Friday, 7 September 2012

Officially diberhentikan...


Olla =)

               Wuwuwuwu…praktikal dah tamat. Maka selesai lah sudah zaty sebagai seorang pelatih di JKR cawangan elektrik selama 3 bulan. 3 bulan pada awalnya terlalu lama untuk ditempuh, tetapi bila dah sampai penghujungnya 3 bulan macam terlalu singkat. Kalau diikutkan masih banyak ilmu yang boleh dipelajari sepanjang sesi berpraktikal, tetapi lumrah manusia dibelenggu dengan sikap PEMALAS.

                Sepanjang 3 bulan zaty berada di bawah bumbung JKR, zaty telah banyak didedahkan dengan alam pekerjaan sebenar sebagai seorang engineer. Kalau sebelum praktikal, seriously zaty masih kosong dengan skop tugas engineer  terutama elektrik. Mesti ramai yang akan memperkata elektrik, baiki-baiki, wiring, dan tengok kerosakan. Tetapi sila fokus pada peringkat pengajian kita. Kalau lepasan diploma, kita memang akan terlibat dengan bahagian maintenance, kerosakan dan sebagainya. Tetapi bagi lepasan ijazah sarjana muda, mereka akan dipanggil sebagai seorang jurutera.

                Jurutera elektrik banyak didedahkan dengan design, lukisan plan, bangunan mengunakan autocad, diberi hak untuk memilih petender bagi sesuatu projek dan juga mesti mahir dalam pengiraan bagi mencari kesesuaian lampu , bilangan dan jenis lampu. Seorang jurutera juga bertanggungjawab dalam bidang sebut harga. Bagi memilih petender untuk sesuatu projek, jurutera akan membuat cut off untuk memilih petender.
                Walaubagaimanapun, bahagian maintenance juga tidak boleh diabaikan. Seorang jurutera juga mesti tahu dan ambil berat di bahagian penyelengaraan. Bermakna mestilah rajin turun ke site, barulah kita tahu kesesuaian bagi sesuatu pemasangan. Zaty bukan sahaja keluar ke site, tetapi juga berkesempatan menuntut ilmu secara teori di sana. Alhamdulilah, atas kesudian encik2 di tempat praktikal yang sudi berkongsi ilmu, nota dan mengajar kami.

                Itulah pentingnya kita berpraktikal, tanpa praktikal sebegini kita mungkin tidak akan nampak benda di sekeliling kita. Kita mungkin tidak tahu skop tugas kita yang macam mana, dan kalau ada rezeki mungkin kita senang dan mudah untuk diterima bekerja. Jadi, manfaatkanlah apa yang telah ditetapkan oleh kita sebagai seorang pelajar kejuruteraan untuk menuntut seberapa banyak ilmu sepanjang kita berpraktikal. Jangan hanya bergoyang kaki tanpa mendapat apa-apa. Renung-renungkanlah….








btw: i wish i could be one of JKR's engineer one day.. Ameen ~

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta