Sebelum layan perasaan, mohon KLIK SINI dulu ye awak-awak =)
Sepucuk surat yang diterimanya sebentar
tadi dibuka dan dibaca oleh Rea. Dia mengucapkan syukur kerana permohonannya
untuk bekerja sudah diterima di salah sebuah syarikat. Untung nasibnya setelah
hampir sebulan menganggur akhirnya dia telah berjaya diterima sebagai pekerja.
Khabar berita gembira itu terus disampaikan kepada ibunya. Ibunya memanjatkan
rasa syukur kerana anaknya akan melalui dunia pekerjaan sebenar sebagai seorang
arkitek. Di sebalik kejayaannya itu, Rea tahu dia masih belum mengecapi
kegembiraan sebenar. Perasaan rindunya kian menebal membuatkan wajah zamrishal
seringkali hadir dalam fikirannya. Namun kerana ego, Rea lansung tidak bertanya
khabar zamrishal sejak kejadian malam itu. Malahan zamrishal sendiri juga tidak
menghubunginya, Rea beranggapan mungkin zamrishal sudah menemui orang lain dan
mula melupakan dirinya. Telefonnya bordering dan diangkat, Rea memulakan
bicara.
“Assalamualaikum,
ya Mirul. Apa mimpi kau telefon aku ni?”soal Rea sambil tersenyum.
“Waalaikumsalam,
tak ada apa, cuma ingin bertanyakan khabar kau dah kawin ke belum, kalau belum
aku nak masuk meminang..hehe..sudikah kau?” balas Mirul.
“err,kau
ni memain pula ya. Ni mesti nak jemput aku ke majlis kahwin kau dengan tihah
kan..haaa, tahniah la akhirnya kahwin juga kau ya, haha” gelak Rea sambil
membuat andaian.
“Haha,
pertama sekali andaian kau betul aku nak kawin, tapi bukan dengan tihah. Dengan
kawan baik kau, adawiyah..hehe…tapi aku ada benda penting lagi nak beritahu
kau. Cuma tak bolehlah kat dalam ni, petang ni aku nak ke rumah
kau..boleh?”tanya Mirul.
“Wahhh,
dengan adaw..oke tak sabar nak dengar cerita kau petang ni,nanti aku beritahu ibu
ya. Aku tunggu kau datang ok.” Perbualan mereka dimatikan.
Petang yang dinanti sudah tiba, sebuah
kereta swift silver muncul di perkarangan rumahnya. Dia berdebar untuk melihat
siapakah orangnya sebab kereta itu membuatkan dia teringatkan seseorang. Tiba-tiba
muncul zamrishal yang keluar dari kereta itu bersama Mirul dan juga rakannya
adawiyah.
“Errrr,
apa semua ni? kenapa shal ada sekali?” Rea mula menyoal.
“Maafkan
aku Rea kerana aku yang bawa zamrishal ke sini, tapi aku nak ceritakan hal
sebenarnya. Zamrishal ni dah lama berkenan kat kau, dia rumet aku kat waktu
kita di UTM dulu. Aku banyak bercerita pasal kau kat dia, dan sampai satu hari
zamrishal cakap dia bertembung dengan kau waktu hari peperiksaan. Saat tu la
dia yakin dia dah jatuh hati kat kau, dan beritahu aku dia sukakan kau,”jelas
Mirul.
“Rea,
aku pun nak minta maaf sebab dah ceritakan masa lampau kau dengan zafril dulu
dekat zamrishal. Sebab aku dah nasihat si zamrishal ni yang kau susah nak
percaya lelaki tetapi dia tetap degil dan bertegas nak kenali hati kau juga.
Aku harap kau faham Rea, zamrishal ni bersungguh-sungguh sukakan kau,”balas
Adaw.
Rea terdiam seribu bahasa, dan akhirnya Ibu
rosnah mengajak Mirul dan adaw ke dapur. Mereka meninggalkan Rea dengan
zamrishal di ruang tamu.
“Rea,
please terima saya dalam hidup awak. Saya betul-betul yakin dengan perasaan
saya. Awak nak tahu sebab saya sukakan awak kan,..ya saya sendiri tak tahu apa
sebabnya membuatkan saya jatuh hati pada awak. Pertama kali melihat awak saya
dah dapat rasakan sesuatu,saya yakin awak akan jadi milik saya suatu hari
kelak. Saya ikhlas Rea untuk jadikan awak teman halal saya, jika diizinkan oleh
Allah,”jelas zamrishal.
“Shal,
saya juga nak minta maaf sebab tinggalkan awak malam tu tanpa sebab. Saya akui
saya ego dan malu untuk menyatakan perasaan sebenar saya. Saya pun punya
perasaan suka pada awak tapi saya malu untuk mengaku sebab saya takut kalau
awak akan tinggalkan saya juga kelak,”air mata Rea mulai bergenangan.
“Nur
Eilly Ireanti, saya takkan sia-siakan hidup awak. saya takkan mainkan hati dan
perasaan awak seperti lelaki lain. Biarlah zafril tu menjadi kenangan awak masa
lampau, tapi izinkan saya mengukir kenangan baru bersama awak,”balas zamrishal.
“Shal,
awak yakin dengan semua ni? Awak janji takkan sia-siakan hidup saya seperti
yang saya alami dulu. Terima kasih shal sebab pilih saya untuk menjadi teman
hidup awak, tapi saya tak berhak buat keputusan semua ni…”ulas Rea.
“ohh,
saya faham maksud awak. Jangan risau saya dah pun menyatakan hasrat hati saya
pada Ibu dan ayah awak sebenarnya. Mereka dah bersetuju cuma tunggu jawapan
awak sahaja,”senyum zamrishal.
“Yeke,
patutlah ibu dan ayah gembira semacam je, rupanya dia dah tahu. Zamrishal, saya
harap sangat awak tak main-main dengan semua ni, please appreciate me ! Saya
harap ini bukan mimpi dan semua kenangan saya yang dulu telah pergi dari hidup
saya. InsyaAllah saya akan membina kebahagiaan dengan awak shal,”balas Rea
sambil tersedu sedan. Hatinya begitu gembira dengan kejujuran dan keberanian
zamrishal yang menyatakan hasratnya.
“Ya
Rea. Saya janji akan jaga awak sebaiknya. Saya bersyukur kerana kesabaran saya
selama ini membuahkan hasil. Betul kata orang, inginkan sesuatu yang baik
perlukan kesabaran yang tinggi. Akhirnya saya dah berjaya miliki hati awak.
Saya harap awak lupakan semuanya dan biarkan kenangan itu berlalu begitu,”jawab
zamrishal yang semakin gembira cintanya telah diterima oleh seorang gadis yang
dia ingin miliki dari dulu.
Hari itu merupakan hari bahagia Rea kerana
dia berjaya menerima kehadiran cinta baru dalam hidupnya, dan inilah yang dia
inginkan selama ini. Cinta sejati yang betul-betul jujur dan ikhlas. Dia juga
berharap zafril mengecapi kebahagiaan yang sama sepertinya walaupun zafril
pernah permainkan perasaannya dulu. Kini dia sudah mempunyai Zamrishal dalam
hidupnya. Walaubagaimanapun, keluarga zamrishal juga sudah dimaklumkan terlebih
dahulu tentang Rea. Zamrishal juga telah menyatakan hasratnya pada Ibu rosnah
yang mama dan papanya akan datang minggu hadapan dengan rombongan meminang. Dia
tidak mahu melambatkan perkara yang elok. Zamrishal betul-betul ikhlas ingin
melayari bahtera bersama gadis yang dia cintai iaitu Nur Eilly Ireanti bt Mohd
firdaus.
****************************************
Ends~ btw: ending suda..thanx to all reader including silent readers..hee~
4 sUntiKaN sEmaNgaT:
wah... finaaly happy ending
jadi juga rea ngan zamrishal (pergghhh...dasyat nama ni)
kawan si rishal tu boleh plak simpan rahsia lama-lama. x bgth dia tu rumet si rishal
penat je si rea tu
@.::: Princess MOMOY :::.
seharusnyalah happy ending, hehe.. nanti buat sad ending nanges tak berlagu lak..haha
uwaaaa my name here...
@Anonymoushehe :)
Post a Comment