Saturday, 16 June 2012

Part 1: Biarkan Kenangan Itu



Sejuta kenangan yang tercalit menyimpan seribu satu rahsia yang pasti tidak dapat dilupakan. Hari yang berlalu dan kian mendatang menjadikan diri ini kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan di dunia yang fana ini. Kehidupan yang sukar ditafsirkan, sukar digambarkan dan sukar dicari membuatkan seseorang menjadi semakin matang. Apa yang sudah berlalu dan melambai pergi hanyalah satu memori yang akan senantiasa terpahat di hati. Namun, setiap memori yang melakar indah sudah pasti menjadi satu kenangan yang sukar dilupakan.
Deruan angin yang kuat di kala petang itu, sedikit pun tidak menganggu Ireanti yang sedang duduk termenung ditepi tasik. Pandangan Ireanti kian jauh merenung ke arah kawan-kawannya yang sedang seronok bermain kayak dengan teman istimewa masing-masing. Hanya dirinya sahaja bersendirian tanpa ditemani olah sesiapa. Timbul secalit perasaan yang seakan cemburu dengan kebahagiaan kawan-kawannya yang menemui cinta di situ. Namun, Ireanti tidak pernah kesal ataupun kecewa dengan hidupnya, dia turut tumpang gembira atas kebahagiaan kawan-kawannya yang sedang bermain cinta dengan teman sekampusnya juga. Ireanti yakin dengan perasaannya cinta yang tulus akan hadir jika diri itu benar-benar yakin kecintaannya pada Allah tidak akan putus. Dia redha dengan ketentuan Allah untuk mengaturkan jodoh yang terbaik untuk dirinya. Hanya doa yang mengiringi Ireanti untuk terus tabah mengharungi liku-liku hidup. Walaupun hanya kerana cinta yang tidak pasti, Ireanti seringkali juga disindir sinis kerana hanya dia seorang sahaja yang belum bertemu cinta. Kadang-kadang sindiran ataupun gurauan kawan-kawannya menusuk kalbu hatinya, Ireanti sedar yang dia hanyalah manusia biasa yang tidak mampu untuk menagih kasih dan sayang manusia. Dia tidak mampu untuk mendapatkan kebahagiaan dari insan yang bergelar manusia, tetapi dia mampu untuk mengih cinta yang hakiki dari Allah.
Walaupun seringkali disindir, Ireanti hanya akan berdiam diri dan mengendahkan perkara begitu,  kerana dia tahu yang dia tidak layak dibandingkan dengan teman-temannya yang cantik dan mempunyai pakej daya tarikan lelaki. Bagi Ireanti, semua itu hanyalah sementara dan satu penipuan dunia. Cinta yang benar-benar kekal dan abadi adalah apabila seorang lelaki itu ikhlas dan tulus mencintainya kerana Allah dan berhasrat mengambilnya menjadi teman yang sah. Cuma dalam jangka masa yang terdekat, dia masih belum menemui lelaki yang dimaksudkannya. Dalam dunia yang serba moden dan canggih, memang sukar untuk di cari, tetapi untuk berharap juga tidak menjadi satu kesalahan. Percaya dengan apa yang diaturkan dan sabar menitip saat bahagia yang pasti akan muncul suatu hari kelak.
                  *********************************************

btw :  untuk part seterusnya, PART 2 boleh ( KLIK SINI )

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

2 sUntiKaN sEmaNgaT:

Amirul Nadzri said...

masih kabur2 jalan cerita..nampak sikit2 je..haha.. pandai ye bagi orang excited nak tahu next part.. ok, gue sabar tunggu..huhu

MisS BubBLe said...

hehe, sowi kalo kabur2.. tunggu taw, kalo xbest nanti komen taw :)

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta