Entri kali nie mungkin sudah lapuk tapi tak kisahlah janji dapat berkongsi juga dengan semua. Kali ni Miss Bubble nak tunjuk gambar-gambar sepanjang Miss Bubble dan rakan sekelas pergi site visit ke Taman Negara Kuala Koh. Mesti pelik kan, kenapa lah pergi buat kerja kat Taman negara pulak? Macam pergi bercuti. Hehe, Actually, kami semua menginap di sini, sambil buat kajian, sambil makan angin . (makan angin la sangat). Kami berada di sini selama 3 hari 2 malam. Kat sini ada disediakan hostel untuk para pelajar datang menginap, kalau nak selesa duduk kat chalet la. Siap chalet VIP pun ada. Cuma keburukannya ialah sumber air kat sini sikit, maklumlah dalam hutan kena dapatkan sumber dari sungai, so faham-faham lah kalau ada yang gatal-gatal. Normal kan bila dah berada dalam hutan. By the way Taman Negara Kuala Koh ni terletak berhampiran dengan Gua Musang kelantan. Kat sini banyak aktiviti yang boleh di buat. Ada jungle trekking, canopy walk, tengok burung, memancing dan macam-macam lagi. Di kawasan berdekatan juga, kami melawat kilang kelapa sawit, melihat bagaimana pemprosesan sawit dan macam-macam. Jom kita tengok gambar sepanjang Miss Bubble berada di sana. :)
Welcome to Taman Negara !
Taman permainan untuk kanak-kanak (macam shaye) :p
Yang ni untuk sape2 nak camping, boleh lah pasang khemah sendiri
Huh, dah jambatan ke 4. Taw tak apa ni?
Tada, nie la canopy walk. Tak lepas peluang untuk bercanopy juga..hehe
Makin jauh, makin sempit pulak rasa. ke badan yang besar ? haaa..~
Inilah chalet VIP !
huhu, berada di atas jambatan gantung yang hampir ke penghujungnya.. sangat panjang.....
Inilah buah sawit yang rosak dan tak boleh di guna
See, timbunan yang terlampau banyak. Nanti buah ni akan dipilih untuk di proses.
sekitar kilang kelapa sawit :)
Yang ini pula buah ataupun hasil daripada buah sawit. Mixture sume benda ni still boleh hasilkan minyak sawit taw
Yang ini biji sawit yang sudah hancur
Jalan dan jalan untuk lihat buah sawit.
Macam mana, okey tak? Cakaplah ok. Bukan senang nak rasa pengalaman macam ni. Dapat lihat dan mendengar penjelasan yang live dari orang kat kilang. Selalunya ambil remeh tengok orang kutip buah sawit dari ladang kan, tapi ni lihat orang proses. Dari buah besar sampailah ada jadi kecil kecil. Yang jadi biji masih belum di buang tahu tak, still di simpan dan si proses serta diperah untuk keluarkan minyak. Ini menunjukkan betapa pentingnya dan berharga buah sawit. Ia akan digunakan sampailah betul2 tidak dapat mengeluarkan setitis minyak. :)
Btw: kalau rasa nak tahu lebh lanjut, bolehlah planning dengan rakan sekelas buat site visit kat sini. Nanti banyak kena siapkan report. Huhu, subjek engineer and society je pun...haha ~
0 sUntiKaN sEmaNgaT:
Post a Comment