam. Tapi syukur Alhamdulillah rumah aku dan beberapa jiran yang ke depan tidak dimasuki air. Masih ada lagi tempat berlindung dan masih boleh bagi jiran2 belakang untuk berlindung dan tumpeng tidur kat rumah.

     Elektrik tak payah cakap lah, dah berapa hari tak ada. Tidur bercahayakan lilin tu pun sementara stok lilin ada. Malam2 dalam kegelapan, dan ketakutan jika air banjir naik. Sungguh kesian. Memang tak boleh nak baying situasi mangsa2 banjir, perasaan cemas dan cuak, nak tidur pun tak lena sebab berjaga2 dengan air yang naik tak kira masa. So far, aku masih lagi boleh contact family, bila bangun pagi aku call, sebelum tidur aku call. Alhamdulillah, walaupun ada yang dah kehabisan bateri. Aku berharap dan sentiasa mendoakan mereka semua tabah dan sabra dalam menghadapi ujian banjir ni.

        Bila sentuh bab bekalan makanan, lagi pilu aku ada terbaca yang ada tak dapat bekalan makanan, kehabisan makanan, meninggal sebab kelaparan dan kesejukan. Ya Allah sesungguhnya begitu kuat ujian mereka. Pasti ada hikmah besar menanti mereka. Tadi pun call mama cakap kedai runcit dah habis barang, tak tahulah nak masak apa. Goreng apa yang ada lagi je. Takpelah selagi ada cukuplah untuk dijamukan kat semua orang biarpun sedikit. Sabar sikit je lagi, InsyaAllah keadaan akan kembali normal dan pulih. Sama2 kita berdoa dan terus berdoa pada Pencipta. Semuanya dari Allah, kita kena yakin. Sungguhpun aku jauh di sini, tapi jiwa dah macam kat sana. Ikut hati nak balik, tapi tak jadi balik sebab bas cancel malam tu dan aku pun dah rasa tak sedap hati terus turun daripada bas tu. Tunggu masa je ni, bila laluan dah kembali normal dan air pun surut aku terus lelaju nak balik rumah. Semoga Allah lancarkan segala urusan kami.

       Nak cerita pepanjang pun memang panjang. Ni jelah dulu aku kongsikan, tapi aku berharap sangat semuanya sentiasa tabah dan sabra. Bertahan ye, semuanya akan pulih. Don’t worry, doa ku sentiasa mengiringi kesana. :’(



Belanja pic banjir sekitar kawasan. Memang menjadi sejarah la. Sebelum ni dengar je certain tempat banjir tapi tahun ni tengok dengan mata kawasan rumah dinaiki air. 


Yang ni jalan besar



Yang bahagian belakang2 lagi dalam






~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday, 25 December 2014

Kebosanan

Olla *_*



Susahlah nak update blog kat bilik internet tak dapat. Ni terpaksa update kat ofis, tapi tak best jugak mata2 memandang. Orang nak menaip dengan aman dan selesa tapi tu la bila ada yang tertengok mood jadi hilang. Maklumlah blog ni kan ibarat diari hati, semuanya nak luah kat sini. 

memandangkan tak jadi nak balik rumah, memang kebosanan tahap melampau la. Nak layan movie sampai lebam pon tak boleh sebab dah kehabisan stok movie. Dasyat dan sadis sungguh rasa hidup. Kawan2 pulak semua menghilang. Biasanya kalau dorang dah bosan dan tak da sesapa mulalah datang cari dan mengajak ke situ kesini. Alkisahnya aku camtu la, orang nak datang cari, dah ada peneman lain tinggallah aku sensorang. Its ok, itulah namanya kehidupan. Aku pun tak nak bergantung dengan orang dah, sebab tu aku tabahkan jua kat bilik mengelamun sebab tak tahu nak buat apa.

Nak balik rumah ambik keta pun tak jadi, tak tahulah bila kereta tu nak datang sini. At least ada kenderaan senang sikit nak bergerak kan, even sensorang. Apapun memang hidup kena berdikari, nasiblah dah ini je jalan yang aku ada. Hidup di kampus dan kampus, belum berpeluang untuk hidup di suasana kerja. Ermm, btw aku harap family kat sana tak susah hati dan terus tabah dalam situasi banjir sekarang. Alhamdulillah rumah masih selamat untuk didiami, dan cukuplah untuk jiran2 datang menumpang tidur tu. Hopefully keadaan akan bertambah surut selepas ni. Ini sume ujian dari Allah, kita kena terus berdoa memohon bantuan daripadaNYA. Biarpun hati ni pilu dan sedih, hanya doa je mampu kukirimkan dari jauh. 






Btw: Nobody..nobody... Perut lapar, yukk balik bilik jap lagi singgah kafe cari apa yang patut untuk diisi. Chow dulu !~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday, 7 December 2014

Sepi

Olla ^-^

Semua tengah kusyuk layan bola malam ni, the only me je kot yang mengadap lappy. Haha, nak buat macam mana dah namanya duduk hostel konfem la takde tv kat bilik. Tapi kat kafe ada, cumanya of course dipenuhi dengan kaum adam :)

Sepi sungguh malam ni sampai sempat main game jap, game farm heroes saga, Dah lama tak main kot. Sambil main sambil dengar lagu aman. Nak habag mai, lagu ni best sangat. Sedap didengar la, berkisarkan ibu. Hoho...without you..........aku hilang keliru

Mengadap laptop, buka note image processing tetapi cam malas nak baca. Penyakit malas malam ni, malas nak buat pape. Nak termenung sambil dengar lagu. Maybe. Ooopsss...Puas hati sebab weekend kali ni berjaya berkurung kat bilik, tak keluar window shopping pon. Berehat sepuas-puasnya kat bilik, buat kerja rumah. Haha, basuh baju jemur baju lipat baju..segalanya lah...basuh manual hokeh, so basuh sikit2 la..

Tapi kan korang, jauh kat sudut hati rasa sepi dan sunyi. Sebab lonely. Pergi kafe pon sensorang, sabar jela. tahun depan lagilah sorang2 setiap masa sebab semua nya nak kawen awal tahun. Whatever it is, I'm strong enough. Lalui dengan tabah and independent. Semua ni saje nak menguji aku. Kenapa cakap macam tu? Sebab nak bagi aku rasa kesunyian dan bosan, lepas tu syaitan datang bisik, pergilah cari pakwe sorang. Oh my God! Kannnn, tetibe terlintas suruh couple bagai. betul ke? tepuk dada tanya selera. Aku rasa macam tu, sebab dulu bole buka hati kat arwah kasi peluang sebab kawan2 semua busy dengan pakwe la. Sekarang aku tak nak pakwe dah, aku nak cari suami. Hikhik :)


Terlebih suda, oopss........stop here ! tata ~


btw: Fokus career dulu, belajar bagi habis,.Serahkan jodoh pada Allah. AMIN

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta