Salam & Olla :)
Entri kali ni berkisarkan senyuman, senyuman manis anda yang terukir di sebalik wajah anda yang comel..hehe. Satu perkara yang mudah namun ada kalanya ia menjadi begitu sukar. Mengukir senyuman di bibir kadang kala menyembunyikan kedukaan tersembunyi di dasar hati. Namun hanya diri ini sahaja yang mengerti. Senyum untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain.
“sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiaka hatiku”- Abu Darda
Namun, ada juga pepatah menyebut:
1. 1. Janganlah terlalu banyak ketawa, kerana terlalau banyak ketawa akan mematikan hati.
2. 2. Senyummu di kala bertemu saudaramu bernilai sedekah, meskipun sekadar menampakkan wajah ceria di saat kau bertemu dengan saudaramu
Walau bagaimanapun, ada juga manusia yang membuatkan kehidupannya menjadi muram bahkan mereka yang berada di sekelilingnya juga turut merasainya hanya kerana sifatnya yang gemar membesarkan perkara kecil.
Jiwa yang sentiasa menguntum senyuman akan melihat kesulitan dengan penuh ketenangan dan kelapangan sambil terus mengorak langkah untuk mengatasinya. Jika mereka berdepan dengan sebuah simpulan persoalan, mereka akan menguntum senyuman.
(Model senyum sekejap..)
Apa jua keadaannya, cubalah untuk menguntum senyuman agar kehadiran kita di pandangan orang disegani. Walupun diri kita menangis tapi biarlah kita dilihat bahagia dan ceria di depan orang. Marilah kita senyum untuk diri dan juga orang lain.
btw: Cubalah untuk senyum walau dalam apa keadaan sekalipun, dan anda pasti akan gembira jika orang lain membalas senyuman anda :)
0 sUntiKaN sEmaNgaT:
Post a Comment