Suasana bertambah gamat kedengaran dari
luar dewan peperiksaan. Semua pelajar berjalan menyusur keluar dewan apabila
diberi arahan untuk keluar dan menandakan peperiksaan akhir telah pun tamat
bagi pelajar ukur bahan. Begitu juga Ireanti yang telah tamat menghadapi
peperiksaan akhirnya. Suara bersorak dari pelajar ukur bahan sedikit sebanyak
menimbulkan ketidakpuasan hati bagi pelajar fakulti lain kerana ada segelintir
yang masih belum tamat peperiksaan. Dari jauh kelihatan senyuman yang terpancar
diraut wajah Ireanti, senyuman yang begitu mahal harganya yang mampu memikat
hati sesiapa saja para lelaki yang memandangnya. Walaupun Ireanti jarang
melontarkan senyuman, namun sekali senyuman melirik di wajahnya menjadikan
dirinya cantik dan manis dipandang. Itulah kelebihan yang dimiliki oleh
Ireanti, walaupun kecantikannya tidak setanding kawan-kawannya yang lain, namun
ada juga tercalit satu keistimewaan ataupun daya penarik dalam diri Ireanti.
Langkahan Ireanti yang meninggalkan perkarangan dewan itu terhenti seketika
apabila terdengar namanya diseru dari arah belakang. Suara itu diamatinya dan dia
seakan mengenali suara itu, lantas menoleh ke belakang.
“Oh, kau rupanya Mirul. Ada apa panggil aku
ni?” soal Rea sambil mengalihkan pandangan matanya dari bertentangan.
“Tak ada apa, cuma nak jumpa kau buat kali
terakhir, kau kan dah habis final exam,”jelas Mirul.
“ya, Alhamdulilah akhirnya dah habis exam
aku. Kau bila pula ?”Rea menyoal kembali.
“Aku punya fakulti next week baru habis,
banyak sangat gap jadual exam aku sebab tu lambat habis. Bestlah kau dapat
balik kampung dah lepas ni,” ulas Mirul.
“Tak apalah, banyak sikit masa kau nak
belajar kan. Balik nanti bukan boleh rilek, kita kan kena bersiap sedia untuk
menjalani praktikal, tu yang buat aku cuak ni,”jelas Rea.
“Ala, nak takut apa praktikal, kita buat
apa yang orang suruh je, kalau tak tahu kan dia ajar. Ataupun kau takut ada
orang jatuh hati kat kau, hehe,”gurau Mirul.
“Eish, ke situ pula kau. Orang macam aku ni
mana ada yang berkenan. Kalau ada pun, mesti orang tu buta lah Mirul,” balas
Rea.
“Oh, kau cakap aku buta la Rea?” Mirul menyoal.
“Aik, bila pula aku cakap kau, ada-ada jela
kau ni,haha,”gelak Rea.
“Yela, kau cakap siapa jatuh hati kat kau,
maksudnya orang tu buta. Jadi, aku ni buta lah sebab sukakan kau,”spontan Mirul
melafazkan perkataan suka.
Rea tersentap apabila mendengar pengakuan
yang sebegitu dari mulut Mirul. Dia tidak menyangka Mirul sangat berani untuk
bergurau perkara begini. Rea menganggap itu hanyalah gurauan semata-mata dari
Mirul, tidak mungkin Mirul menyimpan perasaaan padanya sedangkan dia sudah
memiliki tihah, gadis rebutan kampus. Namun, Rea tetap berasa kurang senang
untuk berborak lebih lama lagi dengan Mirul.
“ermm, Mirul tak apalah. Aku kena balik
dulu, nak kemas barang-barang aku. Kalau ada peluang, mungkin kita akan ketemu
lagi. Apa-apa pun aku ucapkan selamat berjaya untuk paper final kau!,” Rea cuba
mengalih topik perbualannya.
“Aik, ubah topik nampak. Tapi Rea,…”Mirul
belum sempat menghabiskan ayat terus disambung oleh Rea.
“Semoga berbahagia dengan tihah ke jinjang
pelamin, nanti kahwin jangan lupa jemput aku. Selamat tinggal Mirul,” ucap Rea
sambil bergegas dari situ.
Dia tidak sanggup lagi untuk berborak
panjang dengan Mirul. Makin lama dia berborak dia seakan menjadi seperti cacing
kepanasan, tidak sanggup menatap wajah Mirul. Dia sendiri pun tidak pasti
kenapa timbul perasaan sebegitu di dalam dirinya. Mungkin dia takut jika Mirul
membuat kenyataan yang sudah pasti tidak dapat diterima akalnya. Sedikit
sebanyak dia takut juga digelar perampas, ataupun Mirul itu cumalah bergurau
dengannya. Tapi waktu Mirul meluahkan perasaannya, raut wajahnya begitu serius.
Hati Rea berdolak dalih dan menidakkan apa yang difikirnya. Dia berharap itu
semua tidak akan terjadi. Rea yakin Mirul hanyalah kawan baiknya tidak lebih
dari itu. Sedang asyik berjalan tiba-tiba kotak pensel yang dipegangnya
terjatuh gara-gara dilanggar oleh seorang pemuda. Rea menoleh ke belakang,
tetapi lelaki itu hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa meminta maaf.
“eish, mamat ni, dah la langgar, boleh pula
pergi macam tu je. Maaf pun tidak, tak beradab lansung.” Sambil mengambil kotak
penselnya di lantai.
“Hai, mengelamun ke sampai barang kat
tangan boleh terjatuh, haha” gelak adaw.
“uish, ko adaw, aku ingatkan siapalah pula
datang nak langgar aku..”selamba Rea menjawab.
“Langgar? Ape ko merepek ni Rea? Dah habis
exam pun kepala dah tak betul ek..heehe” gelak adaw lagi.
“Tak adalah, tadi ada sorang mamat ni
terlanggar aku sampai jatuh kotak pensel aku. Lepas tu pergi macam tu je, aku
pandang dia, tapi boleh dia senyum je. Ingatkan nak cakap maaf, hampeh..”keluh
Rea.
“ouh, mamat macho tadi? Haha,
sudah-sudah..jom pergi makan lapar ni” sambil menarik tangan Rea yang masih
kelu berlalu pergi dari situ.
*********************************************************
btw: Nantikan update part seterusnya, keep waiting :)
Part 3 : (KLIK)
Part 3 : (KLIK)
2 sUntiKaN sEmaNgaT:
ok, kalo aku jd rea, aku tak layan si mirul tu.*sigh* aku akan create watak rea jd yg jenis strong. mirul suka rea, tapi kapel ngan tihah. pastu mirul kejar gak si rea. kalo aku rea, aku tak layan punya, cari je org lain wlpn mirul tu kacak..huhuhu
@Amirul Verdasco Nadzri
haha...biasalah tu...;)
Post a Comment