Sunday 30 November 2014

Doa Tidak DImakbul, Jangan Bersangka Buruk

olla (*-*)

         Untuk entri kali ni saya nak share berkenaan dengan doa. Doa yang kita minta setiap hari, adakah doa kita diterima ataupun tidak. Dan adakah doa kita itu akan dimakbulkan atau pun tidak? 

Tanpa doa, bagaimana kita dapat berbicara atau meluahkan apa terbuku dalam hati kepada Allah SWT sedangkan hanya Dia yang berkuasa menganugerahkan segala keperluan manusia baik hidayah, rahmat serta rezeki.

Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang dalam kalangan saudara berdoa, mintalah bersungguh-sungguh dan jangan sekali-kali berkata: Ya Allah, Sekiranya Engkau mahu, berikanlah kepadaku. Tiada siapa dapat memaksa Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yakin kepada janji Allah

Namun tidak dinafikan ada kala kita sudah puas meminta, tetapi masih belum dapat apa yang diharapkan itu. Pada situasi begini keyakinan kepada janji Allah SWT perlu kuat kerana jika bukan di dunia, doa itu mungkin menanti di akhirat nanti. 
Memang sukar menghadapi saat di mana kita mengharap tetapi harapan tidak tercapai, tetapi jangan sekali-kali itu menyebabkan kita berputus asa. Mungkin apa yang kita sangka baik untuk kita bukan yang terbaik di sisi Allah SWT.

Bagaimanapun, dalam apa yang dilakukan hendaklah bersungguh-sungguh kerana kesungguhan itu membuktikan istiqamah kita dalam melakukan sesuatu. Dalam banyak perkara, kesungguhan berjaya melembutkan hati orang di sekeliling kita, tetapi biarlah kesungguhan dalam perkara baik.


Btw: Cermin diri adakah kita berdoa dengan cara yang betul, adakah kita sudah betul2 yakin dengan doa yang dipinta dan jangan berputus asa untuk memohon pada Allah walaupun doa kita lambat ataupun belum dimakbulkan. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang :)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

0 sUntiKaN sEmaNgaT:

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta