Sunday, 20 July 2014

Frustrated

Olla :(


Frust...frustrated.. Perasaan yang membelengu aku dalam 2/3 hari lepas. Kenapa ada timbul perasaaan macam ni? Aku tahu ini perasaan yang kurang baik, tambah pulak bulan puasa. Mungkin aku tak sepatutnya ada perasaan itu. Susahnya untuk aku luahkan kerana aku tak ingin melukakan sesiapa. Anggaplah ini salah aku kerana terlampau alpa dengan dunia dan mengejar sesuatu yang tak pasti. 

Yes, sesuatu yang tak pasti. Sesuatu yang tak mungkin aku gapai jika aku tidak bertindak dari awal. Cukuplah sampai sini, buang perasaan itu dan cuba memandang ke depan. Iye, aku akan cuba dan cuba. Cukuplah dengan perhentian yang begitu lama ni, dah tiba masanya aku jadi lebih serius dan fokus pada diri aku, kerjaya aku dan pelajaran aku. Andai sudah ditakdirkan dan tiba masanya aku juga akan mengecapi kebahagiaan seperti orang lain. Buat masa ini, Allah nak aku lebih bersedia. Aku kena yakin ada jodoh yang terbaik menanti aku di depan.

Jom mulakan pelayaran kita kembali. Mencari sesuatu yang bermakna dan bukanlah mengharap sesuatu yang sia-sia. Come on !




btw: Menghitung hari nak pulang rumah beraya :)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

0 sUntiKaN sEmaNgaT:

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta