Tuesday, 27 December 2011

Pasang Niat untuk belajar !

Salam & Olla..


                 Huuhuuu, hari ini dah hari rabu, masa terus je berlalu tanpa menghiraukan Miss Bubble ni yang dah khatam belajar ke belum.. agak-agaknya, Miss Bubble ni dah habis study ke? ermm, mestilah tak kan... Banyak ni chapter nak revise, formula2 segala bagai duk bermain kat kepala je..hehe, tapi apa yang paling penting sepanjang minggu stduy week ni ialah, tahan diri daripada tension ataupun stress. Kalau stress nanti tak pasal2 belajar tak masuk apa. ish3, minta jauhlah Miss bubble dari perasaan macam tu. Apa yang pelik kan, nama je study week, tapi banyak la pula assignment, report, projek nak kena hantar kan? Korang tak rasa pelik ke, haha..kebiasaannya tak pernah kalau minggu study week tak ada assignment.. ada je memanjang, mungkin generasi akan datang kena buat 'Minggu Siapkan Kerja' kot..haha..Gurau2 je di pagi hari, saja nak ambil mood belajar. Hari ni dah tekad nak belajar chapter 4 electric power system.. hah, tengok Miss Bubble dah pasang niat untuk belajar apa pagi ni. So, itulah Miss Bubble nak cakap, apa2 yang kita buat bermula dengan niat. Niat tu penting walaupun kita tak berjaya lakukan nya, tapi at least kita berniat dan ada keinginan. Janganlah pula berniat nak berfacebooking. Miss Bubble tahu minggu study memang ramai study sambil facebook. Ada yang layan movie, itu semua style atau pun teknik masing2 belajar kot. Miss Bubble pula, elak dari buka facebook, dalam 1 hari minimunkan masa utk facebook, bukannya tak buka lansung. Untuk rest kan minda bolehlah kita login jap kan. Tapi papepun, kena pandai lah bahagikan masa yang ada ni. Masa ni sangat singkat sebenarnya, kalau dilihat di sini lah kita diuji sama ada kita pandai menggunakan masa ataupun tidak. Bila dah berlalu baru nak menyesal, so janganlah macam tu. Kita terus maju ke depan tanpa berundur ke belakang, yang penting niat dan ada inisiatif untuk berusaha sebaiknya. Ok la setakat ni dulu entri Miss Bubble, nak chow untuk study. Jom kekawan!


btw: Doakan Miss Bubble berjaya di final nanti :))
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday, 25 December 2011

Study Week Live Kat Rumah!

Olla...

wink3..Miss Bubble mebuat liputan di rumah tatkala menaip entri ini. Sekarang sudah pun masuk minggu revision. Wah, maksudnya kena study la 24 jam, tak boleh nak mengadap blog ke pecebuk ok. Sebelum ni, Miss Bubble tak pernah merasa study week kat rumah, tapi sem ni alhamdulilah Miss Bubble decide nak balik juga kat rumah walaupun kejap. Hari jumaat tengahari selamat sampai di rumah dan InsyaALlah hari selasa nanti Miss Bubble akan berangkat pulang ke kampus.. Dapat rasa ablik rumah sekejap pun dah kira bersyukur, tak adalah nak stress sangat kat sana. Sebelum ni banyak sangat benda kat sana, takut nanti terganggu mood nak study so baliklah rumah kejap kebetulan ada kawan yang bawa kereta balik jugak. Tambahan pula, kat kampus selalu tak ada air, rasa macam tekanan lak. sebab terpaksa pergi cari air merata-rata, susah la macam ni. Perkara ni tak pernah selesai jadi tension gak..Hmm, papepun jum la kita study.nikmati minggu revision sebaiknya ok.. Doakan Miss bubble dapat khatam semuanya dengan masa yang diberikan ni.. Salam :)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday, 17 December 2011

sem ni paling banyak diuji dengan kesakitan

Salam & Olla :)

Miss Bubble datang kembali untuk menaip entri yang pendek sekadar melepaskan rasa gian untuk berblogging. Really sorry to myself sebab tak pandai nak jaga blog ni, sampaikan lama tak update. Tapi apa yang boleh saya katakan, too much work and things to do.. Kehidupan di semester ni sangat mencabar tambah2 waktu sekarang dah nak penghujung sem makin banyak dugaan melanda. Miss Bubble sangat busy dengan projek lab, assignment dan juga test. Minggu untk test 2 sudah pun melanda, minggu hantar assignment, projek sudahpun datang memanggil, minggu report segala bagai..semuanya datang memanggil. Apakan daya, sebagai seorang pelajar haruslah menunaikan semuanya kerana Allah. Secara sedar atau tidak, Miss Bubble seringkali di uji dengan sakit. Syukur Allah masih lagi ingat pada Miss Bubble dan ditarik nikmat kesihatan sementara untuk Miss Bubble diuji. Tapi, alhamdulilah ujian sakit yang kecil, tidak ditimpakan sakit yang besar. Walaubagaimanapun, orang kata sakit itu penghapus dosa kan..? Mungkin semua ini adalah untuk menghapus dosa2 kecil, siapa tahu. Cuma sekarang Miss Bubble berharap kesakitan di pipi ini akan beransur pulih sebelum Miss Bubble menghadapi study week. Sedikit sebnayak, sakit yang kat pipi bengkak ni menghalang Miss Bubble untuk study, and unfortunately test pcom berlalu dengan hampa dan kecewa. Menyesal pun tak guna, sebab tak tahan bila nak study rasa tak selesa dan sakit. Apa pun, kita kena redha dengan setiap dugaan yang Allah beri. Doakan Miss bubble cepat sembuh ya. Amin :)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta