Wednesday, 8 August 2012

Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com

Olla :)
Sebelum baca entri ni minta jasa baik untuk KLIK SINI dulu oke=)

      Entri ni khas sempena contest "cerita puasa Ramadhan 2012 anjuran dari shakiddo.com . Menurutnya, kena cerita apa2 je yang berkaitan dengan bulan Ramadhan, tapi untuk tahun ni je. Oke..kalau camtu bagi zaty masa 5 minit nak refresh imbas kembali dari hari pertama puasa...Layaannnn~

     Cerita puasa Ramadhan 2012 zaty bermula dengan hari pertama berpuasa. Macam biasa lah sangat liat nak bangun sahur tapi bila fikirkan hari pertama puasa, nak2 hari sabtu terus laju je turun katil untuk bersahur. Al maklumlah kalau hari minggu, dengan bulan puasa macam ni memang la akan kebosanan kalau tak buat pape lepas tu mula perut nak bernyanyi-nyanyi irama rock.
       Lepas tu kan, datang lah hari-hari yang dilalui seperti biasa, iaitu terpaksa pergi ofis..buat apa, kerja? oh mestilah tak.. Praktikal time. Wah, macam tak percaya sebab tahun ni tahun kedua dapat puasa penuh kat rumah tapi bezanya terpaksa habiskan sisa-sisa seharian di tempat praktikal. Ouh, sungguh memenatkan, tapi apakan daya demi perjuangan yang harus ditempuhi, bulan puasa pun digagahkan jua untuk berpraktikal. Ingatkan bulan puasa ni dah kuranglah aktivi rayau2 kat luar, tapi rupanya sama je. Ermm, naseb badan. Satu hari tu, zaty dan rakan2 yang lain dengan rajinnya nak ikut sorang Encik ni pergi buat testing sebelum penyerahan projek dekat masjid. Sesampainya disana, aktiviti testing pun bermula, jalan situ jalan sini. Bila dilihat cuaca boleh tahan panas nya, tapi apakan daya..peluh menitis keluar tanpa rasa bersalah dekat tekak yang kehausan dah..ooopss,hahaha. Bermacam-macam testing la dilakukan waktu tu dan memang berjemur la kejap waktu buat earthing test. Sabo jela, bulan puasa la katakan..hehe...Ni hah tengok duk berjemur bawah matahari demi mendapatkan bacaan dan ilmu..bagus tak..

     Habis part tu, datanglah pula satu ujian yang berat bagi zaty.. ish3 sangatlah berat...Nak cerita pun takut korang gelak je, haha.. Dugaan bulan puasa terpaksa kena drive kereta pergi tempat praktikal sendiri. Sebelum ni my mum yang hantar, tapi dia kata sebab bulan puasa jalan selalu jammed dengan orang ramai tepi2 jalan duk menjual sana sini, so akhirnya , nak hambik kunci kereta drive sendiri! Mau tak kecut perut sebelum ni gedik cakap nak drive sendiri bila dah dibaginya kunci terketar-ketar lutut. Hari pertama bawa, bolehlah..tapinak dijadikan cerita minggu lepas boleh pula nak tunggu jam la kononnya pukul 7.15 baru nak gerak pergi tapi tak tahu macam mana mata ni boleh terlelap dan terlentok lena je tanpa disedari jam dah 7.30 pagi. Apa lagi cuak sangatlah kot, dah kena drive sendiri memang tak berani la kalau dah turun lambat dari rumah. Serba tak kena, my mum lak memang tak bersiap, nak2 tengok muka seposen zaty ni, my dad pun bermurah hati baru balik dari hantar adik sekolah terpaksalah hantar zaty lak ke tempat praktikal. Lambat sikit sampai tapi tak risau dah ada yang tolong punchkan. Hehehe..Lepas kejadian ni, memang selalu la jadi bahan gelak kat rumah ni, dah tak bagi dah guling-guling jap takut nanti tertido lagi..kua3..
       Itu baru sebahagian, ni satu lagi dugaan yang sangat tak sangka di bulan puasa tahun ni iaitu.....ermm,kereta hijau ku dah tercalar dek kesilapan sendiri. Waktu pagi ahad lepas dengan kelam kabut hati pula rasa tak sedap je sebab lecturer nak datang visit dan kena buat presentation pasal aktiviti2 kat situ. Gara-gara malas dan tak sedap hati nak drive sendiri pang!! dah kena pagar ouhh keretaku..malang sungguh nasibku. Itu cerita di pagi hari nak pergi praktikal, sesudhanya di waktu petang lagi resah dibuatnya. Baru je nak keluar dari tempat ofis, ohh tidak dah kena hon oleh kereta lain. Then, drive punya drive sampai satu selekoh entah macam mana kereta kat depan nak masuk lane kanan waktu tuh dah dekat sangat jadi berhimpit la kitaorang, kereta tu apa lagi hon punyalah kuat kat zaty..sabar jela bulan puasa, tapi alhamdulilah takde pula terlanggar dengan cepat terus pecut ke depan. Memang rasa cam tak sedar je abwa kereta hari tu, entah pape. Sampai-sampai je kat rumah dengan muka tak malu nangis mulalah bergenang air mata duk pikir macam-macam benda. Sensitip sangat hari tu, sampaikan lepas maghrib terus terbaring atas katil dibuai lena tak pi terawih. Sedar-sedar pukul 11 lebih malam bangun dan terus solat Isyak. Nasib baiklah hari isnin cuti dapatlah relax-relax minda dari segala kekacauan.
        Then, bulan puasa juga disebabkan rasa kemalasan yang tinggi untuk ikut orang keluar site, maka duduk lah bersahaja didalam ofis, dengan secara tak lansung dapat kerja part time kat ofis. Nak tahu apa kena buat, jeng3..kena hias board. alamak dah lama dah tinggal dunia kekreatifan ni, tangan dah keras nak hias2 bagai. Bila tunjuk lakaran kononnya nak hias apa kat board, memang fail..tak kreatif la budak2 engineering ni kan..oh man, itu memang fact tak boleh nak lari. Tapi itu baru lakaran, dengan semangat jitu yang kuat kami bertiga bertungkus lumus menyiapkan hiasan di board. Dan sehari suntuk kami kerah keringat akhirnya jadilah seperti ini.


Gambar gerak kerja kiteowang yang gigih siapkan juga

Tadaaaa, yang kat atas tu selepas dan yang bawah sebelum.. amacam lawa kan? Engineer pun akuinya cantek!! hihihi

     Oke2, stop..Sebenarnya banyak sangat yang jadi kat bulan Ramadhan tahun ni, mungkin ianya akan menjadi satu kenangan terindah dalam hidup. Yela buat pertama kali puasa lepas tu kena keluar pagi2 balik petang macam orang dah kerja. Bukan goyang kaki, berjemur tengah panas pun ada, buat taik mata kat ofis pun ada. Malam-malam pergi terawih mula nak tumbang kat belakang sebab mengantuk dan penat 

     Last but not least, sebelum menyambut hari raya, ingat bulan Ramadhan dulu. Puasa biar cukup amalan biar banyak. So, barulah raya bermakna. Jadikan setiap bulan Ramadhan yang datang itu bermakna dalam hidup.. peace:)

Selamat Hari Raya kat tuan penganjur...:)

 special thanx kat sponsor hadiah dan juga penganjur..~ shakiddo.com dan hazmanfadzil.com ~


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

0 sUntiKaN sEmaNgaT:

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta