Monday, 4 February 2013

Nafkah atau Kebas Nafkah?

Olla =)

      (situasi 1)

Entri ini khas bagi sesiapa yang akan berumahtangga ataupun sudah membina rumahtangga. Jom kita kongsikan pendapat dan pandangan mengenai nafkah seorang isteri. Si lelaki/suami sila buka mata dan beri perhatian. Si perempuan pun kena faham jugak ye. Zaty tertarik dengan isu yang dikupas dalam semnais kurma tempoh hari mengenai nafkah ataupun kebas nafkah. Mungkin ada segelintir tidak menyedari dan mengambil remeh tentang nafkah. Sebagai seorang suami, anda sepatutnya menjalankan tanggungjawab sebagai suami memberi nafkah secukupnya kepada isteri mengikut KEMAMPUAN masing2. Kalau di beri lebih, anggaplah sebagai SEDEKAH. Isteri juga seharusnya menerima berapa sahaja yang diberi oleh suami mengikut kadar yang suami mampu. Janganlah merungut ataupun pertikaikan kerana kita sebagai wanita sepatutnya saling memahami dan bertolak ansur. As long as suami tak lupa tunaikan tanggungjawab tu, Alhamdulilah..


 (Situasi 2)

         Ada juga segelintir yang makan duit isteri. Isteri penat lelah cari duit, suami goyang kaki, enjoy sana sini. Sepatutnya suami yang mencari rezeki kan. Memang tak salah isteri bekerja, untuk sama2 membantu kewangan keluarga, tetapi kalau suami yang menganggur dan mengharapkan duit isteri? Macam mana tu? Mana nak dapatkan duit untuk berikan nafkah pada isteri? Apa yang menariknya, dalam semanis kurma malam tuh, main point adalah "tanggungjawab" asas kepada kekeluargaan. Kalau suami tidak menunaikan tanggjawab nya kepada isteri, macam mana Allah nak berikan rezeki padanya. Sebagai contoh, cuba kita lihat orang yang miskin macam mana pun tapi disebabkan tanggungjawab dia untuk membesarkan anak-anak, Allah sentiasa memberi rezeki padanya walaupun bukan banyak. Tetapi jika tiada sikap tanggungjawab macam mana rezeki tu nak datang kan.


(Situasi 3)

         Apa yang dikatakan kebas nafkah pula ialah bila si suami mampu untuk memberi nafkah tapi tidak ditunaikan. Duit2 dibelanjakan bersama kawan ataupun di luar, walhal si isteri dibiarkan begitu. Dan ada juga yang mengatakan duit siteri adalah duit dia. Itulah yang dikatakan kebas nafkah. Walaupun si isteri itu bekerja tetapi nafkah ni perlu ditunaikan. Kita dah kahwin dengan perempuan tuh, semestinya kita dah sanggup untuk menyara perempuan/isteri kita. Jika isteri kita sebelum ini sudah biasa di beri orang gaji, maka sebagai seorang lelaki/suami yang MAMPU kena juga berikan orang gaji pada si isteri mengikut kehidupan si isteri bersama keluarganya dulu. Tapi ini hanya bagi orang yang mampu. Perempuan pun janganlah minta yang lebih2. Sebaiknya kita saling membantu.


Asas rumahtangga yang penting adalah tanggungjawab dan saling memahami. Suami tunaikan nafkah mengikut kemampuan dan si isteri tidak patut merungut dengan apa yang diberi oleh suami. Bagi perempuan yang bekerjaya lebih tinggi dari suami, janganlah pula merendahkan taraf si suami,ini adalah tidak baik. Sebelum kita kahwin, kita dah tahu dia kerja apa kan, semestinya kita dah menerima dan rela hidup dengannya walaupun pendidikannya kurang dari kita. So, sepatutnya tak jadi masalah bila berumahtangga, janganlah isu membangkit ataupun merendahkan martabat suami. Yang sebaiknya terimalah seadanya kerana kita yang memilih pasangan hidup kita. Kita yang merancang Allah yang tentukan. Sekadar berkongsi entri yang panjang. Sekian :)



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

2 sUntiKaN sEmaNgaT:

HanNis SaNia said...

masya Allah moga di jauhkan dari lelaki yg lupa dari tanggungjawab kn ??huhuhu

MisS BubBLe said...

@HanNis SaNiayerp2.. Amin.. InsyaAllah hanis :)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta