Sunday, 30 November 2014

Full Timetable (December)

Olla (^-^)

      Wahhh, rasa cam kepenatan je. Sebab tak melekat kat bilik dari minggu2 lepas lagi. Start balik rumah haritu, lepas tu tak berhenti kesitu kesini.. Banyak keje meneman so far. kena jadi peneman orang duk usha barang2 kawen. Kita mampu teman je, untuk diri sendiri tak tahu bila. Huhu. Oke nak dijadikan cerita memang ramai sangat kawan2 tengah nak membina rumahtangga, berderet tahun depan. Tapi malas nak cerita lagi. Itu tahun depan punya, kita cerita kat entri lain ya.

       Oke, fokus pada entri ni. Full timetable yek, timetable apa ni ? Exam ka? Timetable diri sendiri la awak. Kalau ikutkan bila i tanya my P.A, memang setiap weekend dah penuh jadualnya. So sesape yang bercadang nak ajak i pergi teman beli barang kawin ke fitting baju kawen ke..oopsss, I'm sorry. Jangan ganggu den hokeh...haha

      Actually tak tahulah excited ke tak nak habiskan tahun 2014 ni. Dah macam2 misteri dan surprise terjadi, so hopefully 2015 datang dengan baik. Continue to our topic, actually Miss Bubble banyak event nak kena pergi. Iinvitation kawen la u olls. Starting minggu ni free lagi jadual, tapi pasang niat nak rehat kat bilik nak jahit manik sikit kat dress untuk pakai waktu wedding kawan nanti. Minggu kedua pulak Miss Bubble akan ke tanjung malim, wedding kawan. Kira tido kat rumah dia la nanti. Dah burn minggu ke 2.

    Masuk minggu ke 3, hoyeahhh...family nak datang sini sebab event cousin pulak. Minggu tu cousin Miss Bubble pulak yang nak kawen dengan orang area sini. Then minggu ke 4 Miss Bubble nak balik rumah kat kelate lah.. hikhik.. kebetulan ada wedding kawan sekolah sehari lepas krismas. So, every weekend memang dah ada janji temu. Jadi, kena persiapkan diri ni, nak jumpa ramai orang. Kena diet cecepat lah nak bagi nampak selim sket..hahhaa.. Nak kasi cantek pakai apa pulak? ooopssss..



Btw: Tak dapat nak urus diri sendiri, rasa cam busy je..(bajet busy sangat). Apa2pun semoga dicember ni berlalu dengan pantas dan lancar. AMIN !

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Doa Tidak DImakbul, Jangan Bersangka Buruk

olla (*-*)

         Untuk entri kali ni saya nak share berkenaan dengan doa. Doa yang kita minta setiap hari, adakah doa kita diterima ataupun tidak. Dan adakah doa kita itu akan dimakbulkan atau pun tidak? 

Tanpa doa, bagaimana kita dapat berbicara atau meluahkan apa terbuku dalam hati kepada Allah SWT sedangkan hanya Dia yang berkuasa menganugerahkan segala keperluan manusia baik hidayah, rahmat serta rezeki.

Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang dalam kalangan saudara berdoa, mintalah bersungguh-sungguh dan jangan sekali-kali berkata: Ya Allah, Sekiranya Engkau mahu, berikanlah kepadaku. Tiada siapa dapat memaksa Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yakin kepada janji Allah

Namun tidak dinafikan ada kala kita sudah puas meminta, tetapi masih belum dapat apa yang diharapkan itu. Pada situasi begini keyakinan kepada janji Allah SWT perlu kuat kerana jika bukan di dunia, doa itu mungkin menanti di akhirat nanti. 
Memang sukar menghadapi saat di mana kita mengharap tetapi harapan tidak tercapai, tetapi jangan sekali-kali itu menyebabkan kita berputus asa. Mungkin apa yang kita sangka baik untuk kita bukan yang terbaik di sisi Allah SWT.

Bagaimanapun, dalam apa yang dilakukan hendaklah bersungguh-sungguh kerana kesungguhan itu membuktikan istiqamah kita dalam melakukan sesuatu. Dalam banyak perkara, kesungguhan berjaya melembutkan hati orang di sekeliling kita, tetapi biarlah kesungguhan dalam perkara baik.


Btw: Cermin diri adakah kita berdoa dengan cara yang betul, adakah kita sudah betul2 yakin dengan doa yang dipinta dan jangan berputus asa untuk memohon pada Allah walaupun doa kita lambat ataupun belum dimakbulkan. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik perancang :)

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta