Soal Hati dan perasaan memang sukar untuk kita luahkan, tapi hanyalah diri kita sendiri yang merasainya. Hati kita yang di beri oleh Allah , menyingkap pelbagai perasaan, marah, cemburu, kecil hati dan macam-macam. Kita yang meminjam hati ini harus pandai mengawal keadaan agar hati kita tidak merasa sakit dan tercemar. Mungkin ada segelintir yang mempunyai perasaan mudah berkecil hati, same like me. Memang akui diri ini yang lemah dan tersangat sensitif. Sesungguhnya hati kecil ku ini terlalu cepat untuk terasa dan berkecil hati terutama dengan kawan2.. Kenapa terjadinya sebegini? Kerana berkecil hati itu adalah sifat normal bagi seorang manusia.
memang ramai antara kita cepat terasa dan perasaan ini tidak salah. Kadang2 kita perlu melayan rasa ketidakpuasan hati. Jika kita membiarkan begitu, pasti akan timbul rasa dendam ataupun sikap buruk. Melayan sifat berkecil hati maksudnya kita sedar kita sedang berkecil hati dengan sahabat kita, mungkin kita boleh ambil alternatif untuk meluahkan rasa ketidapuasan kita ataupun segelintir antara kita segan dan malu untuk meluahkan. Jadi kita sendirinya perlu kuat, cuba menarik nafas panjang2, pejam mata dan istighfar. Mungkin perlu juga untuk menjauhkan diri seketika, agar hati kita akan terubat. Dan mungkin juga ada yang menanti untuk dipujuk. Kalau tidak dipujuk, maka makin parahlah hati kita. Sebagai manusia, kita juga punya perasaan berkecil hati dan sebagai manusia kita juga perlu menundukkan ego kita dengan memujuk kawan kita.
Biarlah kawan kita itu tidak begitu penting dalam hidup kita sekarang, tetapi ingatlah sebarang kemungkinan ataupun benda pada masa hadapan bukan kita yang tentukan. Mungkin pada masa hadapan, kita pula yang akan rasa berkecil hati, dipinggirkan dan merasa dijauhi serta berseorangan. Orang yang mengecilkan hati kita mungkin antara sedar ataupun tidak. Antara tidak sedar kerana dia yakin dia mempunyai teman2 yang lain di sisinya, dan tidak perlu dia memujuk pada yang seorang ini. Dan antara yang sedar dia akan cuba merendahkan egonya dan mengambil balik hati temannya. Ingatlah walaupun sekarang kita masih boleh bergelak ketawa, bersuka ria dengan membiarkan teman anda berkecil hati, kemungkinan juga kita akan turut merasainya nanti.
btw: antara sedar ataupun tidak , ataupun kita sebenarnya bergembira di atas kesedihan teman kita yang tidak mempunyai tempat bergantung seperti dulu...Renung2 kanlah~
3 sUntiKaN sEmaNgaT:
kita kena tough kan ? :'3
@sabella
yerp2, kena tough...tp nk mnjadi nye tough sgt la susah..untung kalau org yg hati kental kan...
Saya ade problem saya kalau g mne2 cam tusyen ke skolah ke kenduri ke rumah saudaramara ke everywhere la saya selalu dipinggirkan mean cam dorang akan sembang dngn kakak saye or kalau time tu sye dgn kwn saya org akan smbng dngn kwn sye je mcm saya ni x wujud dlm kelas pon sye tu sebelah kwn sye ni ramai org suka borak dngn dia tp x ramai nk ckp ngn sye . Sye dh cuba nk buat ramai kawan sye cuba pegy tmpt dorang borak2 tp hasilnya x de pape pon . Saya dh penat mulakan perbualan dngn org asyik saya je . Hmm ape yg patut sye buat :'(
Post a Comment