Sunday, 27 November 2011

Terpinggir atau sendiri yang meminggirkan?

Salam & Olla :)


      Jam sudah mula menghampiri pukul 1 pagi, mata masih lagi segar dengan menatapi facebook yang pasti tiada apa-apa yang menarik untuk di tatapi. Hanya jeajri ini yang terasa aktif untuk menaip entri lewat malam. Idea tercetus untuk meng update dan meluahkan apa yang terbuku di hati dan persoalan di minda. Pernah beberapa hari yang lepas, Miss Bubble pernah terpacul satu statement pada seorang kawan Miss Bubble " hidup di kampus memang kena independent dan hidup sorang2 kan " Tapi kawan Miss Bubble menjawab " tak nak sorang2," so macam tu juga lah Miss Bubble, tak ingin berseorangan mahupun bersendirian walaupun umur dah meningkat. Tapi hakikatnya memang kena terima yang kita tak boleh nak mengharapkan kawan2 kita selalu ada dan selalu bersama kita 24 jam. Kawan2 di kampus memang tak sama dengan kawan2 di hostel, sangat berbeza situasinya kerana di hostel sudah tentulah terbatas kan. Apabila bercerita soal kampus, semuanya sudah mula membawa haluan masing2, semuanya ke arah membina masa depan dengan orang tersayang @ bf/gf.
         Mata merenung tajam jauh melayani fikiran, apa yang bermain di fikiran Miss Bubble di waktu petang itu...? Miss Bubble merasakan sudah kehilangan kawan2 yang dahulunya banyak bersama tapi sekarang sudah lenyap dan semakin lenyap. Adakah sebab perbuatan Miss Bubble sendiri yang kadang kala mengelak untuk menghabiskan masa bersama atau pun sebaliknya. Semestinyalah Miss Bubble tak patut nak menghalang, tapi kadang2 Miss Bubble buntukan kawan2 untuk menyokong dan membantu Miss Bubble hidup di perantauan ini. Sebab?? sebab Miss Bubble memang tak kuat untuk berseorangan, Miss Bubble masih lemah untuk melalui semuanya keseorangan. Sebab itu Miss Bubble perlukan kawan2 menyokong Miss Bubble. Sebelum ni dah bersyukur dengan segala pengorbanan dan bantuan kawan2 semua.
         But now..semua dah banyak bawa haluan sendiri, time weekend mesti Miss Bubble prefer nak buat perintah berkurung kat biik je, sebab dah tahu kawan2 mesti nak habis masa dengan orang tersayang kan. Bila ada masa free je mesti semua nak happy dengan lover2 kan, so Miss Bubble rasa baik Miss Bubble elakkan diri dari awal-awal, berkurung kat bilik tanpa khabar berita sebab mesti tak ada orang cari Miss Bubble punya..hahha, Miss Bubble tak ada special one,..tapi ada special two je..iaitu my dad n my mum..!!!
Tak tahulah nak cakap apa, tapi sunyilah juga bila terpaksa layan hati sensorang gini, lambatnya nak habis belajar, mungkin banyak lagi pengalaman lain bakal mendatang..
         Miss Bubble bukan nak merungut ke apa, tapi tu la ini cuma perasaan Miss Bubble je. Dah kita tak dapat nak buat apa-apa kan, bila kita perlukan seseorang tut-tut orang semua dah tak ada. So, apa perasaan kita? Bila tengok orang lain, elok ja berkepit dengan teman2 dia..cuwiit..macam kenangan Miss Bubble sem 1 dulu, selalu berkepit je dengan ex-rumet..makan sekali, pergi mana2 sekali, keluar sekali..jogging sekali..every hours we spent together (mungkin sebab semua tak ada pakwe kot) hihihi... Tak apalah korang, Miss Bubble tak marah dan jangan marah Miss Bubble pula ok..Semua berhak buat keputusan, kamu dah besar dah boleh bawa diri dan haluan masing-masing. Semoga semuanya bertemu kebahagiaan yang hakiki. :)



btw: ish3..mesti bosan baca entri panjang..asyik luahan hati je..tapi biarlah sebab nii blog a.k.a cinta hati Miss Bubble..tmpat luahan segalanya...peace!!
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah buat teman2!

Salam & Olla semua:)

         Alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah....syukur umur kita masih lagi dipanjangkan untuk bernafas dan melihat dunia yang sementara ini. Hari ini merupaka tahun baru dan lembaran baru buat kita wahai umat islam. Sama-sama kita menghayati dan melakukan anjakan paradigma. Walaupun diri ini yang tidak sempurna, tapi yang pasti niat dan berazam untuk menjadi jauh lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga tahun baru ini dapat menjadikan Miss Bubble orang yang baik, sabar dan lebih berfikiran terbuka. Elakkan lah diri ini bersangka buruk dan terasa hati dengan kawan-kawan. Semoga dapat tahan segala dugaan dan ujian..
         Walaupun tahun baru ini amat bermakna buat kita umat islam, tapi sebenarnya adakah Maal Hijrah ini bermakna buat semua yang bergelar islam? Ada tak perasaan takut dalam diri kita andai tahun baru ini sudah tidak wujud buat kita? Pernah tak kita terfikir yang keseronokan yang kita kejar di dunia ni hanyalah sementara, bila-bila masa sahaja akan di tarik..Banyak yang sudah hanyut dengan duniawi, islam atas dasar nama tapi tikar sejadah, kain telekung hilang terbang entah ke mana..Adakah ini islam yang kita warisi..
          Wahai umat islam sekalian, bukalah mata dan lapangkanlah dada untuk terima segala ajaran yang dituntut oleh Allah. Teruskanlah beramal dengan amalan wajib, solat lima waktu sebagai tanda kita bersyukur dan menghargai kepada nya kerana meminjamkan dunia ini pada kita. Fikirlah tanpa ciptaanNYA tidak mungkin kita dapat merasa nikmat atau kemewahan di dunia ini,..renungkanlah sejenak..apa yang kita miliki sekarang, rupa paras, harta, wang itu semua hanyalah kemewahan sementara. Kejarlah kemewahan dunia akhirat, bersujudlah kita pada yang satu..Pohonlah keampunan padanya..Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang islam dan teruskanlah beramal dengan ibadah wajib yang dituntut olehnya. Sama-sama kita renung dan istiqamah :)


btw: Bercakap bukan sekadar cakap kosong, tapi sekadar renungan dan peringatan buat semua.Kita hanyalah insan yang lemah dan tidak sempurna..:)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Friday, 25 November 2011

"Lecturer-student relationship, anything wrong?"

Salam...
bersua di entri ini hanyalah untuk berkongsi apa yang bermain di fikiran dan ini adalah pertandingan esei yang miss Bubble join.  Hasilnya, saya curahkan dalam versi bahasa melayu..Jom sama-sama baca:


Segalanya mungkin berlaku tanpa kita duga dan pinta. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya dan juga rahsia yang tersembunyi di sebaliknya. Apabila kita bersoal  tentang cinta, pasti wujudnya banyak persoalan mengenai cinta. Sebagai manusia sudah menjadi lumrah kita dikurniakan perasaan ingin berkasih sayang dan saling mencintai, namun pada siapakah cinta kita itu akan mekar subur . Cinta dan sayang itu buta kerana di saat perasaan ini hadir, kita tidak dapat melihatnya dengan pancaindera namun hanya hati yang berdetik tatkala cinta itu berputik. Cinta juga pasti wujud di hati sesiapa tanpa mengira pangkat, darjat, ataupun umur.
 Hubungan kasih dan sayang antara pensyarah dan pelajar juga sudah menjadi kebiasaan pada era globalisasi ini. Apakah menjadi kesalahan jika seorang pelajar mempunyai hati dan perasaan pada pensyarahnya atau juga sebaliknya? Dari sudut mentaliti saya, hubungan seperti ini secara lansungnya tiada salah atau cacat celanya. Hubungan antara pensyarah dan pelajar bukanlah terbatas hanya di kampus ataupun kolej. Pensyarah bukan sahaja sebagai pendidik dan pelajar juga bukan sekadar pelajar yang menuntut ilmu dari pensyarahnya, namun pelajar juga berhak untuk menagih cinta dan sayang dari pensyarahnya. Selain itu, perasaan cinta yang wujud antara pensyarah dan pelajar tidak dapat dinafikan kerana mereka juga hanyalah manusia biasa yang mempunyai perasaan dan hati. Mereka layak untuk memiliki anugerah cinta, kerana cinta itu buta dan tidak terbatas asalkan hubungan cinta tidak dicampur dengan urusan belajar di kampus. Di samping itu, hubungan ini tiada salahnya asalkan tidak menganggu hubungan orang lain. Andai itu memang ditakdirkan jodohnya, jadi siapalah kita untuk melawan takdir dan qada Allah.
           Konklusinya, sesuatu hubungan yang tulus ikhlas serta diredai pasti menjanjikan kebahagiaan suatu masa kelak. Andai wujudnya cinta antara pensyarah dengan pelajar, maka benarkanlah hati untuk menerimanya seperti kata pepatah anyamlah buih buih di lautan demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

ok..kat sini nak tag:

Cik domo


btw: Sekadar mencuba nasib dan berkongsi pendapat :)

internet di sini sangatlah slow sampaikan lambat nak hantar benda ni..huu
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Segmen 'Pada Pendapat Saya' (2)


Salam & Olla semua blogger :)

Mesti dah tengok banner yang tertempek kat atas tu kan. Hah, agak-agak dah boleh agak apa benda? Actually Miss Bubble dengan bangganya malam ini rajin sangat nak join segmen. Sebab sebelum ni asyik join giveaway dan contest je, so why not Miss Bubble support this bloggie dan join dia punya segmen.Tajuk perbincangan yang sangat menarik. Jeng-jeng.jeng..tajuknya ialah......"Apakah ciri-ciri Pasangan Yang Perfect Bagi Korang". dah tahu tajuk, jom tengok apa agaknya pendapat Miss Bubble:

Pasangan yang perfect, itu tak tahulah..tapi bak kata pepatah jodoh sudah ditetapkan cuma masa dan waktu sahaja yang kita tak tahu. Kalau Allah dah kata sekarang kita akan bertemu jodoh maka bertemulah kita,.Yang pasti kita tak tahu bila agaknya kan, tapi berusaha untuk mencari pun tak salah :)

1. Pasangan saya mestilah seorang yang beragama dan berpengetahuan
* Ini sangat penting bagi saya untuk membina sesuatu hubungan yang kekal, berpegang kuat pada agama agar saya tidak terumbang ambing dengan arus dunia yang macam-macam ni. Bila dah beragama dan berpengetahuan sudah tentulah dia berfikiran matang, rasional dan penyabar kan:)

2. Pasangan saya mestilah yang berkerjaya
* Maksud berkerjaya di sini ialah mempunyai pekerjaan yang tetap dan mampu menyara saya dan juga keluarga yang akan saya bina nanti. Duit ini penting untuk masa depan, kadang-kadang duit tak cukup pun boleh meruntuhkan rumah tangga..huuu.

3.Pasangan saya mestilah penyayang dan romantik
* sangat suka dengan peribadi macam ni, seronok kalau ada yang sayang kita kan. Romantik pun penting sebab bila kita merajuk nanti senang ada yang pujuk, maklumlah saya ni jenis kuat merajuk..hehe:)


Hmm, rasanya dah cukup 3 point rahsia pasangan idaman Miss Bubble. Itu cumalah idaman, tapi tak tahulah apa yang telah ditetapkan. So, berdoalah untuk mendapat pasangan yang baik ok :)



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday, 22 November 2011

Lindungi Hatinya

Salam & Olla:)

Syukur hari ini dapat tidur dengan lena sambil ditemani hujan dari semalam tidak henti-henti membuatkan cuaca sejuk dan enak je tidur. Dalam keenakan tidur semalam, tiba-tiba Miss Bubble terfikirkan sesuatu yang masih belum selesai. Perkara itu mulai terngiang-ngiang, dan wajahnya datang melintasi. Tapi kenapa, Miss Bubble boleh terfikirkannya. Salah ke kalau Miss Bubble melarang hati Miss Bubble dari di cintai orang lain. Orang yang tidak sepatutnya menyayangi Miss bubble. Miss Bubble tidak mahu perasaan sayangnya makin kuat, sesungguhnya tidak mahu hatinya menyayangi diriku. Kamu tidak boleh dan tidak sepatutnya ada perasaan itu, think about your wife.. and i never like you.. Seriously, Miss Bubble tak ada perasaan dan kadang-kadang menyampah bila dia cakap sesuatu yang rasanya tidak patut terjadi. i'm always remind you that, we never have a special relationship and not more than friend. Ok, first kamu cakap kalau tak boleh special, kamu nak saya jaid adik angkat, tapi saya still tak terima sebab saya tahu, perasaan cinta akan wujud dan sayang yang membuak-buak..
          Juz an excuses bila kamu cakap nak juga jaga saya sebagai adik kalau tidak boleh lebih, tapi mana janjinya. Saya nampak kamu still memendam perasaan, jadi memandangkan saya memang tak suka macam ini dan tak nak apa-apa buruk berlaku, lebih baik saya melarikan diri kan. Apa pun alasan kamu, sekarang kamu demam panas kan..saya tahu saja nak mabil perhatian dari saya..tapi i will never reply your message, cause i promise to my friend that i'll try to stop from contct you anymore.. Kamu dah cukup aksih sayang dari family yang kamu bina kan, jadi jagalah mahligai itu.. Semoga Allah lindungi hatimu dari mengingatiku.. Always pray for da best!


btw: Sama-sama lindungi hati kita..Jangan salah meilih dan jangan salah membuat keputusan:)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Saturday, 19 November 2011

saya busy!

Salam & olla :)

        Missing this blog so much taw x...Mestilah tak tahu, korang bukannya up-to-date dengan blog Miss Bubble kan, kecil hati tak ada orang tanya khabar apa jadi dengan Miss Bubble sekarang..haha, tak ada apa sebenarnya.Hidup pundah randah..kenapa?? Banyak kerja la sayang..Assignment tambah kerja pasal kolej lagi. Sekarang tengah handle pertandingan mencipta logo dan juga pencarian sidang redaksi. Fuh, tiap2 hari kena announce kat group..Bukan senang nak minta kerjasama pelajar ni. Ada yang ikut, ada yang nak provoke je kerjanya tapi tak buat apa yang di suruh. Bila dah cakap tarikh tamat, mulalah bagi alasan "ala tak sempat lah, tak boleh lagi ke" Itu semua mengada kan, kerenah pelajar lah ni.. Miss Bubble tahu semua ni dugaan bila kita dah pegang satu tanggungjawab, tapi sabar nanti kita orang tak lama lagi akan letak jawatan juga. Miss Bubble kecewa sangat bila tengok kerenah tahun akhir, Miss Bubble tahun 3 tak boleh nak paksa diaorang untuk follow instruction yang Miss Bubble minta semua buat pilihan untuk pilih siapa yang layak menang logo tu. Ada yang nak provoke, tapi tak bantu untuk memilih pun. Kadanga2 nampak macam dia orang sengaja buat kita orang macam ni. Masa dia orang pegang jawatan, tak ada pun kita orang nak membantah. I know la kamu semua tahun akhir, tapi tak payahlah nak tunjuk otai sangat kan. Kita orang tak ada pun nak buat macam tu kat junior2..tak tahulah apa yang korang nak, publisiti ke apa. Minta2 la dibukakan pintu hati dan mata diaorang untuk sedar kesilapan dia orang yang hanya pandai cakap dan cari kelemahan orang tapi tak ada solusi atau inisiatif untuk membantu kami. Ok la korang, nanti Miss Bubble update lagi..lagipun hati ni pun ada terasa dengan kawan, tapi nak buat cane..dialah yang kena jaga hatinya..tambah lak tak baik terasa hati dengan orang. So pray for me to be strong enough :)


btw: always pray for me to be strong & independent :))
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday, 13 November 2011

sOmething weird!

saLam & olla:)

hari ni semua mesti banyak post kat fb kan cakap homesick la rendu rumah la apa..ermm, tapi Miss Bubble tak post kat fesbuk, cuma cakap kat hati sendiri jee..haha..macam biasalah kalau balik rumah, then nak datang kampus balik, confirm2 la macam liat kan..tambah2 baru lepas raya aidiladha, jadilah liat cam daging.. tapi kan korang2, Miss Bubble rasa weird sangat..tak tahu perasaan apa yang datang melanda ni..nak kata tak sedap hati tak juga, tapi entahlah..rasa kekosongan sangat.....
           Adakah sebab hari tu? tapi kenapa mesti fikir lagi pasal benda tu? Semuanya dah kena tolak jauh-jauh, n lupakan..Sekarang ni kena betulkan niat balik untuk belajar kan..Maybe take time untuk.........same as long time ago...i hope for a miracle, i hope everything gonna be ok..n i hope i am the happy person with my life now..
           Esok pagi ada test lab, tapi biarlah..tak ada mood nak study..jawab jela pape pun kan..Habiskan masa dengan kekawan mungkin akan hilang perasaan weird tu..bilik tak boleh nak online, ni pon merempat bilik kawan untuk update entri..ok la sayang2...bye..see u next entri..( entri tanpa gambar) :)


btw: Kena betulkan hati balik, jangan terpengaruh...InsyaAllah:)
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Wednesday, 9 November 2011

Penantian Berakhir

Kalau dulu kau bilang
aku lah yang dinanti...
aku lah permata di matamu..
aku lah yang diharapkan...
tapi kini sekian lama
masa berputar dan terus berputar..
hatimu juga turut berubah..
Apa sudah bosan engkau menantiku..
Apa sudah hilang segala sayangmu..
Ku mengerti
Panantian yang terlalu lama
membuatkan dirimu berubah
hatimu sudah dicuri..sudah dihiasi bunga cinta lain
Saat hati ini cuba memberi peluang
Segalanya mulai musnah..
Langkahku bagaikan terhenti seketika,
Berfikir sejenak..
Adakah kerana aku membiarkan begitu lama
hinggakan ruang setia dalam drirmu sudah tiada lagi untukku
Sayang..beribu kali sayang
Peluang yang selama ini ku lepaskan
Apa yang ku harapkan
Kini hancur musnah..
Salah ego ku kerana terlambat melafazkannya..
Bila hati ini cuba mendekati
Ku sedar bayanganmu makin menjauh
dan kini ku sedar...
Penantian engkau sudah berakhir
Dan aku kini                                                          
Bagaikan layang-layang yang sudah terputus tali
Terus terbang tanpa tujuan....


















btw: Siapa yang faham isi hatiku sekarang..tahniah!
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday, 8 November 2011

Suami Orang Bukan Pilihanku!

Salam n Olla..

      Errmm, mesti semua terkejut kan bila tengok title entri macam itu. Actually, tak tahu nak cerita macam mana..tapi Miss Bubble bukanlah artis yang nak di hebohkan pasal benda mengarut ni. Semua ni mangarut dan tak masuk akal. Takkan lah Miss Bubble nak bercinta dengan suami orang kan, Miss Bubble pun ada juga taste dan faham perasaan si isteri kalau suaminya di rampas. Tapi dekat sini, Miss Bubble nak tekan kan yang Miss Bubble lansung tak ada hati atau perasaan pada seseorang yang bergelar suami. Pleaselah....Miss Bubble masih student dan kadang-kadang belum matang untuk terjebak dengan benda-benda macam ni. Miss Bubble buntu sekarang ni macam mana nak elakkan diri dari LELAKI ini yang sudah bergelar suami dan mempunyai anak satu. Mesti semua yang tak tahu cerita akan tuduh Miss Bubble gatal ke apa, tapi seriously Miss Bubble tak tahu nak bercerita macam mana. Sekarang ni Miss Bubble berharap sangat dijauhkan dari orang ini, jangan ganggu Miss Bubble lagi. Dah bermacam alasan Miss Bubble bagi tapi lelaki ni tetap mesej dan call. Tapi Miss Bubble buat tak endah je, sebab Miss Bubble dah cakap awal-awal tak nak jadi perosak rumah tangga orang lain. Miss Bubble faham sangat perasaan wanita yang sudah berkahwin semuanya mahupun keluarga bahagia kan. Kesian lak kat anak dia yang comel tu, baru setahun lebih. Miss Bubble tak nak terbabit dengan semua ni, cuma sekarang macam mana lagi Miss Bubble nak buat agar dia dah tak ganggu Miss Bubble. Lelaki ni pernah hantar mesej dah tak nak ganggu tapi tut tut muncul lagi. Bila tanya dia cakap tak boleh nak lupa macam tu je, dia nak ambil Miss Bubble jadi adik angkat dia. Dia cakap dia sayang isteri dan anak dia, tapi dia juga sayang Miss Bubble.Tapi masalah sekarang, Miss Bubble lansung tak ada perasaan sayanga taupun keinginan untuk ada apa-apa hubungan atau ikatan dengan dia. Hanya Allah yang tahu macam mana perasaan takut Miss Bubble setiap kali bayangan dia datang melintasi fikiran. hmmm, mesti semua nak tahu kan macam mana Miss Bubble boleh kenal lelaki ini? dah lama Miss Bubble nak bercerita pasal masalah ni, tapi kekangan masa. So, untuk entri ni biarlah ini je Miss Bubble kongsikan bersama, hopefully korang-korang semua doakan ya semoga Miss Bubble dapat elakkan dari dia dan biar dia lupakan Miss Bubble. Hati Miss Bubble akan tenang kalau tiada mesej or call dari dia. Miss Bubble tak nak apa-apa ikatan lansung, Miss Bubble cuma nak fokus pada pelajaran je..Tolonglah faham dan jangan buat hidup saya tertekan dengan paksaan awak...

Inilah anak dia baju merah tu, comei sangat kalau dia berkerut..:)


Kain tu nak lap air liur dia suka meleleh..hee;)


btw: Miss Bubble tak benci budak ni, dia tak bersalah..tapi rendu nak peluk lagi aqib :)


~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

takut dan takut

Salam..oLLa sume:)
 
     Di saat Miss bubble menekan keyboard ini, sudah pasti kalian semua sudah enak di buai miimpi..sesekali Miss Bubble menjeling ke arah anak jam, yang tidak putus-putus untuk berputar jarumnya. Namun, mata Miss Bubble tetap segar penglihatan dan masih belum cukup lemah untuk berehat. Sesekali terlintas dibayangan, bagaikan ada sesuatu yang bermain di kotak kecilku. Ku rasakan ada sesuatu yang aneh, ku rasakan bayangan itu datang menghampiri dan menganggu hidupku. Biarpun ku cuba melarikan diri, namun ku tak terdaya melawan semua itu. Kata-katanya, bayangannya, wajahnya datang melintasi fikiranku. Otakku masih terngiang-ngiang apa yang pernah dibicarakan olehnya,.Aku kelu untuk mencari jalan keluar, sesungguhnya aku merasakan takut yang teramat,..takut yang menyelubung diriku, kerana bimbang akan sesuatu yang buruk. Hadirnya seorang teman  yang cuba membantu dan menenangkanku, namun hanyalah seketika. Setiap kali kucuba jarakkan dan kosongkan minda..ketakutan itu datang kembali, pelbagai alasan dan kata-kata ku cuba bicarakan agar dirinya tidak mengangguku, tapi semuanya tidak berhasil..Lantas aku kelu, tidak tahu untuk berbuat apa lagi. Hanya ku pohon dan berdoa agar diri ini dilindungi dan dijauhi dari sebarang kejahatan..


btw: i will story u later bout diz..more details later..otak bercelaru skunk...huu~
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Tuesday, 1 November 2011

Minggu Laluan Test!

Olla sume....:)

        Missing u all la...especially my blog yang comei ni..Haha..Alhamdulilah, program memancing yang diadakan pada sabtu lepas berjalan dengan lancarnya..Sambutan memang boleh tahan lah, ramai je yang bertungkus lumus memancing..tapi sekarang Miss Bubble tak nak cerita lagi pasal Festival Memancing tu, sebab kalau nak cerita benda tu memang panjanglah. Lagipun mood sekarang bukan nak menghadap blog, tapi nak study..
      

       Kenapa? owh, nak cakap Miss Bubble poyo erk..nak study konon..haha, bukan saja2 nak study la sayang2 semua, tapi minggu ni Miss Bubble ada test. Boleh dikatakan setiap hari ada test. Semua lecturer berebut2 nak curi masa Miss Bubble nak buat test..huuu, sabor jela.. Kepala yang baru je lepas selesai Festival memancing, tiba-tiba kena fikir pasal test pula..Ni lah student namanya..Lepas tension jawab semua test barulah boleh berseronok balik rumah rayaaaaaaaaaaaaa...yuhuuu..
        Ok la, kawan2 jangan lupa doakan Miss Bubble dapat jawab ya.Semalam dah lepas 1 paper..boleh tahan susah, banyak formula tak ingat..adooyyy...parah..i'll do the best for next test..ok.wish me luck!




btw: minggu test patutnya study, tapi kepala serabut ada masalah besar sebenarnya..tahan jee...
~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta