Alhamdulilah, selesai sudah PSM 1 (Program Sarjana Muda) semalam, dengan berakhirnya presentation. Gemuruh, takut dan macam-macam perasaan ada sebelum nak present proposal projek depan 4 orang panel pulak tu. Bukan calang-calang panel. Lagi bertambah ketar lutut bila orang2 sebelum zaty present disoal dengan bermacam-macam soalan, sampaikan ada panel gelak kerana tahu jawapan yang diberikan oleh student salah. Kira memang panel hentam student cukup2 lah. Bila sesi soal jawab, kat situlah macam-macam soalan panel akan tanya dan akan persoalkan kita punya projek.
Waktu turn zaty present, kononnya nak eye contact la kan, tapi panel2 tak ada pun nak pandang sangat slide kat depan yang zaty present, dieorang tengah fokuskan slide yang kiteowang dah bagi sebelum present. So, apa yang kita akan cakap dieorang akan teliti kat slide sama ada betul, logik ataupun masuk akal apa yang kita planning pasal projek. Selesainya part conclusion maka bermulalah sesi soal jawab. Hati dah berdebar, tapi senyum je. Memang dalam hati redha je ni, yang pasti kena senyum tak tunjuk muka cuak. First kena tanya pasal sensor, jenis sensor apa nak guna untuk display bacaan speed motor tu. Then kat situ ada complicated sikit, sorang panel ni je yang tanya zaty, dan syukur la dia tak hentam habis-habis dia cuma explain sikit n suggest.
Lepas soalan pertama, zaty pandang semua panel tunduk ke bawah, haha..then zaty tanya la "any question?", pastu semua cam senyap, then panel tadi jugak pun tanya la satu lagi soalan memandangkan barisan panel lain tak tahu nak tanya apa kot, alhamdulilah jawapan untuk soalan kedua ni dapat pujian good. Wah, lega sangat rasa dalam hati ni. Hanya Allah yang tahu, dan bersyukur sebab tak jadi macam rakan-rakan yang lain ada yang kena tukar tajuk, hampir ditolak proposalnya, dipertikaikan dan macam-macam. Alhamdulilah sangat, dan sekarang dah boleh proceed untuk PSM 2. Nak proceed untuk order komponen dan mulakan simulink dulu.. Doakan untuk zaty ye ^_^
btw: terima kasih dekat supervisor, awal2 pagi lagi Dr. dah msg tanya pasal presentation semalam..hee~
0 sUntiKaN sEmaNgaT:
Post a Comment