Olla (^_^)
Apa yang sakit sangat ni? Kaki? Tangan? No ! Kat dalam ni awak. Dalam ni ada sekeping hati saya, rasanya sakit sangat hari ni. Rasa yang sungguh tak tertahan sampaikan mendesak air mata untuk laju bercucuran. Awak tahu kenapa? Mestilah awak tak tahu, sebab bukan awak yang berada kat tempat saya. Tapi awak......saya kecewa !
Hari ni dah beberapa minggu berlalu dan perasaanku sebenarnye baru nak kembali oke lepas terima keputusan kegagalan untuk melayakkan diri ke latihan Kastam bagi pengambilan penguasa kastam baru-baru ni. Dah macam orang bodoh, saya buat benda bodoh dalam diri, dah macam tak ada iman, Tapi tak perlulah diceritakan kat sini, cukuplah saya seorang dan menyesal dengan perbuatan saya. Sesungguhnya saya rasa bersalah sampaikan parent datang sini secara mengejut sebab sedih dengan saya, risau dengan saya kalau ada apa-apa yang berlaku :(
Lagi yang membuatkan saya sedih dan frust bila keputusan mengecewakan itu datang bertubi2 dengan waktu yang serentak, dalam sehari tu jugak dapat tahu keputusan exam online untuk PTD. Sesungguhnya saya gagal juga melayakkan diri untuk ke sesi interview. Hanya Allah yang tahu perasaan sedih saya ketika itu, Dan nak dijadikan cerita selepas parent datang, saya mula berfikir tindakan saya yang salah. saya cuba bangkit sampai hari ni, tapi perasaan kecewa dan sedih datang kembali. Ini semua sebab awak dan awak dan awak. Maafkan saya.....
Tak usahlah bertanya apa-apa berkaitan itu, sesungguhnya aku tak bersedia untuk mendengar. Wahai kawan, sudah ku katakan yang tidak mampu untuk dengar lagi berkaitan ini, sesungguhnya aku tak nak lansung ambil tahu. Terus terang ku katakan padanya, tapi secara tidak sedar dia terus bertanya. Mungkin dia tidak sedar dek kerana perasaannya yang eksaited untuk ke iv nanti. Tanpa disedari hatiku luluh hancur tercalar. Tanpa disedari omelannya merunggut kenapa iv pada tarikh itu, air mataku jatuh berlinangan laju dan laju. Terus ditanya lagi baju apa nak dipakai nanti, handbag mana yang sesuai ya nak beli, ada blazer x? Aku tak mampu nak menahan sebak kat dalam hati. Ya Allah sesungguhnya aku lemah :(
Mungkin ini perkara kecil, tapi bagi aku, aku memang tak mampu untuk mendengar apa2 berkaitan iv kerja lagi. Hatiku dah cukup robek dan tercalar. Jauh sungguh perjalanan aku sebelum ini, banyak betul cabarannya, tapi aku tetap melangkah walaupun liku2 sentiasa menanti, Yang ku harapkan perjalanan aku yang jauh ini akan sampai ke penghujungnya. Diharapnya dihujung nanti ada satu sirna yang cerah untuk aku. Amin !
btw: kadang2 kita tak sedar percakapan kita terus menerus membuatkan hati orang lain luluh kecewa.......
0 sUntiKaN sEmaNgaT:
Post a Comment