Wednesday, 27 June 2012

Praktikal oh praktikal

Olla peeps :)

   Long time no see rite? huh, hari ni baru sempat nak update entri. Fuh, sapu peluh kat dahi. (kononya penat) haha..pagi-pagi mana peluh lagi kan, tipulah Miss Bubble ni. Okeh, sebenarnya Miss busy dengan praktikal. Sekarang dah minggu kedua Miss Bubble ber praktikal di Jabatan Kerja Raya (jkr cawangan elektrik). Hah, sape2 tak tahu bolehlah melawat laman web JKR ya. Miss Bubble akan jadi jadi pekerja kat sini selama 3 bulan, engineer celup la katakan. Nak dengar pengalaman 2 minggu? Fuhh, banyak ooo.. betul tak tipu. Balik rumah je terus lentok ngantuk.. Banyak benda dah belajar, nak kena cari fault, wiring traffic light, pergi sekolah, Istana dan macam-macam lah. hah, sape cakap JKR tak ada kerja? Kat sini memang ada je keje, tiap-tiap hari keluar je. Ikut pergi situ, sini. Tapi hari ni finally dapat online kat ofis, sebab malas nak keluar site. Hari khamis separuh hari, abik duduk dalam siapkan buku log. hihi. Tapi kalau pagi kiteowg keluar, tengahari akan ada orang datang untuk briefing teori tak pun bagi penekanan pasal designing. Kalau taraf engineer ni sebenarnya kena expert design-design ni. Tu dengan incik sini la cakap. Tapi apa salahnya balance kan unit maintenance dan juga unit projek. Semua kami belajar. Okeh la, nak stop sini dulu. babai:)

Sambung connection luhh..;p


btw: orang jeles selalu nya nak sama macam kita kan..


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday, 19 June 2012

Part 2: Biarkan Kenangan Itu



“Rea !, Rea ! apa yang dimenungkan tu ? berkhayal kahwin dengan anak raja ya? Haha”,gelak tihah yang tiba-tiba muncul di belakang Rea.
“Oh, maaflah tihah. Aku tak perasan bila pula kau datang. Eish, kau ni mana ada aku berangan la, aku cuma tengok diaorang main kayak je,”Rea cuba menyorok perasaannya.
“Ah, Rea..macamlah aku tak nampak, renungan kau tu tajam je tapi bukan tengok diaorang main kayak, pandangan kau tuh dah tersasar jauh. Hilang dari dunia kampus ni kan…kan..hehe,” usik tihah.
“ haha, ada-ada jela kau ni tihah. Angin kat sini kuat sangat, sampaikan aku rasa seronok dan tenang. Sebab tu aku tak sedar bila kau boleh terpacak tepi aku ni. By the way, kau buat apa kat sini? Bukan selalu kau berbasikal ke dengan mirul ? Selalunya, aku nak kacau tak bagi..hehe,”gelak Rea sambil melihat ke arah tihah.
“ ermm, takkan lah aku 24 jam nak berkepit dengan mirul. Dia bukan suami aku yang sah lagi, huuurmm..” ringkas dan padat sahaja jawapan yang diberikan oleh tihah.
“ Tak adalah macam tu, aku cuma tanya je. Tiba-tiba timbul persoalan di hati, ke kau ada masalah dengan dia. Kalau ada masalah, ceritalah. Aku sudi mendengarnya, mana tahu kau akan rasa lebih tenang nanti,” pujuk Rea supaya tihah menceritakan hal yang sebenarnya.
“ Ala, Rea…bukannya ada apa-apa..Cuma, ermm biasalah orang bercinta selalu bergaduh..tapi dia tak patut buat aku macam tu..eishhh, geram aku! ,”luah tihah sambil duduk di pangkuan Rea.
“ Iyela, dia buat apa kat kau sampai macam ni sekali aku tengok kau marah dia?,” soal Rea.
“ Mirul tu la, tiba-tiba je dia marah aku dekat kafe tadi, dah la kawan-kawan dia ramai kat situ, jatuh maruah aku. Aku tak berniat pun nak kacau dia dengan ahli kumpulan dia sedang berbincang. Aku cuma datang nak beritahu sesuatu je,” jelas tihah yang kelihatan muram dengan tiba-tiba.
“ Relaks la tihah, mungkin mirul tengah tension ke stress dengan projek dia yang tak jadi tu. Kau kan tahu mirul tu macam mana, dia tak suka orang ganggu dia kalau dia sedang buat kerja. Tambah-tambah kerja berkumpulan, lagi lah dia tak suka,” jelas Rea.
“Yelaaa, tapi aku kan kekasih dia, tak patut dia buat aku macam tu. Aku cuma nak perhatian dari dia je. Kebelakangan ni dia asyik sibuk je, sampaikan tak ada masa untuk aku. Dah kalau aku call malam-malam dia bagi alasan penat dan letih, tak larat nak melayan aku di telefon,”cerita tihah.
Dari kata-kata tihah, Rea seakan dapat menghidu sesuatu, dia hairan dan pelik kerana sejak dua tiga hari ni, kerap kali juga di waktu malam Mirul cuba menghubunginya, tetapi sekadar bertanyakan projek aku. Tetapi, perbualan kami bukanlah sekadar berkisarkan projek, Mirul yang rancak berbual dan ada sahaja topik yang ingin dia borakkan dengan aku. Timbul rasa bersalah di sudut hati kecilnya kerana dia merasakan dirinya penyebab tihah dan mirul mulai renggang.
            “ Sabarlah, tak lama lagi adalah tu masa untuk kau. Kau patut bagi dia masa untuk dia siapkan projek dia tu, nanti kalau dia rindu mesti dia cari kau juga kan,” pujuk Rea.
            “kalau dia cari aku tak apalah, kalau dia cari orang lain macam mana? Merana aku, tak sanggup aku kehilangan Mirul. Betapa susahnya aku nak dapatkan dia dulu, kau pun tahukan aku sukakan mirul sejak awal-awal lagi kita menjejak kaki di UTM ni. Kau boleh bayangkan perasaan sayang aku padanya macam mana,”ujar Tihah.
            “iye, cik tihah. Aku tahu kau sayangkan dia, jangan risaulah. Nanti dia akan pujuk kau tu, cuma kau tu buanglah ego sikit, jangan nanti dia dah pujuk, kau jual mahal pula. Kan nanti dia cari orang lain betul baru kau tahu, haha,” usik Rea.
            “Eleh, siapa je yang Mirul nak pilih, dengan kawan sekelas perempuan dia pun dia tak rapat sangat. Aku je perempuan yang dia ada. Sebelum ni iya lah dia tergila-gilakan kau….Oopsss!,” tihah cepat-cepat menutup mulutnya.
Raut wajah Rea seakan berubah dengan kata-kata yang terpancul secara tiba-tiba dari mulut tihah. Kata-kata tihah itu membuatkan Rea mengimbau kembali waktu dia sedang berkawan rapat dengan Mirul. Persahabatan yang terjalin antara dia dan Mirul tidak kekal lama, kerana dicemburui oleh tihah. Rea pula seakan tersekat kerana tihah merupakan teman baiknya, jadi dia tidak sanggup mendengar tihah mengadu rasa cintanya pada Mirul dan meminta Rea untuk menjauhkan dirinya dari Mirul agar dia dapat mendekati Mirul. Rea pula tidak salahkan tihah kerana menjadi pihak ketiga dalam persahabatan yang terjalin antaranya dengan Mirul. Lagipun, Rea hanyalah berkawan dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Rea pun tahu yang Mirul jenis lelaki yang akan jatuh cinta dengan perempuan cantik seperti tihah. Jadi siapa dia untuk menghalang Mirul dan tihah bercinta, dan dia hanya mengharapkan hubungan mereka kekal ke jinjang pelamin.
            “Tak apalah tihah, cerita lama. Aku dah lupa semuanya,” jawab Rea.
            “ Maaf kan aku Rea, aku tak sengaja. Lagipun, sebab aku juga korang dah tak baik kan, aku ni perosak persahabatan kau dengan Mirul,” rungut tihah.
            “ Eh, mana adalah tihah. Aku anggap Mirul sebagai kawan je, tak lebih pun. Aku tahu dia sukakan kau la tihah, chill ok,” Rea seakan menutup perasaan sedihnya dari di hidu oleh tihah.
            “ Dah kau cakap macam tu, legalah aku. Mana tahu, kau pun syok kat Mirul juga, hehe..kau jangan Rea, Mirul tu hak aku tahu. Mirul cakap dia sayangkan aku sorang je,haha” gelak tihah.
            “ Tak ada maknanya aku sukakan Mirul. Dah la, merepek je kau ni tihah. Malas aku nak campur hal korang berdua, lagi tenang aku duk berkhayal je kat sini sorang-sorang, hehe,” Rea cuba untuk gelak dan senyum walaupun hatinya hambar dengan gurauan tihah.
Tiba-tiba, muncul kelibat seorang lelaki yang menghampiri mereka. Langkahan lelaki itu dapat ditangkap oleh Rea. Segera Rea menoleh ke belakang untuk melihat siapakah yang datang di saat dia dan tihah cuba berborak dan bergelak ketawa. Jantungnya bagaikan terhenti seketika apabila anak matanya melirik tajam ke arah lelaki itu. Bagaikan sudah lama dia tidak bersua muka dengan lelaki itu, apatah lagi untuk duduk belajar bersama. Pandangan Rea terus terhenti apabila dia menyedari tihah mula menoleh sama.
            “Datang pula awak kat sini, nak buat apa?” Sombong sahaja pertanyaan tihah pada Mirul.
            “Inikan kampus saya juga, suka hati saya lah nak pergi mana,” jawab Mirul.
            “Rea, tengok ni. Dia datang sini bukan nak pujuk, nak sakitkan hati aku lagi adalah,”rungut tihah yang bersuara manja sambil mencebik bibir.
            “ Eish, sudahlah nak berdrama ke gaduh. Mirul, bawalah si tihah ni, kan nanti dia merajuk besar lagi susah pula,” Rea cuba untuk melontarkan senyuman pada mirul seakan tiada apa-apa yang berlaku.
            “Iyelah, saya datang ni nak pujuk awak lah wahai puteri tihah sayang. Jom lah kita keluar makan, saya tahu saya busy sampai tak ada masa untuk awak,”pujuk Mirul sambil sesekali mencuri pandang  ke arah Rea.
            “Hah, tahu pun awak nak cari saya. Hehe, jom! Sayang pun lapar ni,” jawab tihah.
            “Rea tak nak ikut sekali dengan kitaorang ke? “pelawa Mirul.
Sepantas kilat, belum sempat Rea menjawab terus di sambung oleh Tihah.
            “Rea tu dia nak duduk je kat situ, nak menunggu putera idaman dia datang, haha. Jomlah saya lapar dah ni,” sambil menarik Mirul berlalu pergi.
            “Iya, saya pun ada hal lepas ni. Korang berdua jela makan ya,” ringkas sahaja Rea menjawabnya.
Mirul dan tihah segera berlalu pergi meninggalkan Rea sendirian di tepi tasik. Beberapa langkah ke depan, sempat juga Mirul menggerling ke arah Rea. Namun, Rea hanya tersenyum dan terus beralih pandangan ke tasik. Dia tidak mahu, tihah menghidu bau-bau yang tidak enak ataupun menuduh dia untuk merosakkan hubungan dia dengan Mirul. Rea sedikitpun tidak terlintas perasaan marah ataupun berdendam dengan tihah, walaupun kata-kata tihah yang agak tajam kepadanya. Rea tahu tihah tidak berniat untuk berkata sedemikian, siapa-siapa sahaja pasti cemburu jika orang yang dia sayangi dirampas. Lagipun, tihah seorang perempuan manja dan mahukan perhatian yang lebih.
                         **********************************************




btw: sabar yea, tunggu dan nantikan part seterusnya :)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday, 16 June 2012

Part 1: Biarkan Kenangan Itu



Sejuta kenangan yang tercalit menyimpan seribu satu rahsia yang pasti tidak dapat dilupakan. Hari yang berlalu dan kian mendatang menjadikan diri ini kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan di dunia yang fana ini. Kehidupan yang sukar ditafsirkan, sukar digambarkan dan sukar dicari membuatkan seseorang menjadi semakin matang. Apa yang sudah berlalu dan melambai pergi hanyalah satu memori yang akan senantiasa terpahat di hati. Namun, setiap memori yang melakar indah sudah pasti menjadi satu kenangan yang sukar dilupakan.
Deruan angin yang kuat di kala petang itu, sedikit pun tidak menganggu Ireanti yang sedang duduk termenung ditepi tasik. Pandangan Ireanti kian jauh merenung ke arah kawan-kawannya yang sedang seronok bermain kayak dengan teman istimewa masing-masing. Hanya dirinya sahaja bersendirian tanpa ditemani olah sesiapa. Timbul secalit perasaan yang seakan cemburu dengan kebahagiaan kawan-kawannya yang menemui cinta di situ. Namun, Ireanti tidak pernah kesal ataupun kecewa dengan hidupnya, dia turut tumpang gembira atas kebahagiaan kawan-kawannya yang sedang bermain cinta dengan teman sekampusnya juga. Ireanti yakin dengan perasaannya cinta yang tulus akan hadir jika diri itu benar-benar yakin kecintaannya pada Allah tidak akan putus. Dia redha dengan ketentuan Allah untuk mengaturkan jodoh yang terbaik untuk dirinya. Hanya doa yang mengiringi Ireanti untuk terus tabah mengharungi liku-liku hidup. Walaupun hanya kerana cinta yang tidak pasti, Ireanti seringkali juga disindir sinis kerana hanya dia seorang sahaja yang belum bertemu cinta. Kadang-kadang sindiran ataupun gurauan kawan-kawannya menusuk kalbu hatinya, Ireanti sedar yang dia hanyalah manusia biasa yang tidak mampu untuk menagih kasih dan sayang manusia. Dia tidak mampu untuk mendapatkan kebahagiaan dari insan yang bergelar manusia, tetapi dia mampu untuk mengih cinta yang hakiki dari Allah.
Walaupun seringkali disindir, Ireanti hanya akan berdiam diri dan mengendahkan perkara begitu,  kerana dia tahu yang dia tidak layak dibandingkan dengan teman-temannya yang cantik dan mempunyai pakej daya tarikan lelaki. Bagi Ireanti, semua itu hanyalah sementara dan satu penipuan dunia. Cinta yang benar-benar kekal dan abadi adalah apabila seorang lelaki itu ikhlas dan tulus mencintainya kerana Allah dan berhasrat mengambilnya menjadi teman yang sah. Cuma dalam jangka masa yang terdekat, dia masih belum menemui lelaki yang dimaksudkannya. Dalam dunia yang serba moden dan canggih, memang sukar untuk di cari, tetapi untuk berharap juga tidak menjadi satu kesalahan. Percaya dengan apa yang diaturkan dan sabar menitip saat bahagia yang pasti akan muncul suatu hari kelak.
                  *********************************************

btw :  untuk part seterusnya, PART 2 boleh ( KLIK SINI )

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Birthday GiveAway And Up Your Follower by Ainie

Olla :)

Hari ini Miss Bubble nak join giveaway. Setelah sekian lama tak join, akhirnya dijemput oleh owner sendri. Apalagi, Miss pun join la. Saja2 nak try, Ooopss lupa..jom nyanyi lagu besday girl. happy birthday to owner ni iaitu ainie muniera :)
Sape2 nak join, boleh klik banner ya. 



Okeh, sekarang tiba masanya nak tag blogger..jeng3..


Done tagging, jemputlah join sama. Miss Bubble tag kawan2 baru yang Miss baru kenal ;p




~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday, 13 June 2012

Biarkan Kenangan Itu

Olla :)

Apalah agaknya dengan tajuk itu? kenapa? Macam frust cinta je.. what frust? kecewa..kenapa mesti relate dengan cinta? Ada ke yang nak main cinta dengan Miss Bubble..Oooppss,.whatevaaa.. Tajuk entri tu bermakna dan biarlah ia menjadi rahsia untuk hari ini. Mungkin esok atau lusa atau seterusnya akan terbongkar apa itu "biarkan kenangan itu". Ada sesiapa nak tahu, boleh nantikan next entri ya. sabar... Jom kita exchange banner.. Cepat komen kat entri ni untuk exchange banner (KLIK sini untuk exchange banner )



btw: Tak usah menanti kerna hati sudah terluka...mungkin sudah tiba masanya...



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Jom Exchange Banner

Olla :) 
http://www.emocutez.com

Untuk entri kali ini adalah berkisarkan banner. Kenapa mesti cakap pasal banner? Nak tahu kenapa? Banner ni sebenarnya satu aset penting juga untuk setiap blog taw. Ia macam represent kan blog kita dan juga salah satu cara nak promotkan blog kita. Tak kisahlah macam mana rupa banner tu, tapi dapat informkan pada orang lain. Banner Miss dah lama ada kat sidebar, tapi bila ada sorang pengunjung datang cakap nak buat exchange banner barulah Miss tersedar...ohh, selama ni belum ada entri pasal banner. Jadi kat entri ni Miss Bubble menjemput semua pengunjung kita bertukar-tukar banner. apa macam bagus tak, kita saling menolong promosikan blog. Lagi senang orang nak jejaki blog kita, klik banner terus sampai kat blog kita kan. So, caranya senang je..tinggalkan komen kat entri ini dan link blog sekali nanti Miss Bubble pergi terjah kamu punya blog dan copy code banner kamu dan terus di update di sini. Semua blogger boleh je tinggalkan komen kat entri ini taw. Jom mulakan pengembaraan :) 
 Yang ini banner blog Miss Bubble, boleh ambil dan letak kat blog kamu ya :)  

 ~boleh copy code dekat sidebar ya ~






Banner 1: Blog yaya (jom terjah)


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Nantikan Khas untuk semua pembaca



x
Olla :)


wink wink, entri  ini pendek je. Teruskan membaca, jangan mengeluh ya. Dalam entri kali ini, Miss Bubble cuma nak inform pada semua pembaca blog ini bahawasanya blog ini akan officially tutup. What?? Ehem, gurau je..tahu kalau tutup pun ada ke yang sedar dan sedih.. Mesti tak ada kan, ala blog cikai macam ni sape peduli. Whateva it is, back to the topic... Miss Bubble nak update cerpen terbaru dalam masa terdekat ni. hah...dats it..hehe.. Rasanya tahun lepas Miss Bubble berhenti menulis dan sekarang Miss nak start balik menulis. Harap-harap masih mendapat sambutan, mana lah pembaca2 tegar cerpen Miss Bubble yea.. Cepatlah datang jenguk dan bagi sesiapa yang abru je first time sampai blog ni, jangan lupa ikut sama cerpen baru Miss Bubble ya. Sabar taw, nanti akan di update.. tungguuu..


btw: tunggu.... :)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday, 12 June 2012

Travel sambil belajar (Taman Negara Kuala Koh)

Olla :)

Entri kali nie mungkin sudah lapuk tapi tak kisahlah janji dapat berkongsi juga dengan semua. Kali ni Miss Bubble nak tunjuk gambar-gambar sepanjang Miss Bubble dan rakan sekelas pergi site visit ke Taman Negara Kuala Koh. Mesti pelik kan, kenapa lah pergi buat kerja kat Taman negara pulak? Macam pergi bercuti. Hehe, Actually, kami semua menginap di sini, sambil buat kajian, sambil makan angin . (makan angin la sangat). Kami berada di sini selama 3 hari 2 malam. Kat sini ada disediakan hostel untuk para pelajar datang menginap, kalau nak selesa duduk  kat chalet la. Siap chalet VIP pun ada. Cuma keburukannya ialah sumber air kat sini sikit, maklumlah dalam hutan kena dapatkan sumber dari sungai, so faham-faham lah kalau ada yang gatal-gatal. Normal kan bila dah berada dalam hutan. By the way Taman Negara Kuala Koh ni terletak berhampiran dengan Gua Musang kelantan. Kat sini banyak aktiviti yang boleh di buat. Ada jungle trekking, canopy walk, tengok burung, memancing dan macam-macam lagi. Di kawasan berdekatan juga, kami melawat kilang kelapa sawit, melihat bagaimana pemprosesan sawit dan macam-macam. Jom kita tengok gambar sepanjang Miss Bubble berada di sana. :)


 Welcome to Taman Negara !




Taman permainan untuk kanak-kanak (macam shaye) :p




Yang ni untuk sape2 nak camping, boleh lah pasang khemah sendiri



Huh, dah jambatan ke 4. Taw tak apa ni?



Tada, nie la canopy walk. Tak lepas peluang untuk bercanopy juga..hehe



Makin jauh, makin sempit pulak rasa. ke badan yang besar ? haaa..~



Inilah chalet VIP !




huhu, berada di atas jambatan gantung yang hampir ke penghujungnya.. sangat panjang.....







Inilah buah sawit yang rosak dan tak boleh di guna


See, timbunan yang terlampau banyak. Nanti buah ni akan dipilih untuk di proses.



sekitar kilang kelapa sawit :)




Yang ini pula buah ataupun hasil daripada buah sawit. Mixture sume benda ni still boleh hasilkan minyak sawit taw 



Yang ini biji sawit yang sudah hancur



Jalan dan jalan untuk lihat buah sawit.

Macam mana, okey tak? Cakaplah ok. Bukan senang nak rasa pengalaman macam ni. Dapat lihat dan mendengar penjelasan yang live dari orang kat kilang. Selalunya ambil remeh tengok orang kutip buah sawit dari ladang kan, tapi ni lihat orang proses. Dari buah besar sampailah ada jadi kecil kecil. Yang jadi biji masih belum di buang tahu tak, still di simpan dan si proses serta diperah untuk keluarkan minyak. Ini menunjukkan betapa pentingnya dan berharga buah sawit. Ia akan digunakan sampailah betul2 tidak dapat mengeluarkan setitis minyak. :)



Btw: kalau rasa nak tahu lebh lanjut, bolehlah planning dengan rakan sekelas buat site visit kat sini. Nanti banyak kena siapkan report. Huhu, subjek engineer and society je pun...haha ~






~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

bUnga yaNg tak mungkin layu


Olla peeps :)

               see, bunga kat dalam gambar tu. Ala yang gulung-gulung macam rose. hehe, cantik kan hand made. Tapi bukan my hand made, but other person. Nak tahu siapa, biarlah rahsia. Hehe. Surprised dapat bunga yang dia buat sendiri, walaupun masa tu nak merajuk tapi tiba-tiba dia bagi bunga tu. Huhu, senyum jap sebab tak tahu nak expresi macam mana. Walaupun bunga tu daripada tisu, tapi i will appreciate it becoz u have made it by your ownself. Really appreciate it and saya akan simpan elok-elok. Selagi bunga ni tak layu, selagi tu la saya ingat kat awak. Hee.. (memang bunga ni tak layu kan melainkan ada orang jeles lepas tu koyakkan)


btw: sy suka sangat bunga tu :)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday, 11 June 2012

cuti bermula..jom berblog~

Olla :)

hup hup..horrrayy...cuti final semester bermula dah. Now i'm home and safely arrived. Tapi tak best pun, sebab final berakhir dengan kesedihan. Last paper tangisan mengiringi keluar dewan exam..huhu.. teruknya rasa. Apalah nasib, ingatkan Miss Bubble sorang je macam nak hempuk je meja exam tu, rupanya semua calon rasa macam apa yang Miss Bubble rasa. Paper signal and network betol2 mencabar kami semua. Sabar jela dengan keputusannya. Apa-apa pun redha !
     Bukannya tak study, tapi soalan tu susah sangat. Dah belajar 1 semester, tapi macam tak belajar la pulak. Kamu semua doakan lah Miss Bubble dapat keputusan yang elok untuk paper ini dan yang lain yea. Takut sangat menanti keputusannya.
      Malas dah nak fikir, fikir nak berblog kembali je. Sebab dah lama tinggal menulis nie, tak elok biarkan blog nie bersarang kan. hehe.. Dont worry terjahan ke blog2 kamu semua akan dilakukan. Jangan lupa tinggalkn link kat chatbox ya. Okeh papai ~


btw: Miss signal, sy taw miss susah nak bagi markah, tapi untuk kali ni tolonglah jadi pemurah oke :)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta