Saturday, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah buat teman2!

Salam & Olla semua:)

         Alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah....syukur umur kita masih lagi dipanjangkan untuk bernafas dan melihat dunia yang sementara ini. Hari ini merupaka tahun baru dan lembaran baru buat kita wahai umat islam. Sama-sama kita menghayati dan melakukan anjakan paradigma. Walaupun diri ini yang tidak sempurna, tapi yang pasti niat dan berazam untuk menjadi jauh lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga tahun baru ini dapat menjadikan Miss Bubble orang yang baik, sabar dan lebih berfikiran terbuka. Elakkan lah diri ini bersangka buruk dan terasa hati dengan kawan-kawan. Semoga dapat tahan segala dugaan dan ujian..
         Walaupun tahun baru ini amat bermakna buat kita umat islam, tapi sebenarnya adakah Maal Hijrah ini bermakna buat semua yang bergelar islam? Ada tak perasaan takut dalam diri kita andai tahun baru ini sudah tidak wujud buat kita? Pernah tak kita terfikir yang keseronokan yang kita kejar di dunia ni hanyalah sementara, bila-bila masa sahaja akan di tarik..Banyak yang sudah hanyut dengan duniawi, islam atas dasar nama tapi tikar sejadah, kain telekung hilang terbang entah ke mana..Adakah ini islam yang kita warisi..
          Wahai umat islam sekalian, bukalah mata dan lapangkanlah dada untuk terima segala ajaran yang dituntut oleh Allah. Teruskanlah beramal dengan amalan wajib, solat lima waktu sebagai tanda kita bersyukur dan menghargai kepada nya kerana meminjamkan dunia ini pada kita. Fikirlah tanpa ciptaanNYA tidak mungkin kita dapat merasa nikmat atau kemewahan di dunia ini,..renungkanlah sejenak..apa yang kita miliki sekarang, rupa paras, harta, wang itu semua hanyalah kemewahan sementara. Kejarlah kemewahan dunia akhirat, bersujudlah kita pada yang satu..Pohonlah keampunan padanya..Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang islam dan teruskanlah beramal dengan ibadah wajib yang dituntut olehnya. Sama-sama kita renung dan istiqamah :)


btw: Bercakap bukan sekadar cakap kosong, tapi sekadar renungan dan peringatan buat semua.Kita hanyalah insan yang lemah dan tidak sempurna..:)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta