Olla =)
Sebelum baca sila KLIK SINI untuk isi tabung =)
Untuk entri kali ni, sebenarnya
zaty dah lama nak update tetapi selalu tak berkesempatan. Asyik ade je duk
bercerita pasal benda lain. So, hari ni zaty nak cerita sikit pasal tajuk entri
hari ni. Berkisarkan aurat, ramai antara kita tanpa menyedari mendedahkan aurat
sesama perempuan. Kita tak sedar secara tidak lansung aurat kita terdedah pada
kaum jantina yang sama. Maksud zaty ialah melalui pemakaian harian kita.
Kebanyakan kita, pelajar terutamanya
memakai seluar yang terlalu pendek (perempuan) iaitu di atas lutut. Antara
sedar atau tidak perempuan juga ada batasannya antara perempuan. Aurat
perempuan dengan perempuan lain (bukan mahram) ialah dari pusat hingga ke
lutut. Tapi masa kini, sudah ramai yang
menggemari memakai seluar yang terlalu pendek hingga menampakkan atas lutut
iaitu peha. Itu sebenarnya sudah termasuk sebahagian daripada aurat kita.
Zaty pun tak perasan sehinggalah
kawan zaty, kak azia yang menyedarkan zaty mengenai ini. Jadi zaty berminat
untuk berkongsi ilmu dengan semua perempuan akan perlakuan kita yang mungkin
ada segelintir tidak menyedarinya. Alhamdulilah, nasib baik lah zaty berseluar
3 suku di hostel yang berada di bawah paras lutut. Zaty tahu ramai yang
berseluar pendek terutama yang tinggal di hostel, tetapi dengan berpakaian
sebegitu kita dengan mudahnya menambah dosa pada diri sendiri.
Bayangkanlah nak menjaga aurat
dengan lelaki pun susah takkan aurat dengan perempuan yang begitu senang pun kita tak boleh nak jaga. Mungkin adalah
yang tidak sedar akan hal ini, tetapi zaty harap dengan entri ini dapat
menyedarkan setengah pihak. Walaupun sudah ada yang terbiasa, tetapi lebih elok
pakai di rumah la, kalau untuk berada di hostel apa salahnya membeli seluar
tiga suku, itupun dikira seluar pendek dan menyelesakan. Cubalah korang
perhatikan sekeliling korang, memang ramai yang berkeadaan macam ni, ada yang
dah macam boxer. Lansung tak malu dedahkan sehingga hampir menampakkan benda
yang tak sepatutnya.
Kita yang memandangnya biasa tetapi
hakikatnya benda itu mendatang dosa bagi si pemakai. Kalau yang duk pandang pun
bernafsu, lain cerita la. Maka dosa lah juga
yang akan menyusul. Zaty pun sekadar berkongsi bukan menuding jari pada
sesiapa, cuma menyedarkan pada sesiapa yang tak perasan atau menyedari aurat
antara perempuan pada hakikatnya.
4 sUntiKaN sEmaNgaT:
alhamdulillah.didiey sentiasa pakai tracksuit panjang.zaman belajar smpai skrg :)
thanx for the info zaty ^_^
Alhamdulilah, baguslah kalau macam tu. Kdg2 kita tak sedar kan pemakaian kita tu..
nice entry..
@Arjuna Silvera
thanx =)
Post a Comment