Monday, 29 December 2014

Please don't...

Olla =.=

Rasa kecewa bercampur sedih, bukannya untuk menyalahkan…tapi mungkin aku yang terlalu ambil serius. Kenapa aku sedih? Sampai boleh menitis air mata. Tapi kenapa dengan aku? Maaflah kalau aku terlalu emosi tapi jujurnya aku tak nak orang kena-kenakan aku dengan seseorang. Bukan aku takut jatuh cinta, tapi kalau di sana yang jatuh cinta macam mana? Aku tak nak orang menaruh harapan, sebab aku tahu keadaan aku sekarang, hati aku macam mana.

Daripada sekolah lagi, ada je benda yang kena digosipkan. Teruk sangat ke aku sampai orang nak gosipkan aku dengan sipolan..membawak-bawak sampai ke university. Dulu okey, tapi sekarang perasaan aku lain. Aku belum bersedia untuk ada perasaan suka mahupun cinta. Sesungguhnya janganlah memaksa aku untuk lupakan kenangan lama itu. Aku sayang dengan benda lama, biarlah kenangan itu berlalu dengan perlahan dari hidup aku dan bukannya dengan cara memaksa aku melupakan kenangan lama.

Jangan nanti ada yang cakap aku memberi harapan, aku hanyalah berkawan dengan semua orang. Tiada niat lain, melainkan Allah dah wujudkan perasaan suka satu hari nanti. Just follow the flow…

Maaflah kalau aku terlampau emosi dan ambil serius. AKu tahu itu semua gurauan….T.T



R.i.N.d.U

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Ujian Penghujung Tahun(Banjir)

      Allahu, bila berkisarkan banjir tahun nil ah paling teruk sepanjang aku hidup. Selama 24 tahun tak pernah pon banjir dekat kawasan rumah. Mostly ramai yang cakap macam ni kan, selama ni tak pernah banjir pun tahun ni boleh banjir, air dah masuk dalam rumah, rumah tenggelam. Ya Allah sedih dan menyayat hati. Memang kesian, aku boleh rasa kesedihan itu sebab family aku kat sana pun terkandas dengan banjir. Dah macam pulau pun ada sebab terkandas nak ke jalan besar pun dah bahaya, air dalam. Tapi syukur Alhamdulillah rumah aku dan beberapa jiran yang ke depan tidak dimasuki air. Masih ada lagi tempat berlindung dan masih boleh bagi jiran2 belakang untuk berlindung dan tumpeng tidur kat rumah.

     Elektrik tak payah cakap lah, dah berapa hari tak ada. Tidur bercahayakan lilin tu pun sementara stok lilin ada. Malam2 dalam kegelapan, dan ketakutan jika air banjir naik. Sungguh kesian. Memang tak boleh nak baying situasi mangsa2 banjir, perasaan cemas dan cuak, nak tidur pun tak lena sebab berjaga2 dengan air yang naik tak kira masa. So far, aku masih lagi boleh contact family, bila bangun pagi aku call, sebelum tidur aku call. Alhamdulillah, walaupun ada yang dah kehabisan bateri. Aku berharap dan sentiasa mendoakan mereka semua tabah dan sabra dalam menghadapi ujian banjir ni.

        Bila sentuh bab bekalan makanan, lagi pilu aku ada terbaca yang ada tak dapat bekalan makanan, kehabisan makanan, meninggal sebab kelaparan dan kesejukan. Ya Allah sesungguhnya begitu kuat ujian mereka. Pasti ada hikmah besar menanti mereka. Tadi pun call mama cakap kedai runcit dah habis barang, tak tahulah nak masak apa. Goreng apa yang ada lagi je. Takpelah selagi ada cukuplah untuk dijamukan kat semua orang biarpun sedikit. Sabar sikit je lagi, InsyaAllah keadaan akan kembali normal dan pulih. Sama2 kita berdoa dan terus berdoa pada Pencipta. Semuanya dari Allah, kita kena yakin. Sungguhpun aku jauh di sini, tapi jiwa dah macam kat sana. Ikut hati nak balik, tapi tak jadi balik sebab bas cancel malam tu dan aku pun dah rasa tak sedap hati terus turun daripada bas tu. Tunggu masa je ni, bila laluan dah kembali normal dan air pun surut aku terus lelaju nak balik rumah. Semoga Allah lancarkan segala urusan kami.

       Nak cerita pepanjang pun memang panjang. Ni jelah dulu aku kongsikan, tapi aku berharap sangat semuanya sentiasa tabah dan sabra. Bertahan ye, semuanya akan pulih. Don’t worry, doa ku sentiasa mengiringi kesana. :’(



Belanja pic banjir sekitar kawasan. Memang menjadi sejarah la. Sebelum ni dengar je certain tempat banjir tapi tahun ni tengok dengan mata kawasan rumah dinaiki air. 


Yang ni jalan besar



Yang bahagian belakang2 lagi dalam






~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday, 25 December 2014

Kebosanan

Olla *_*



Susahlah nak update blog kat bilik internet tak dapat. Ni terpaksa update kat ofis, tapi tak best jugak mata2 memandang. Orang nak menaip dengan aman dan selesa tapi tu la bila ada yang tertengok mood jadi hilang. Maklumlah blog ni kan ibarat diari hati, semuanya nak luah kat sini. 

memandangkan tak jadi nak balik rumah, memang kebosanan tahap melampau la. Nak layan movie sampai lebam pon tak boleh sebab dah kehabisan stok movie. Dasyat dan sadis sungguh rasa hidup. Kawan2 pulak semua menghilang. Biasanya kalau dorang dah bosan dan tak da sesapa mulalah datang cari dan mengajak ke situ kesini. Alkisahnya aku camtu la, orang nak datang cari, dah ada peneman lain tinggallah aku sensorang. Its ok, itulah namanya kehidupan. Aku pun tak nak bergantung dengan orang dah, sebab tu aku tabahkan jua kat bilik mengelamun sebab tak tahu nak buat apa.

Nak balik rumah ambik keta pun tak jadi, tak tahulah bila kereta tu nak datang sini. At least ada kenderaan senang sikit nak bergerak kan, even sensorang. Apapun memang hidup kena berdikari, nasiblah dah ini je jalan yang aku ada. Hidup di kampus dan kampus, belum berpeluang untuk hidup di suasana kerja. Ermm, btw aku harap family kat sana tak susah hati dan terus tabah dalam situasi banjir sekarang. Alhamdulillah rumah masih selamat untuk didiami, dan cukuplah untuk jiran2 datang menumpang tidur tu. Hopefully keadaan akan bertambah surut selepas ni. Ini sume ujian dari Allah, kita kena terus berdoa memohon bantuan daripadaNYA. Biarpun hati ni pilu dan sedih, hanya doa je mampu kukirimkan dari jauh. 






Btw: Nobody..nobody... Perut lapar, yukk balik bilik jap lagi singgah kafe cari apa yang patut untuk diisi. Chow dulu !~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday, 7 December 2014

Sepi

Olla ^-^

Semua tengah kusyuk layan bola malam ni, the only me je kot yang mengadap lappy. Haha, nak buat macam mana dah namanya duduk hostel konfem la takde tv kat bilik. Tapi kat kafe ada, cumanya of course dipenuhi dengan kaum adam :)

Sepi sungguh malam ni sampai sempat main game jap, game farm heroes saga, Dah lama tak main kot. Sambil main sambil dengar lagu aman. Nak habag mai, lagu ni best sangat. Sedap didengar la, berkisarkan ibu. Hoho...without you..........aku hilang keliru

Mengadap laptop, buka note image processing tetapi cam malas nak baca. Penyakit malas malam ni, malas nak buat pape. Nak termenung sambil dengar lagu. Maybe. Ooopsss...Puas hati sebab weekend kali ni berjaya berkurung kat bilik, tak keluar window shopping pon. Berehat sepuas-puasnya kat bilik, buat kerja rumah. Haha, basuh baju jemur baju lipat baju..segalanya lah...basuh manual hokeh, so basuh sikit2 la..

Tapi kan korang, jauh kat sudut hati rasa sepi dan sunyi. Sebab lonely. Pergi kafe pon sensorang, sabar jela. tahun depan lagilah sorang2 setiap masa sebab semua nya nak kawen awal tahun. Whatever it is, I'm strong enough. Lalui dengan tabah and independent. Semua ni saje nak menguji aku. Kenapa cakap macam tu? Sebab nak bagi aku rasa kesunyian dan bosan, lepas tu syaitan datang bisik, pergilah cari pakwe sorang. Oh my God! Kannnn, tetibe terlintas suruh couple bagai. betul ke? tepuk dada tanya selera. Aku rasa macam tu, sebab dulu bole buka hati kat arwah kasi peluang sebab kawan2 semua busy dengan pakwe la. Sekarang aku tak nak pakwe dah, aku nak cari suami. Hikhik :)


Terlebih suda, oopss........stop here ! tata ~


btw: Fokus career dulu, belajar bagi habis,.Serahkan jodoh pada Allah. AMIN

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday, 30 November 2014

Full Timetable (December)

Olla (^-^)

      Wahhh, rasa cam kepenatan je. Sebab tak melekat kat bilik dari minggu2 lepas lagi. Start balik rumah haritu, lepas tu tak berhenti kesitu kesini.. Banyak keje meneman so far. kena jadi peneman orang duk usha barang2 kawen. Kita mampu teman je, untuk diri sendiri tak tahu bila. Huhu. Oke nak dijadikan cerita memang ramai sangat kawan2 tengah nak membina rumahtangga, berderet tahun depan. Tapi malas nak cerita lagi. Itu tahun depan punya, kita cerita kat entri lain ya.

       Oke, fokus pada entri ni. Full timetable yek, timetable apa ni ? Exam ka? Timetable diri sendiri la awak. Kalau ikutkan bila i tanya my P.A, memang setiap weekend dah penuh jadualnya. So sesape yang bercadang nak ajak i pergi teman beli barang kawin ke fitting baju kawen ke..oopsss, I'm sorry. Jangan ganggu den hokeh...haha

      Actually tak tahulah excited ke tak nak habiskan tahun 2014 ni. Dah macam2 misteri dan surprise terjadi, so hopefully 2015 datang dengan baik. Continue to our topic, actually Miss Bubble banyak event nak kena pergi. Iinvitation kawen la u olls. Starting minggu ni free lagi jadual, tapi pasang niat nak rehat kat bilik nak jahit manik sikit kat dress untuk pakai waktu wedding kawan nanti. Minggu kedua pulak Miss Bubble akan ke tanjung malim, wedding kawan. Kira tido kat rumah dia la nanti. Dah burn minggu ke 2.

    Masuk minggu ke 3, hoyeahhh...family nak datang sini sebab event cousin pulak. Minggu tu cousin Miss Bubble pulak yang nak kawen dengan orang area sini. Then minggu ke 4 Miss Bubble nak balik rumah kat kelate lah.. hikhik.. kebetulan ada wedding kawan sekolah sehari lepas krismas. So, every weekend memang dah ada janji temu. Jadi, kena persiapkan diri ni, nak jumpa ramai orang. Kena diet cecepat lah nak bagi nampak selim sket..hahhaa.. Nak kasi cantek pakai apa pulak? ooopssss..



Btw: Tak dapat nak urus diri sendiri, rasa cam busy je..(bajet busy sangat). Apa2pun semoga dicember ni berlalu dengan pantas dan lancar. AMIN !

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Doa Tidak DImakbul, Jangan Bersangka Buruk

olla (*-*)

         Untuk entri kali ni saya nak share berkenaan dengan doa. Doa yang kita minta setiap hari, adakah doa kita diterima ataupun tidak. Dan adakah doa kita itu akan dimakbulkan atau pun tidak? 

Tanpa doa, bagaimana kita dapat berbicara atau meluahkan apa terbuku dalam hati kepada Allah SWT sedangkan hanya Dia yang berkuasa menganugerahkan segala keperluan manusia baik hidayah, rahmat serta rezeki.

Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang dalam kalangan saudara berdoa, mintalah bersungguh-sungguh dan jangan sekali-kali berkata: Ya Allah, Sekiranya Engkau mahu, berikanlah kepadaku. Tiada siapa dapat memaksa Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yakin kepada janji Allah

Namun tidak dinafikan ada kala kita sudah puas meminta, tetapi masih belum dapat apa yang diharapkan itu. Pada situasi begini keyakinan kepada janji Allah SWT perlu kuat kerana jika bukan di dunia, doa itu mungkin menanti di akhirat nanti. 
Memang sukar menghadapi saat di mana kita mengharap tetapi harapan tidak tercapai, tetapi jangan sekali-kali itu menyebabkan kita berputus asa. Mungkin apa yang kita sangka baik untuk kita bukan yang terbaik di sisi Allah SWT.

Bagaimanapun, dalam apa yang dilakukan hendaklah bersungguh-sungguh kerana kesungguhan itu membuktikan istiqamah kita dalam melakukan sesuatu. Dalam banyak perkara, kesungguhan berjaya melembutkan hati orang di sekeliling kita, tetapi biarlah kesungguhan dalam perkara baik.


Btw: Cermin diri adakah kita berdoa dengan cara yang betul, adakah kita sudah betul2 yakin dengan doa yang dipinta dan jangan berputus asa untuk memohon pada Allah walaupun doa kita lambat ataupun belum dimakbulkan. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang :)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday, 29 November 2014

Sakit sangat kat dalam ni...

Olla (^_^)


            Apa yang sakit sangat ni? Kaki? Tangan? No ! Kat dalam ni awak. Dalam ni ada sekeping hati saya, rasanya sakit sangat hari ni. Rasa yang sungguh tak tertahan sampaikan mendesak air mata untuk laju bercucuran. Awak tahu kenapa? Mestilah awak tak tahu, sebab bukan awak yang berada kat tempat saya. Tapi awak......saya kecewa !

          Hari ni dah beberapa minggu berlalu dan perasaanku sebenarnye baru nak kembali oke lepas terima keputusan kegagalan untuk melayakkan diri ke latihan Kastam bagi pengambilan penguasa kastam baru-baru ni. Dah macam orang bodoh, saya buat benda bodoh dalam diri, dah macam tak ada iman, Tapi tak perlulah diceritakan kat sini, cukuplah saya seorang dan menyesal dengan perbuatan saya. Sesungguhnya saya rasa bersalah sampaikan parent datang sini secara mengejut sebab sedih dengan saya, risau dengan saya kalau ada apa-apa yang berlaku :(

           Lagi yang membuatkan saya sedih dan frust bila keputusan mengecewakan itu datang bertubi2 dengan waktu yang serentak, dalam sehari tu jugak dapat tahu keputusan exam online untuk PTD. Sesungguhnya saya gagal juga melayakkan diri untuk ke sesi interview. Hanya Allah yang tahu perasaan sedih saya ketika itu, Dan nak dijadikan cerita selepas parent datang, saya mula berfikir tindakan saya yang salah. saya cuba bangkit sampai hari ni, tapi perasaan kecewa dan sedih datang kembali. Ini semua sebab awak dan awak dan awak. Maafkan saya.....

         Tak usahlah bertanya apa-apa berkaitan itu, sesungguhnya aku tak bersedia untuk mendengar. Wahai kawan, sudah ku katakan yang tidak mampu untuk dengar lagi berkaitan ini, sesungguhnya aku tak nak lansung ambil tahu. Terus terang ku katakan padanya, tapi secara tidak sedar dia terus bertanya. Mungkin dia tidak sedar dek kerana perasaannya yang eksaited untuk ke iv nanti. Tanpa disedari hatiku luluh hancur tercalar. Tanpa disedari omelannya merunggut kenapa iv pada tarikh itu, air mataku jatuh berlinangan laju dan laju. Terus ditanya lagi baju apa nak dipakai nanti, handbag mana yang sesuai ya nak beli, ada blazer x? Aku tak mampu nak menahan sebak kat dalam hati. Ya Allah sesungguhnya aku lemah :(

      Mungkin ini perkara kecil, tapi bagi aku, aku memang tak mampu untuk mendengar apa2 berkaitan iv kerja lagi. Hatiku dah cukup robek dan tercalar. Jauh sungguh perjalanan aku sebelum ini, banyak betul cabarannya, tapi aku tetap melangkah walaupun liku2 sentiasa menanti, Yang ku harapkan perjalanan aku yang jauh ini akan sampai ke penghujungnya. Diharapnya dihujung nanti ada satu sirna yang cerah untuk aku. Amin !



btw: kadang2 kita tak sedar percakapan kita terus menerus membuatkan hati orang lain luluh kecewa.......

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday, 27 October 2014

Saya akan kembali

Olla :)


guys, a short entri.. I will back..yeahh, I will back again and start blogging. Just wait for me oke..

Stay tune. I got many story to share.

Keep stay !

bye..
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday, 20 July 2014

Frustrated

Olla :(


Frust...frustrated.. Perasaan yang membelengu aku dalam 2/3 hari lepas. Kenapa ada timbul perasaaan macam ni? Aku tahu ini perasaan yang kurang baik, tambah pulak bulan puasa. Mungkin aku tak sepatutnya ada perasaan itu. Susahnya untuk aku luahkan kerana aku tak ingin melukakan sesiapa. Anggaplah ini salah aku kerana terlampau alpa dengan dunia dan mengejar sesuatu yang tak pasti. 

Yes, sesuatu yang tak pasti. Sesuatu yang tak mungkin aku gapai jika aku tidak bertindak dari awal. Cukuplah sampai sini, buang perasaan itu dan cuba memandang ke depan. Iye, aku akan cuba dan cuba. Cukuplah dengan perhentian yang begitu lama ni, dah tiba masanya aku jadi lebih serius dan fokus pada diri aku, kerjaya aku dan pelajaran aku. Andai sudah ditakdirkan dan tiba masanya aku juga akan mengecapi kebahagiaan seperti orang lain. Buat masa ini, Allah nak aku lebih bersedia. Aku kena yakin ada jodoh yang terbaik menanti aku di depan.

Jom mulakan pelayaran kita kembali. Mencari sesuatu yang bermakna dan bukanlah mengharap sesuatu yang sia-sia. Come on !




btw: Menghitung hari nak pulang rumah beraya :)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Thursday, 12 June 2014

Aku Menanti Nisfu Syaaban

Olla =)

Tajuk entri dah macam tajuk novel ke cerpen kan. Aku menanti malam nisfu syaaban. Yes, this year aim aku sangat tinggi. Aku ingin beribadat lebih daripada tahun lepas yang penuh dengan kelalaian dan kealpaan. Ya Allah, aku bermohon keampunan dariMU, dihapuskan segala dosa2 lampau aku, kealpaan aku dengan duniawi semata-mata.

Sesungguhnya aku betul2 ikhlas untuk menambah amalan ibadat aku. Saat ini aku patut bersyukur diberi nafas untuk mengenal erti realiti dunia yang sebenarnya. Terima kasih Allah yang telah banyak menguji aku, setiap ujianMu aku merasakan seakan tidak berdaya tapi dengan kekuatan iman aku cuba kuat dan tabah menghadapi setiap ujianMu Ya Allah. Sayu hati bila difikirkan balik mengenai masa lampau aku. Aku kena yakin bahawa ada terselit hikmah di setiap apa yang aku alami sekarang. 

Lagi sayu dan menyayat hati apabila seorang teman cuba menasihati aku di kala aku berlinangan air mata memikirkan nasib apa yang terjadi sekarang, apa yang aku lalui, apa yang aku hadapi dan apa jenis ujian ini. Masih belum cukupkah aku diuji satu persatu? pelbagai persoalan yang timbul di benak fikiranku. Aku aku kadang kala aku lemah dan rebah. Aku hanyut bahawa semua yang terjadi kerana Allah ingin menguji aku, ingin melihat kekuatan aku. Ya Allah Ya Rabb :(

My friend said " Kuatnya awak untuk terima semua ujian ni, kuatnya Allah menguji awak. Kalau saya belum tentu kuat, Allah menguji hambanya mengikut kemampuan masing2. Awak adalah seorang yang hebat, dengan ujian yang Allah berikan, Allah sayang awak. Allah tahu awak mampu dan kuat untuk harungi semuanya. Tak semua orang hebat macam awak zati. Masya Allah "

Makin berlinangan air mata aku kala sahabat memujuk dan menasihatiku. Memang aku lemah di kala itu, tapi di sebalik kata2 sahabat aku, fatihah aku rasakan ya pasti dan yakin akan ada hikmahnya yang begitu besar. Sungguhpun aku merasakan tidak kuat, tapi lihatlah aku masih mampu tersenyum hari ini dan aku masih punyai teman yang ada dikala aku susah begini. In Sya Allah, suatu hari nanti pasti ada ganjaran yang besar menanti aku. Amin!

Jadi aku menanti hari2 sebegini agar aku dapat tingkatkan lagi amalan aku pada Maha Pencipta. Sesungguhnya aku insan yang lemah dan penuh dikotori dengan dosa. Semoga amalan aku diterima dan diredhai Allah. Sama2lah kita manfaatkan hari kita dengan meningkatkan amalan baik. Belum pasti kita akan bertemu lagi hari2 sebegini. Allah Ya Rabb :(

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday, 7 June 2014

Bukan Sengaja Tapi Ter "ingat"

Olla ^-^

Entri ni khas untuk dia yang telah kembali kepada Maha Pencipta. Saya sediakan entri ni untuk pastekan luahan/karya awak kat saya. At least ada juga post awak yang melekat tertampal kt blog saya. No hard feelings. Bukan sengaja tapi terdatang dengan sendiri bila tak sedar jadi teringat. 


Nak sangat kan macam tu, sekarang it happens. Harap awak tenang di sana. Sudah ketentuan takdir, semuanya dah tertulis. Apa-apa pun saya akan tetap ingat sepanjang perkenalan kita. Dont worry, nanti saya akan paste bebanyak lagi post awak kat blog saya. 

Al-Fatihah



btw: Jangan muntah hijau kalau ada entri2 macam ni. Hanyalah sekadar luahan hati rindu. (Godek punya godek mcm2 jumpa :')


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Monday, 12 May 2014

GiveAway CASH RM50 by Cik Ayue


Olla :)

Korang, Miss Bubble dah join satu giveaway ni yang bernilai cash RM50 taw. Wahh, kalau dapat cash 50 hengget ni masyuk jugaklah kan sebab duit free. Cukup dah boleh shopping apa yang patut. Tak gitu gegirl. So apa lagi, nak tahu details, mehh kita scroll ke bawah lagi.

Wink...wink...Pada owner yang buat G.A ni. Nak ambik hati, mana taw bertuah dapat cash money kan. hihi ;)




Hadiah
Random : RM50 x 1 Pemenang
Top Referral : Hadiah Misteri x 1 Pemenang
- See more at: http://mii-and-himm.blogspot.com/2014/05/giveaway-cash-rm50-by-cik-ayue.html#sthash.hRz8MtM4.dpuf




Awk kita dah like page Fb dan siap follow blog tu. (selamat berkenalan cik Ayue) Yang benda lain twitter tu kita tak adalah. Tak main tweet2 ni. Hehe. Papepun Mrs.Qisti to be yang baik hati tambahlah lagi cash money, kasi banyak sikit pemenang, baru bertambah meriah. :)

Bagi sesiapa nak join, boleh klik banner kat atas lepas tu direct fly sampai ke blog Mrs.Qisti to be.. hehe.. Cik Ayue jangan lupa bagi Miss Bubble menang ya. Mana tahu bertuah dapat cash 50 hengget buat belanja. Wahh..nak...nak..nak.... :D



Btw: U ollsss, doakan mana tahu rezeki Miss Bubble dapat cash kan. Wahhh, sonoknyaaa... :P

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tak Reti Nak Telan Ubat Biji Seketul

Olla :)


Hai, bertemu lagi kita kat blog ni. Korang baca tak tajuk entri Miss Bubble kali ni? Tak reti nak telan ubat biji seketul. Mesti korang dah rasa nak tergelak dah kan, yelah bila cakap Miss Bubble tak reti nak telan ubat. Memang pun! Dah tekak ni tak nak terima ubat biji ke pil, nak buat macam mana. Ottokeii..ottokajii.

Susahlah bila dah jadi macam ni,nak telan sebiji je pun tak mampu. Apatah lagi dua biji, 3 biji dan seterusnya. Sakit tekak camni paksa untuk telan. haisshhh, Seriusly Miss Bubble memang kategori tak reti nak telan ubat biji. Sebab tu kalo sakit kepala ke apa, sakit yang biasa memang jangan nak tawar2 bagi ubat kat Miss Bubble ok. Rela duk menangis sakit dari telan ubat tu. Tapi, hari tu waktu menderita sakit gigi yang amat, terpaksa jugak la Miss Bubble cuba. Tapi korang taw ke macam mana bole pulak telan ubat biji dah la besar ubat sakit gigi. Miss Bubble ambik lesung ketuk2 sampai kecik or ada habuk. Hahhaa, hebat kan, bila dah jadi ketulan kecik2 barulah boleh telan masuk dalam tekak.

Lagi sekali kalau korang yang baca ni rasa nak gelak ke or cakap Miss Bubble macam budak2, mengada. Silakanlah, sebab tak rugi pape pun. Haha, dah memang lumrah tak reti nak telan. Bukan tak cuba, tapi dah cuba. Banyak masuk air sampai habis basah baju, last2 ubat terkeluar balik dari mulut. So funny kalo setiap kali nak telan ubat. Tapi Miss Bubble tahu ada jugak golongan seperti ni yang tak reti nak telan ubat biji. Apa salah kami kena telan ubat seketul besar. So, cara yang terbaiknya adalah why not orang yang belajar farmasi tu, dgn ilmu2 korang cuba kreatif sikit cipta ubat. Tak perlu kot nak buat besar2 ubat dan cubalah buat dalam 2 variasi. Satu jenis bentuk air dan satu bentuk biji. Ramai tak suka air sebab rasa pahit dan kurang efektif kan. Samalah juga golongan kami tak boleh telan biji dan hanya boleh telan air.


Seperti yang sedia maklum, memang ada ubat jenis air, tapi tak semua. Betul, tak semua sakit ada ubat air. Miss Bubble macam mana teruk awal tahun hari tu cuba jugak minta ubat air kalo ade la. Kalau takde tgk la keadaan,memandangkan waktu tu sakit yang sampai tak leh nak bangun dan ambil masa lama sangat. So, i have to.. Telan ubat biji tapi diketuk2 la. Alhamdulillah, Allah bagi kesihatan yang baik. Bukan yang selalu jenis sakit, pastu sikit2 nak telan ubat. Sebab Allah tahu aku jenis yang susah nak makan ubat. Terima kasih Allah sebab berikan rezeki kesihatan yang baik walaupun bukan rezeki kerja. Sebab tulah orang cakap rezeki ni banyak, tak semestinya murah rezeki kerja je. Rezeki jodoh, anak, kesihatan, kebahagiaan bersama keluarga dan macam2. 

Panjang pulak entri kali ni. Apa2 pun ni je nak diceritakan. Jangan pandang rendah pada orang yang tak reti nak telan ubat biji. Jangan nak cakap "alaa, letak dalam mulut lepas tu gulp telan air, simple". Itu untuk orang lain lah simple, but for me NO ! NO! NO!. Hehe.. 


Salam sayang. 



btw: Nak telan ubat, kenapa asyik biji jee...hmmm 

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday, 27 April 2014

Rindu Blog

Olla :)

There is nothing I want to say... I really really miss my blog. Ohhh, my sweet blog. Tengah kumpul mood, tenaga dan semangat lagi sekarang untuk jadik penulis balik. Rasa rendu giler nak menaip tapi apakan daya bila dah tak bersemangat hanya mampu tengok jela. Insya Allah, Miss Bubble akan kembali update untuk blog tercorot ni.

Last but not least, mohon doa kalian ye. Doakan Miss Bubble untuk terus berjaya dan maju ke depan. Take care everybody and selamat malam !


btw: Mood = fyp............
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday, 10 January 2014

Pass First Step Doesn't Mean Anything Yet

Olla, hi guys !


Go..go...u can do it !

       "Pass First Step Doesn't Mean Anything yet" . Apa maksud tersirat di sebalik sepatah ayat ni. Let me tell you the truth. Maksudnya kalau kita dah lulus peringkat pertama, itu belum lagi menjaminkan apa-apa. Sebagai contohnya, dengarlah al kisah hidupku yang begitu sedih menyayat hati. Cewahhh..haha.. Listen....listen..listen hookeeh.

       Just like me, Alhamdulillah got several interview. A different places and different job position. But, the first stage i mean here is you got call for interview. That means, you pass the first stage. Then, after attend for interview you wait for the next progress or next stage which is call for confirmation either you are successful or not in that interview. In my case, i just got more than one interview, but so far I didn't get any work offers. :(

       Total interview for now, I got 7 interviews. Bukan nak berbangga tetapi just wanna share my experience and my feelings. You guys tak tahu apa perasaan Miss Bubble yang sebenar. I got 7, but 2 interview i can't go. Interview yang ke 5, (Graduate Electrical Engineer) I didn't managed to go because no places to stay. About two days, i called my several friends but unfortunately nobody can't help at that time. Then, i tried call back that company to give my decision, unfortunately again, they said that they already have another candidate to replace me for interview. So, i cried a lot because i missed that interview.

       Then, today i got another call for interview at JB, (electrical engineer). But, they asked me to come on this upcoming monday. I tried to ask another day, she said can't because boss is not free for another day. A few minutes, i said, ermmm..its ok, because i can't go there on this monday. Without any preparation, in rush..no ticket bus and what so ever. So, i missed this interview. Deep inside i felt sad & frustrated but in the same time, i feel traumatized because if i go then i'm still didn't get that job, what to do. Crying and crying again, duit habis sebab travelling pergi interview.

      So, you guys yang belum dapat interview, please don't worry or get envy with the people who got many interview. Semua ni tak menjamin lagi. Mana tahu korang pergi first interview, tut2 terus dapat kan. Yang dah pergi banyak kali still tak melekat. Macam mana tu, so jangan putus berharap dengan rezeki Allah. Miss Bubble lainlah, rasa trauma dan penat sikit, last week dah pergi interview. Dan hopefully ada rezeki. He said wait after he finalized all the candidate about  2/3 weeks for the result. That means i still have a chance to pray and believe if ada rezeki for me to work there. InsyaAllah....Amin. But now still perlu berusaha mencari kerja..lalalala~

never give up (mcm buat fyp dulu), cakap kat diri sendiri... fighting!!


"people said, at least you got many experienced in interview job," so what is my response?....just wait for my next entry... stay tune with my blog.. daa..~~~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday, 4 January 2014

Berdebar-debar

Olla ,

Dah 3/4 hari jugak la rasa macam berdebar debar. Tapi nak rasa sakit pun ye jugak. Serba tak kena, kadang2 rasa nak nangis sebab tak selesa keadaan gini. Duduk terbaring rehat tarik nafas perlahan lahan takot lelah pun ye jugak. Tak tahu punca dan tak tahu nak explain rasa tak selesa bi. Dup dap.. dup dappp..sekali cam kuat. Kenapa ya ..risau la kalau ada pape. Ya Allah, jauhi lah dari sebarang benda buruk dan berikan aku nikmat kesihatan yang baik.

Ingatkan berdebar intrview, tapi habis intrview pun still sama. Rasa tak selesa dengan debaran. Rasa nak pergi check jantung pun ada jugak. Tapi tu la Miss bubble jenis tak suka pegi klinik, nanti doc tanya sakit apa, rasa macam mana dan macam2...then miss bubble tak reti nak jawab rasa ni macam mana. Tak pela nak try rehatkan minda dan badan betul2. Nak rehat otak dari stress fikir tak kerja2. Pliz, bagi tenangkan fikiran dulu beberapa hari ni.

Tata~

Published with Blogger-droid v2.0.10

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday, 1 January 2014

2014

Olla :)

1 januari 2014
What is your dream?
Tak sempat nak ber dream sebab yang dikejar 2013 tak dapat lagi. So, masuk buku baru sambung balik benda yang tak dapat. Simple.

Tahun baru, umur meningkat dan berharap takkan ada lagi kawan yang fake. Sape nak kawan, kawan demfan jujur dan ikhlas. Aku jenis jaga hubungan kawan, i respect people who respect me. Jangan nak buat2 ambil tahu pasal aku kalau aku mintak tolong kau selalu banyak alasan. Go away!

Apa2 pun selamat tahun baru! Tahun baru ni sila berjimat cermat, work harder & kumpul duit bebanyak.Nak hidup semua perlu duit. Tingkatkan ibadah dan jadi orang yang lebih baik. Sekian

Btw: Selamat tinggal 2013. No more tears hopefully..pray for my succes~

Published with Blogger-droid v2.0.10

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta