(Mak Cik neyh nak berceloteh sket..:P)
Hari ni zaty nak membebel lagi pasal kanak2 hilang. Bukan gambar kat atas yang hilang ya.. hikhik.. Mana tak anginnya kalau kejap2 dengar budak tu hilang, budak ni hilang.
Fikirlah perasaan ibu bapa yang anaknya hilang. Tapi kita nak salahkan siapa
sebenarnya. Nak salahkan zaty ek? Eh, apa pulak zaty yang kena. Tak patut…tak
patut. Golongan yang memainkan peranan penting :
- Ibubapa
- Masyarakat
- Media massa
Semua orang kena memainkan peranan yang betul Ibu bapa
sesibuk mana pun, anda kena juga awasi gerak geri anak anda. Jangan pernah ajar
anak anda bebas, atau biarkan dia bermain di luar kawasan rumah tanpa
pengawasan anda, terutama masa ketiadaan anda di rumah. Anda seharusnya tegas
dan tidak pernah sesekali member kebenaran anak2 kecik anda keluar dari kawasan
rumah sendirian. Kalau sekali dah ajar dan bagi kebenaran tak mustahil budak2
akan selalu buat.
Kita semua sebagai masyarakat kena alert dan prihatin dengan
keadaan semasa atau sekeliling kita. Kalau dilihat budak2 kecil bersendirian
atau dilihat orang pelik yang cuba mendekati budak2 tersebut, mungkin kita
sebagai masyarakat boleh bertindak. Zaty nak ulas panjang pun tak tahu juga,
mungkin kita takut untuk mendekati ‘orang pelik’ tu. Tapi kita boleh cepat2
hubungi pihak berkenaan ataupun cuba berinteraksi dengan orang sekeliling. Beritahu
maklumat apa yang kita lihat dan bertindak secara beramai-ramai.
Selain itu, media massa ni memainkan peranan yang penting. Boleh
perbanyakkan iklan untuk bagi kesedaran kepada ibu bapa yang tidak
bertanggungjawab dan juga bagi peringatan secara dekat kepada budak2. Buat
iklan yang menarik minat budak2 sekarang dengan cara yang difahami oleh mereka,
kesedaran bahayanya keadaan di sekeliling tanpa pengawasan orang tua. Masalah
sekarang budak2 sekarang dah makin bijak dan mengerti. Sedikit sebanyak ada yang
terpengaruh dengan drama yang ditonton oleh ibu bapa mereka. Ada yang meniru
aksi dalam drama contohnya merajuk dan terus keluar dari rumah, agar ibu bapa
member perhatian kepada mereka. Walhal mereka (budak2) tak mengerti kesan di
sebalik perbuatan sebegitu. Jadi kalau ibubapa menonton drama yang kes lari
dari rumah ke merajuk, sebaiknya jangan bagi anak anda tengok bersama. Haha..
May Peace Be Upon You !
btw : Lebih baik mencegah daripada nasi sudah menjadi bubur. Sikap
tegas kena ada dalam diri ibu bapa, jangan pernah sesekali memberi kebebasan
sewenang-wenangnya kepada anak2 anda ok.
5 sUntiKaN sEmaNgaT:
hehe, haa kan mak cik dah bebel hehe,
betol tu awasi anak-anak anda tidak kira 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun ,20 tahun. hehe
budk2 dh pndai sekrng..bnyk terpengaruh ni
budk2 dh pndai sekrng..bnyk terpengaruh ni
@Farahin Izzatibetul3..oooppss, sian dy kena dgr mak cik bebel :)
@Nadia Joharihmm, tu la pasal.. budak2 skrg bijak, suka meniru lak tu..eishh
Post a Comment