Seriusly dah sebulan lebih or 2 bulan kot tak update or conteng pape ini blog. Sangatlah busy dengan macam2 dan banyak benda terjadi. Rasa macam mimpi buruk untuk tahun ni.
Apa2 pun malas cakap banyak lagi, sebab Esok dah mula final. Kekawan, esok saya dah mula final exam untuk last semester, last segala2 nya. (Final year) kan3... Tiba2 rasa nak buka blog, sebab otak jauh merawang, sedang baca n hafal, boleh pulak tembus dan muncul lah wajah yang xsepatutnya datang. Aku tak mintak pun untuk ingat, tapi dia datang muncul lam kepala dan habis benda yang duk baca ni tembus.
Apa khabar dia ya, senyap tanpa khabar. Aku ada rasa rindu. Macam mana dengan dia? Mungkin tak kan. Esok saya dah final, saya tahu awak takkan wish sebab awak pun tak kisah n xtahu saya punya first paper bila. Saya harap awak study, belaja betul2..jangan sibuk dengan benda lain. Sekarang study dulu, bukannya kerja part time.
Saya takot nak tegur, sebab semua tu keputusan awak. Kalau pelajaran awak terganggu mungkin saya di salahkan dulu kan. Jadi sekarang, study la. Buat la apa yang awak nak, apa yang awak nak kejar. Saya harap awak berjaya dan bahagia. Lagi beberapa hari saya ada kat sini, dan waktu beberapa hari tu la peluang masih ada untuk saya jumpa awak. Tapi, saya tak rasa kita akan jumpa kan...saya tak nak berharap. Biarlah masa menentukan segalanya. Sebaik sahaja habis last paper,semua harapan saya hancur. Saya tak patut berharap pape lagi kan. Just doa yang terbaik dan serahkan pada takdir. Pertemuan dan perpisahan semuanya telah dirancang.
Terima kasih untuk segalanya. Saya tak boleh study sebab teringatkan awak tiba2. Maaf sebab timbul perasaaan rindu. Maaf.
Wish me luck n doakan yang terbaik untuk saya. ! T.T