Sunday, 12 August 2012

Last Part : Biarkan kenangan Itu

Sebelum layan perasaan, mohon KLIK SINI dulu ye awak-awak =)


       
      Sepucuk surat yang diterimanya sebentar tadi dibuka dan dibaca oleh Rea. Dia mengucapkan syukur kerana permohonannya untuk bekerja sudah diterima di salah sebuah syarikat. Untung nasibnya setelah hampir sebulan menganggur akhirnya dia telah berjaya diterima sebagai pekerja. Khabar berita gembira itu terus disampaikan kepada ibunya. Ibunya memanjatkan rasa syukur kerana anaknya akan melalui dunia pekerjaan sebenar sebagai seorang arkitek. Di sebalik kejayaannya itu, Rea tahu dia masih belum mengecapi kegembiraan sebenar. Perasaan rindunya kian menebal membuatkan wajah zamrishal seringkali hadir dalam fikirannya. Namun kerana ego, Rea lansung tidak bertanya khabar zamrishal sejak kejadian malam itu. Malahan zamrishal sendiri juga tidak menghubunginya, Rea beranggapan mungkin zamrishal sudah menemui orang lain dan mula melupakan dirinya. Telefonnya bordering dan diangkat, Rea memulakan bicara.
            “Assalamualaikum, ya Mirul. Apa mimpi kau telefon aku ni?”soal Rea sambil tersenyum.
            “Waalaikumsalam, tak ada apa, cuma ingin bertanyakan khabar kau dah kawin ke belum, kalau belum aku nak masuk meminang..hehe..sudikah kau?” balas Mirul.
            “err,kau ni memain pula ya. Ni mesti nak jemput aku ke majlis kahwin kau dengan tihah kan..haaa, tahniah la akhirnya kahwin juga kau ya, haha” gelak Rea sambil membuat andaian.
            “Haha, pertama sekali andaian kau betul aku nak kawin, tapi bukan dengan tihah. Dengan kawan baik kau, adawiyah..hehe…tapi aku ada benda penting lagi nak beritahu kau. Cuma tak bolehlah kat dalam ni, petang ni aku nak ke rumah kau..boleh?”tanya Mirul.
            “Wahhh, dengan adaw..oke tak sabar nak dengar cerita kau petang ni,nanti aku beritahu ibu ya. Aku tunggu kau datang ok.” Perbualan mereka dimatikan.
Petang yang dinanti sudah tiba, sebuah kereta swift silver muncul di perkarangan rumahnya. Dia berdebar untuk melihat siapakah orangnya sebab kereta itu membuatkan dia teringatkan seseorang. Tiba-tiba muncul zamrishal yang keluar dari kereta itu bersama Mirul dan juga rakannya adawiyah.
            “Errrr, apa semua ni? kenapa shal ada sekali?” Rea mula menyoal.
            “Maafkan aku Rea kerana aku yang bawa zamrishal ke sini, tapi aku nak ceritakan hal sebenarnya. Zamrishal ni dah lama berkenan kat kau, dia rumet aku kat waktu kita di UTM dulu. Aku banyak bercerita pasal kau kat dia, dan sampai satu hari zamrishal cakap dia bertembung dengan kau waktu hari peperiksaan. Saat tu la dia yakin dia dah jatuh hati kat kau, dan beritahu aku dia sukakan kau,”jelas Mirul.
            “Rea, aku pun nak minta maaf sebab dah ceritakan masa lampau kau dengan zafril dulu dekat zamrishal. Sebab aku dah nasihat si zamrishal ni yang kau susah nak percaya lelaki tetapi dia tetap degil dan bertegas nak kenali hati kau juga. Aku harap kau faham Rea, zamrishal ni bersungguh-sungguh sukakan kau,”balas Adaw.
Rea terdiam seribu bahasa, dan akhirnya Ibu rosnah mengajak Mirul dan adaw ke dapur. Mereka meninggalkan Rea dengan zamrishal di ruang tamu.
            “Rea, please terima saya dalam hidup awak. Saya betul-betul yakin dengan perasaan saya. Awak nak tahu sebab saya sukakan awak kan,..ya saya sendiri tak tahu apa sebabnya membuatkan saya jatuh hati pada awak. Pertama kali melihat awak saya dah dapat rasakan sesuatu,saya yakin awak akan jadi milik saya suatu hari kelak. Saya ikhlas Rea untuk jadikan awak teman halal saya, jika diizinkan oleh Allah,”jelas zamrishal.
            “Shal, saya juga nak minta maaf sebab tinggalkan awak malam tu tanpa sebab. Saya akui saya ego dan malu untuk menyatakan perasaan sebenar saya. Saya pun punya perasaan suka pada awak tapi saya malu untuk mengaku sebab saya takut kalau awak akan tinggalkan saya juga kelak,”air mata Rea mulai bergenangan.
            “Nur Eilly Ireanti, saya takkan sia-siakan hidup awak. saya takkan mainkan hati dan perasaan awak seperti lelaki lain. Biarlah zafril tu menjadi kenangan awak masa lampau, tapi izinkan saya mengukir kenangan baru bersama awak,”balas zamrishal.
            “Shal, awak yakin dengan semua ni? Awak janji takkan sia-siakan hidup saya seperti yang saya alami dulu. Terima kasih shal sebab pilih saya untuk menjadi teman hidup awak, tapi saya tak berhak buat keputusan semua ni…”ulas Rea.
            “ohh, saya faham maksud awak. Jangan risau saya dah pun menyatakan hasrat hati saya pada Ibu dan ayah awak sebenarnya. Mereka dah bersetuju cuma tunggu jawapan awak sahaja,”senyum zamrishal.
            “Yeke, patutlah ibu dan ayah gembira semacam je, rupanya dia dah tahu. Zamrishal, saya harap sangat awak tak main-main dengan semua ni, please appreciate me ! Saya harap ini bukan mimpi dan semua kenangan saya yang dulu telah pergi dari hidup saya. InsyaAllah saya akan membina kebahagiaan dengan awak shal,”balas Rea sambil tersedu sedan. Hatinya begitu gembira dengan kejujuran dan keberanian zamrishal yang menyatakan hasratnya.
            “Ya Rea. Saya janji akan jaga awak sebaiknya. Saya bersyukur kerana kesabaran saya selama ini membuahkan hasil. Betul kata orang, inginkan sesuatu yang baik perlukan kesabaran yang tinggi. Akhirnya saya dah berjaya miliki hati awak. Saya harap awak lupakan semuanya dan biarkan kenangan itu berlalu begitu,”jawab zamrishal yang semakin gembira cintanya telah diterima oleh seorang gadis yang dia ingin miliki dari dulu.
Hari itu merupakan hari bahagia Rea kerana dia berjaya menerima kehadiran cinta baru dalam hidupnya, dan inilah yang dia inginkan selama ini. Cinta sejati yang betul-betul jujur dan ikhlas. Dia juga berharap zafril mengecapi kebahagiaan yang sama sepertinya walaupun zafril pernah permainkan perasaannya dulu. Kini dia sudah mempunyai Zamrishal dalam hidupnya. Walaubagaimanapun, keluarga zamrishal juga sudah dimaklumkan terlebih dahulu tentang Rea. Zamrishal juga telah menyatakan hasratnya pada Ibu rosnah yang mama dan papanya akan datang minggu hadapan dengan rombongan meminang. Dia tidak mahu melambatkan perkara yang elok. Zamrishal betul-betul ikhlas ingin melayari bahtera bersama gadis yang dia cintai iaitu Nur Eilly Ireanti bt Mohd firdaus.
****************************************
                                                                                    Ends~          

btw: ending suda..thanx to all reader including silent readers..hee~    
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

4 sUntiKaN sEmaNgaT:

.::: Princess MOMOY :::. said...

wah... finaaly happy ending
jadi juga rea ngan zamrishal (pergghhh...dasyat nama ni)

kawan si rishal tu boleh plak simpan rahsia lama-lama. x bgth dia tu rumet si rishal
penat je si rea tu

MisS BubBLe said...

@.::: Princess MOMOY :::.
seharusnyalah happy ending, hehe.. nanti buat sad ending nanges tak berlagu lak..haha

Anonymous said...

uwaaaa my name here...

MisS BubBLe said...

@Anonymoushehe :)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta