Sebelum tu KLIK SINI dulu untuk bagi duit raya kat zaty =)
Kenapa mesti kita ada perasaan tu? Susah sangat ke nak elak dari lahirnya perasaan tu? Cubalah kita tanya diri kita sendiri. Zaty sendiri akui ada juga terdetik perasaan sebegitu, tetapi tak lama. Bila cuba tenangkan hati dan fikiran, zaty sedar tak patut ada perasaan itu. umumnya semua orang ada perasaan itu tapi antara pandai atau tidak kita mengawalnya. Tapi zaty tak pendendam, lepas beberapa hari je zaty terus lupa. Tetapi nak di ceritakan, masyarakat sekarang hasad dengki dengan kawan satu, paling tak tahan ada juga yang dengki dan iri hati sesama adik beradik. MasyaAllah, memang sedih kalau dengan adik beradik pun kita boleh timbul perasaan iri hati. Bayangkan lah kita dari kecil hidup bersama, semua kekurangan, buruk, gembira, sedih, tawa dan duka dikongsi bersama.
Kalau waktu kecil bergurau bermain bersama, tetapi bila dah meningkat dewasa kenapa perasaan sayang adik beradik boleh berubah. Inilah kebanyakkan yang zaty nampak sekarang, bila dah berkeluarga, adik beradik diketepikan. Walaupun kita ada hidup sendiri, tetapi janganlah ada sikap iri hati antara adik beradik. Kadang-kadang alam remaja pun adik beradik dah mula iri hati sesama sendiri. Difikirnya ibu bapa memilih atau pilih kasih, walhal ibu bapa sebenarnya melayan anaknya sama je. Cuma kita je yang nampak negatif, semua ni kerana bisikan syaitan.
Fikirkanlah perasaan ibu bapa jika mereka melihat anak-anak mereka bergaduh, kecilnya hati mereka kerana kasih sayang yang mereka curahkan secara adil dan saksama diperkotak-katikkan. Perasaan marah jika disimpan lama, maka ianya amat sukar untuk disembuhkan dan menghasilkan rasa dendam. Tanda-tanda itu dapat dikesan apabila individu itu berterusan membenci dan menjauhi orang tersebut. Hasad dengki adalah kesan daripada dendam.
Perasaan hasad dengki boleh menyerang sesiapa sahaja dan penyakit jiwa itu sangat bahaya yang boleh menyebabkan permusuhan. Kenapa waktu kecil kita boleh berbaik-baik dan kenapa bila dah besar mesti bergaduh? Cubalah kita renung-renungkan. Semuanya di hati, selalulah kita check hati kita dan bersihkan hati kita dari perasaan iri hati.
btw: Jangan terlalu ikutkan hati kita sampaikan menghancurkan hati orang lain. Percayalah pada balasan baik Allah.
6 sUntiKaN sEmaNgaT:
ada masa hati kita perlu dibersihkan segala2nya, utk mndptkn yg terbaik.biasalah lumrah manusia kan :-)
memg lumrah begtu..pabila hati sakit, kite akn merasa senang mlihat org lain susah, dah merasa susah melihat senang org lain
semua orang ada penyakit PHD niee :DD
p/s : mencuba untuk mencari ubat penyakit nie :)
@amir aizat
a'ah betul tu aizat, hati ni penting. Memang kena bersih slalu..;)
@jia kreatifelt
haa..penah dgr macam tu,minta2 lah kira semua dapat kawal hati kita.
@aNiss :):)
semua ada, tapi depend kat kita control mcm mna, sebut PHD dulu ade yg selalu pesan jgn ada sikap PHD dalam diri..hehe
Post a Comment