Phewww...tiup angin sikit kasi sejuk, sejuk hati bukan sejuk badan daa... Baru hari ni nak update pasal final exam. Actually dah lepas 2 paper, sekarang tinggal lagi 1 more paper which is ELectrical Installation Design pada 11 januari nanti. Waktu first paper, terus kena hentam dengan 2 subjek, pagi petang. Memang dasyat penangan 2 subjek ni. Tak tahu nak cerita macam mana, dah study hard tapi entah macam mana boleh ter blank pada sesi petang :(
Waktu sesi pagi (power Electronic system and drives) Alhamdulilah, bolehlah jawab dengan smooth walaupun ada juga yang tersekat2 daya ingatan, too much of calculation. Then lepas pukul 12 tengahari balik ke bilik untuk prepared next paper sesi petang pukul 2.30. Waktu tu dah belek2 nota, tengok teori apa yang masih perlu diingat, dan waktu pukul 2 petang dah rasa something wrong. Kepala dah mula pening2 sikit, tapi diteruskan juga menuju ke dewan exam dengan hati yang kental walaupun dah rasa penat otak untuk sesi pagi.
Helaian demi helaian dibuka, dan dijawab tapi tiba part no 3, Ya Allah..hanya tuhan je tahu macam mana perasaan waktu tu, tiba2 blank dan kepala sakit sangat. Agak lama stop kat situ, fikir dan terus memaksa otak. Maaf si otak kerana terlampau memaksa tapi apakan daya. Ku cuba juga untuk selesaikan di saat akhir. Hati sikit kecewa kerana banyak yang tersekat walaupun Miss BUbble dah cuba untuk menghabiskan semua soalan. Hanya berserah agar lecturer pemurah. Pliz pray for me...
Tak tahu nak cakap memang worse sangat hari tu, kepala yang makin sakit waktu masa dah nak hampir tamat. 3 jam yang diberi, dengan kepala sakit, tambah meja bergoyang dan gangguan orang lalu lalang keluar ke tandas melintasi mejaku..apakan daya...halangan dan dugaan, kalau lah boleh waktu tuh nak je cakap..plezz dont disturb me..i wanna calculate this until finish... :(
Tak pernah rasa sesakit itu, sepatutnya pengurusan lebih consider untuk susun jadual lebih teratur. Setiap kali exam mesti ada 2 subjek untuk 1 hari. Kenapa nasib malang setiap sem??? harap2 next paper i can do well and then focus PSM after that.. Hope everything gonna be ok.. huhu!~
0 sUntiKaN sEmaNgaT:
Post a Comment