Angin pada waktu malam nyata lebih kuat
dari petang tadi. Deruan angin yang kuat dan sejuk itu masuk melalui tingkap
bilik Rea yang dibiarkan sahaja terbuka. Rea memang suka membiarkan tingkap
biliknya terbuka agar mendapat ruang udara yang mencukupi baginya. Lebih-lebih
lagi, udara yang nyaman dari luar mampu menenangkan dia dan mengelakkannya dari
rasa mengantuk untuk belajar. Pandangannya melihat kea rah jam mejanya yang
menunjukkan tepat pukul 11 malam. Dia merasakan malam itu berlalu sangat
perlahan, sehinggakan dia buntu untuk berbuat apa.
“ Kenapa dengan aku malam ni, jam baru
pukul 11 malam tetapi aku seakan tidak boleh untuk meneruskan revision aku
seperti malam-malam sebelumnya. Apa aku nak buat, terus tidur? Tapi mata aku
masih segar. Errm, menonton movie di dalam laptop ? Tapi aku tak ada cerita
best. Hah, baik aku pergi bilik sebelah. Manalah tahu diaorang ada movie terbaru
ke apa, dapat juga aku hilangkan kebosanan aku daripada duduk di bilik ini
bersendirian,” Rea bermonolog sendirian.
Rea terus bangun dan meluru keluar dari
biliknya dan menuju ke bilik sebelah. Pintu bilik itu diketuk dan apabila ada
suara dari dalam menjawabnya, barulah tombol pintu itu dipulas dan dibuka oleh
Rea. Rea melihat jiran biliknya sedang kusyuk menonton movie.
“Hai korang, tengok movie tak panggil aku
ya,” kata Rea.
“haluuu, kitaorang memang nak ajak tadi,
tapi takut menganggu kau study pula. Lagipun kau kan selalu study je waktu
macam ini, haha” jelas Fida.
“Betul tu kata Fida, kitaorang tak kacau
kau, tapi dah alang-alang kau datang ni jom lah tengok dan join kitaorang ni,
hehe” ajak Adawiyah teman sebilik Fida.
Mereka berdua memang ibarat satu kepala, roomate
yang sehati dan sejiwa. Kalau pergi makan ke keluar mesti pergi bersama.
Maklumlah dah bertahun diaorang duduk sebilik, dan tidak pernah diaorang
bergaduh ataupun bertikam lidah. Dengan bertolak ansur dan saling mempercayai
membuatkan hubungan mereka bertambah rapat dan mesra walaupun berlainan course.
“Hmm, tak adalah. Malam ni aku tak boleh nak
belajar sangat lah. Aku tak tahu apa yang menganggu, sampaikan hilang fokus.
Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bosan pun ada, sebab tu aku
datang menjengah korang berdua ni,” jelas Rea.
“Aik, apa yang membuatkan kau jadi macam
tu. Kau ada masalah janganlah segan nak cerita kat kitaorang. Macam selalu
kitaorang akan jadi pendengar yang setia,” balas Fida.
“Entahlah, aku pun tak tahu. Tiba-tiba je
macam ni,”jawab Rea.
“Oops, aku tahu. Mungkin sebab petang tadi
!,”Adawiyah meneka.
“Petang tadi? Apa dia? Kenapa aku tak tahu
ni?” soal Fida.
“Eishh, petang tadi apa? Apa yang kau tahu
Adaw?” Rea mula menyoal inginkan kepastian.
“hahaha, jangan ingat aku tak nampak Rea.
Walaupun aku berkaca mata tapi kalau bab sensasi ke gosip aku nampak. Ala,
waktu petang tadi aku nampak si Mirul datang tempat kau duduk berborak dengan
tihah,” Adawiyah menjelaskan apa yang dia nampak petang tadi.
“Korang gaduh ke? Macam best je cerita ni.
Tak jadilah tengok movie, hehe” kata Fida.
“Tak ada apalah, petang tadi Mirul datang
nak pujuk tihah. Kebetulan aku ada kat situ dengan tihah, bukannya jumpa aku,
jelas Rea.
“Stop! Stop..aku rasa dia bukan nak pujuk
tihah sebenarnya tadi,” Adawiyah mencelah.
“Ala, kau ni memandai je Adaw buat cerita.
Dah diaorang bercinta mestilah pakwe nak jumpa makwe,haha” gelak Fida.
“Betul diaorang bercinta tapi aku tetap nak
cakap Mirul pergi tasik tadi bukan nak jumpa tihah. Petang tadi aku pun ada
juga berjalan kaki dekat kawasan tu, dari jauh aku nampak si Mirul berjalan
pergi ke arah kau tapi belum sempat tiba-tiba si tihah yang muncul tepi kau
dulu kan,” jawab Adaw.
“Iya betul, then apa kaitannya?” soal Rea.
“Dengarlah dulu aku habiskan cerita ni,
Mirul nampak tihah dengan kau, teruslah dia berhenti dan memerhati dari jauh.
Tak lama lepas itu, Mirul pusing dan ingin patah balik, tetapi malangnya Mirul
nampak aku sedang memandangnya waktu itu. Aku nampak wajah dia berubah, lepas
itu dia terus juga berjalan pergi ke arah kau dengan tihah. So, kau faham tak
fida apa yang aku nak simpulkan kat sini? Soal Adawiyah sambil menjeling ke
arah fida.
“Yes. I got it. That means, mirul pergi
tadi nak jumpa kau Rea, pastu terbatal niat sebab si tihah ada. Lepas itu, dia
terpaksa juga pergi ke arah kau dengan tihah kononnya nak pujuk tihah gara-gara
nak sorok perasaan malu dia sebab si adawiyah ni nampak dia yang tengah skodeng
kau tadi, hahaha. Kan simple je kesimpulannya,” jelas fida sambil tergelak.
“Takkanlah macam itu sekali. Entahlah aku
pun tak tahu nak cakap. Tapi kalau dia datang tegur aku pun, tak salah sebab
aku dengan dia kan kawan,” balas Rea.
“Alahai cik Rea oit, kau yang fikir kawan.
Hati dan perasaan si Mirul kau boleh baca ke? Manalah tahu dia sebenarnya ada
hati kat kau. Kau je yang tak perasan Rea,” ulas fida
“Tapi korang kan tahu tihah sukakan dia,
aku pula memang tak pernah anggap Mirul tu lebih dari seorang kawan. Tak
mungkinlah jadi apa-apa antara kitaorang. Aku cuma harapkan Mirul dan tihah
kekal,” jawab Rea.
“Iyalah Rea, kau tu baik sangat.
Senang-senang bagi Mirul yang kacak kat tihah. Paling tak pun, baik kau passing
kat aku je Mirul tu, hahahaha” gelak Adawiyah.
Suara gelak dan tawa making hingar di bilik
itu. Suasana yang suram sebentar tadi telah bertukar menjadi gamat. Malam pula
semakin larut tanpa disedari oleh mereka. Pelbagai cerita dan perkongsian
bersilih ganti, ada sahaja benda yang akan digelak kerana perwatakan si
adawiyah yang lucu dan mencuit hati. Sememangnya Rea beruntung kerana ditemani
oleh kawan-kawan seperti Fida dan adawiyah yang selalu mengambil berat akan
dirinya.
******************************************
btw: sorry atas kelewatan sambungan cerita ni..really sorry sbb tiap2 ari penat praktikal..wuwuwu.sambung next part lagi, next tyme,keep waiting oke :)
Part 2 (KLIK)
Part 2 (KLIK)
4 sUntiKaN sEmaNgaT:
mirul yang kacak? *blushing* hahaha..
Hai , Dahh baca :) intresting . Teruskan berkarya !
@Amirul Verdasco Nadzri
alamak...lupa lak nama dia mirul..hehe;p
@Mia hoho, tenkiu sudi :)
Post a Comment