Tuesday 19 June 2012

Part 2: Biarkan Kenangan Itu



“Rea !, Rea ! apa yang dimenungkan tu ? berkhayal kahwin dengan anak raja ya? Haha”,gelak tihah yang tiba-tiba muncul di belakang Rea.
“Oh, maaflah tihah. Aku tak perasan bila pula kau datang. Eish, kau ni mana ada aku berangan la, aku cuma tengok diaorang main kayak je,”Rea cuba menyorok perasaannya.
“Ah, Rea..macamlah aku tak nampak, renungan kau tu tajam je tapi bukan tengok diaorang main kayak, pandangan kau tuh dah tersasar jauh. Hilang dari dunia kampus ni kan…kan..hehe,” usik tihah.
“ haha, ada-ada jela kau ni tihah. Angin kat sini kuat sangat, sampaikan aku rasa seronok dan tenang. Sebab tu aku tak sedar bila kau boleh terpacak tepi aku ni. By the way, kau buat apa kat sini? Bukan selalu kau berbasikal ke dengan mirul ? Selalunya, aku nak kacau tak bagi..hehe,”gelak Rea sambil melihat ke arah tihah.
“ ermm, takkan lah aku 24 jam nak berkepit dengan mirul. Dia bukan suami aku yang sah lagi, huuurmm..” ringkas dan padat sahaja jawapan yang diberikan oleh tihah.
“ Tak adalah macam tu, aku cuma tanya je. Tiba-tiba timbul persoalan di hati, ke kau ada masalah dengan dia. Kalau ada masalah, ceritalah. Aku sudi mendengarnya, mana tahu kau akan rasa lebih tenang nanti,” pujuk Rea supaya tihah menceritakan hal yang sebenarnya.
“ Ala, Rea…bukannya ada apa-apa..Cuma, ermm biasalah orang bercinta selalu bergaduh..tapi dia tak patut buat aku macam tu..eishhh, geram aku! ,”luah tihah sambil duduk di pangkuan Rea.
“ Iyela, dia buat apa kat kau sampai macam ni sekali aku tengok kau marah dia?,” soal Rea.
“ Mirul tu la, tiba-tiba je dia marah aku dekat kafe tadi, dah la kawan-kawan dia ramai kat situ, jatuh maruah aku. Aku tak berniat pun nak kacau dia dengan ahli kumpulan dia sedang berbincang. Aku cuma datang nak beritahu sesuatu je,” jelas tihah yang kelihatan muram dengan tiba-tiba.
“ Relaks la tihah, mungkin mirul tengah tension ke stress dengan projek dia yang tak jadi tu. Kau kan tahu mirul tu macam mana, dia tak suka orang ganggu dia kalau dia sedang buat kerja. Tambah-tambah kerja berkumpulan, lagi lah dia tak suka,” jelas Rea.
“Yelaaa, tapi aku kan kekasih dia, tak patut dia buat aku macam tu. Aku cuma nak perhatian dari dia je. Kebelakangan ni dia asyik sibuk je, sampaikan tak ada masa untuk aku. Dah kalau aku call malam-malam dia bagi alasan penat dan letih, tak larat nak melayan aku di telefon,”cerita tihah.
Dari kata-kata tihah, Rea seakan dapat menghidu sesuatu, dia hairan dan pelik kerana sejak dua tiga hari ni, kerap kali juga di waktu malam Mirul cuba menghubunginya, tetapi sekadar bertanyakan projek aku. Tetapi, perbualan kami bukanlah sekadar berkisarkan projek, Mirul yang rancak berbual dan ada sahaja topik yang ingin dia borakkan dengan aku. Timbul rasa bersalah di sudut hati kecilnya kerana dia merasakan dirinya penyebab tihah dan mirul mulai renggang.
            “ Sabarlah, tak lama lagi adalah tu masa untuk kau. Kau patut bagi dia masa untuk dia siapkan projek dia tu, nanti kalau dia rindu mesti dia cari kau juga kan,” pujuk Rea.
            “kalau dia cari aku tak apalah, kalau dia cari orang lain macam mana? Merana aku, tak sanggup aku kehilangan Mirul. Betapa susahnya aku nak dapatkan dia dulu, kau pun tahukan aku sukakan mirul sejak awal-awal lagi kita menjejak kaki di UTM ni. Kau boleh bayangkan perasaan sayang aku padanya macam mana,”ujar Tihah.
            “iye, cik tihah. Aku tahu kau sayangkan dia, jangan risaulah. Nanti dia akan pujuk kau tu, cuma kau tu buanglah ego sikit, jangan nanti dia dah pujuk, kau jual mahal pula. Kan nanti dia cari orang lain betul baru kau tahu, haha,” usik Rea.
            “Eleh, siapa je yang Mirul nak pilih, dengan kawan sekelas perempuan dia pun dia tak rapat sangat. Aku je perempuan yang dia ada. Sebelum ni iya lah dia tergila-gilakan kau….Oopsss!,” tihah cepat-cepat menutup mulutnya.
Raut wajah Rea seakan berubah dengan kata-kata yang terpancul secara tiba-tiba dari mulut tihah. Kata-kata tihah itu membuatkan Rea mengimbau kembali waktu dia sedang berkawan rapat dengan Mirul. Persahabatan yang terjalin antara dia dan Mirul tidak kekal lama, kerana dicemburui oleh tihah. Rea pula seakan tersekat kerana tihah merupakan teman baiknya, jadi dia tidak sanggup mendengar tihah mengadu rasa cintanya pada Mirul dan meminta Rea untuk menjauhkan dirinya dari Mirul agar dia dapat mendekati Mirul. Rea pula tidak salahkan tihah kerana menjadi pihak ketiga dalam persahabatan yang terjalin antaranya dengan Mirul. Lagipun, Rea hanyalah berkawan dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Rea pun tahu yang Mirul jenis lelaki yang akan jatuh cinta dengan perempuan cantik seperti tihah. Jadi siapa dia untuk menghalang Mirul dan tihah bercinta, dan dia hanya mengharapkan hubungan mereka kekal ke jinjang pelamin.
            “Tak apalah tihah, cerita lama. Aku dah lupa semuanya,” jawab Rea.
            “ Maaf kan aku Rea, aku tak sengaja. Lagipun, sebab aku juga korang dah tak baik kan, aku ni perosak persahabatan kau dengan Mirul,” rungut tihah.
            “ Eh, mana adalah tihah. Aku anggap Mirul sebagai kawan je, tak lebih pun. Aku tahu dia sukakan kau la tihah, chill ok,” Rea seakan menutup perasaan sedihnya dari di hidu oleh tihah.
            “ Dah kau cakap macam tu, legalah aku. Mana tahu, kau pun syok kat Mirul juga, hehe..kau jangan Rea, Mirul tu hak aku tahu. Mirul cakap dia sayangkan aku sorang je,haha” gelak tihah.
            “ Tak ada maknanya aku sukakan Mirul. Dah la, merepek je kau ni tihah. Malas aku nak campur hal korang berdua, lagi tenang aku duk berkhayal je kat sini sorang-sorang, hehe,” Rea cuba untuk gelak dan senyum walaupun hatinya hambar dengan gurauan tihah.
Tiba-tiba, muncul kelibat seorang lelaki yang menghampiri mereka. Langkahan lelaki itu dapat ditangkap oleh Rea. Segera Rea menoleh ke belakang untuk melihat siapakah yang datang di saat dia dan tihah cuba berborak dan bergelak ketawa. Jantungnya bagaikan terhenti seketika apabila anak matanya melirik tajam ke arah lelaki itu. Bagaikan sudah lama dia tidak bersua muka dengan lelaki itu, apatah lagi untuk duduk belajar bersama. Pandangan Rea terus terhenti apabila dia menyedari tihah mula menoleh sama.
            “Datang pula awak kat sini, nak buat apa?” Sombong sahaja pertanyaan tihah pada Mirul.
            “Inikan kampus saya juga, suka hati saya lah nak pergi mana,” jawab Mirul.
            “Rea, tengok ni. Dia datang sini bukan nak pujuk, nak sakitkan hati aku lagi adalah,”rungut tihah yang bersuara manja sambil mencebik bibir.
            “ Eish, sudahlah nak berdrama ke gaduh. Mirul, bawalah si tihah ni, kan nanti dia merajuk besar lagi susah pula,” Rea cuba untuk melontarkan senyuman pada mirul seakan tiada apa-apa yang berlaku.
            “Iyelah, saya datang ni nak pujuk awak lah wahai puteri tihah sayang. Jom lah kita keluar makan, saya tahu saya busy sampai tak ada masa untuk awak,”pujuk Mirul sambil sesekali mencuri pandang  ke arah Rea.
            “Hah, tahu pun awak nak cari saya. Hehe, jom! Sayang pun lapar ni,” jawab tihah.
            “Rea tak nak ikut sekali dengan kitaorang ke? “pelawa Mirul.
Sepantas kilat, belum sempat Rea menjawab terus di sambung oleh Tihah.
            “Rea tu dia nak duduk je kat situ, nak menunggu putera idaman dia datang, haha. Jomlah saya lapar dah ni,” sambil menarik Mirul berlalu pergi.
            “Iya, saya pun ada hal lepas ni. Korang berdua jela makan ya,” ringkas sahaja Rea menjawabnya.
Mirul dan tihah segera berlalu pergi meninggalkan Rea sendirian di tepi tasik. Beberapa langkah ke depan, sempat juga Mirul menggerling ke arah Rea. Namun, Rea hanya tersenyum dan terus beralih pandangan ke tasik. Dia tidak mahu, tihah menghidu bau-bau yang tidak enak ataupun menuduh dia untuk merosakkan hubungan dia dengan Mirul. Rea sedikitpun tidak terlintas perasaan marah ataupun berdendam dengan tihah, walaupun kata-kata tihah yang agak tajam kepadanya. Rea tahu tihah tidak berniat untuk berkata sedemikian, siapa-siapa sahaja pasti cemburu jika orang yang dia sayangi dirampas. Lagipun, tihah seorang perempuan manja dan mahukan perhatian yang lebih.
                         **********************************************




btw: sabar yea, tunggu dan nantikan part seterusnya :)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

6 sUntiKaN sEmaNgaT:

farah said...

da bace ... nice..
nt bole laa buat buku .. huhu :)

Amirul Nadzri said...

alamak2x..*blushing* haha.. speechless baca nama mamat tu.. hmm..tihah dgn rea..mcm penah jumpa karekter tu..huhu..

ni bertambah saspens nih..

part3 plak..!!3x

MisS BubBLe said...

@Amirul Verdasco Nadzri
penah jumpa karakter tu? oopss, terlupa nama sama cam mirul la..hihi

Amirul Nadzri said...

nak part 3 plak..huhu

MisS BubBLe said...

@Amirul Verdasco Nadzri
sory..sory... ~

MisS BubBLe said...

@farhalurve
InsyaAllah kalo di beri kesempatan, dan diberi kepercayaan:)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta