Tuesday, 17 July 2012

Part 6 : Biarkan Kenangan Itu


        Kenapa malam ni rasa macam lambat je berlalu. Bila nak siang ni, mata pun susah nak pejam. Bosan lah pula,” dengus Rea sambil guling-guling di atas katil. Sesekali dia melihat handphone nya kosong. Tiada sebarang mesej masuk, tapi selalunya begitulah. Handphone nya jarang berbunyi semenjak cuti bermula ni. Lagipun dia sendiri tidak tahu kepada siapa untuk dia mulakan mesej. Kalau nak mesej kisya, mesti dah tidur.  Malam itu Rea tidak tahu kenapa matanya susah benar untuk terlelap. Di paksanya mata untuk pejam, tapi tidak menjadi. Akhirnya Rea bangun dan tersandar di dinding katil sambil mendengar radio. Kebetulan radio hot fm sedang bermain lagu “andai ku bercinta lagi” nyanyian mojo, Rea terus mengamati setiap lirik lagu tersebut. Hatinya mula tertarik dengan setiap bait lagu itu. Dia membiarkan dirinya mengelamun dan makin perlahan wajah lelaki yang pernah mencuri hatinya datang menjengah. Walaupun cuba untuk melupakan, namun jauh di sudut hati zafril masih lagi terpahat di hatinya. Sudah bertahun peristiwa hitam dia dan zafril berlalu, tetapi untuk melupuskan zafril dari hidupnya sangat sukar. Baginya zafril lah teman terbaiknya sehinggalah dia mula sedar perasaan cinta wujud di sebalik persahabatannya dengan zafril. Perasaan cinta itu seperti magik yang hadir tidak mengira masa dan waktu, sehinggakan dia tidak mampu untuk menolak perasaan itu. Sehinggalah suatu hari, Rea lah perempuan paling bahagia apabila zafril meluahkan perasaan suka pada Rea. Kegembiraan itu tidak kekal lama sehingga mereka memasuki matrikulasi yang berlainan. Di awal pembelajaran di matrikulasi, hubungannya dengan zafril masih baik walaupun kadang kala ada pergaduhan kecil. Tetapi hidup itu tak selalunya indah dan di tabur dengan kata-kata cinta. Setiap perhubungan perlu ada kejujuran dalam diri masing-masing. Sekuat mana Rea setia apa gunanya kalau zafril mula berubah. Hubungan mereka terputus di waktu pagi sebelum Rea ke kuliah apabila dia menerima satu panggilan daripada zafril. Hatinya luluh dan kecewa mendengar pengakuan zafril yang selama ini hanyalah percubaan untuk merasa di cintai dan mencintai. Rea merasakan tertipu kerana zafril tidak pernah serius dengan dirinya, rupanya zafril hanyalah bergurau di waktu dia meluahkan isi hatinya.
Zafril sendiri tidak menyangka Rea akan menerima cintanya dan memendam perasaan cinta padanya. Tetapi saat Zafril membuat pengakuan itu, zafril sudah sedar dia mulai serius dan yakin dirinya betul-betul cinta pada Rea. Namun, Rea tidak dapat menerima kenyataan itu, hatinya hancur dipermainkan sebegitu, dia tidak boleh meneruskan lagi hubungannya dengan zafril walaupun zafril mengakui kesilapannya. Dia tak sanggup lagi menipu perasaannya pada Rea, kerana dia mulai serius dengan Rea tetapi pada waktu yang sama dia juga menyukai  seorang perempuan di tempat matrikulasinya sendiri. Saat itu, Rea cuba untuk lupakan kembali semua kenangan dia dan zafril, walaupun ditepis jauh kenangan itu namun akhirnya dia kalah dengan perasaannya sendiri. Dia tidak mampu untuk melupakan semuanya kerana zafril lelaki yang pertama wujud dalam dirinya. Seminggu berlalu, zafril masih memujuknya namun Rea tetap berkeras dan tidak mahu lagi dirinya dipermainkan, tambahan lagi Rea rela zafril memilih perempuan itu dari dirinya, kerana perempuan itu berada di depan matanya, yang boleh menjaga zafril. Bukan seperti Rea yang jauh di mata dan tidak mampu untuk melihat apa yang terjadi di belakangnya. Semenjak hari itu, Rea dan zafril sudah mula terputus dan zafril tidak lagi menghubunginya. Jauh di sudut hati Rea mulai rindu, tapi dia mengawal perasaan rindunya itu. Rea tidak berharap zafril muncul kembali dalam hidupnya, biarlah semua yang berlaku itu menjadi kisah silam hidupnya dan hanyalah satu mimpi ngeri.
“Dimana agaknya kau sekarang zafril, takkan secebis perasaan untuk berjumpa denganku tidak ada, biarlah kau hadir sebagai seorang sahabat. Aku pasrah dan redha, tetapi aku berharap kita dapat mengukir kembali persahabatan kita seperti dulu. Kalaulah aku tidak terburu-buru menerima cintanya, mungkin sekarang aku masih lagi berteman baik dengan zafril, cukuplah dia ada dalam hidupku, itu sudah memadai”, Rea bermonolog sendirian. Ternyata peristiwa lama itu tidak dapat menangkis ingatan Rea pada zafril, dan mungkin juga menjadi satu faktor Rea takut untuk mempercayai lelaki. Rea tidak mahu setiap perhubungan itu musnah seperti dia dan zafril dan dia takut jika dirinya dipermainkan lagi. Dia tak sanggup untuk menghadapi semua itu, kerana dia hanyalah insan yang lemah. Disebabkan itu lah, dia mula berserah pada Ilahi dengan siapa jodohnya, itu semua hanyalah rahsia Allah. Dia hanya mampu berdoa ditemukan dengan jodohnya bila tiba waktunya. Bila dia sudah bersedia untuk menerima kehadiran seorang lelaki kembali dalam hidupnya.
******************************************
dah habis baca mohon KLIK SINI

part 5 ( KLIK)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

2 sUntiKaN sEmaNgaT:

Anonymous said...

ish name gua..ade jgk name same ng gua..ish ish ish..btw my name mohd zamrishal yusoff

MisS BubBLe said...

@Anonymous kebetulan..oppss :)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta