Tuesday, 28 August 2012

Lelaki pun berkira

Olla =)

KLIK SINI jap ya !



        Korang dah baca tajuk untuk entri ni? Zaty nak cerita sikit berkaitan lelaki, maaflah kalau ada yang terasa ataupun tidak. Tapi ini secara umum nya, bukannya zaty nak mereka cerita ke apa. Lelaki kebiasaaannya kalau dah bercinta selalunya akan berkorban, maksud zaty dari segi kewangan. Iyelah dah ajak perempuan keluar maksudnya dia lah yang akan bayar ke apa, tapi ada certain perempuan tak adalah kejam sampai biarkan sahaja duit lelaki tu bayar tu bayar ni. Mestilah memahami keadaan masing-masing tambahan pula bagi golongan yang masih belajar.

       Tapi nak dijadikan cerita, bila gaduh je mesti lelaki tu akan mengungkit. Bukan sikit tapi banyak, tak habis-habis mengungkit. Seriusly terkejut tak sangka akan wujud lelaki macam ni. Si girl pula tak sangka semua benda akan diungkit dan dipersoalkan, sebab girl ni tak pernah mengharap pape, tak pernah nak minta tu, minta ni. Tapi adalah beberapa kali girl ni dapat chocolate, ada yang besar dan ada yang kecik (cadbury gitu). Lepas tu girl ni juga dapat lah bunga tisu yang si laki ni buat sendiri. Itu semua si girl tak minta and memang tak nak pada mulanya, tetapi lelaki tu cakap orang bagi kenalah terima. So, si girl terima dengan ikhlas, setiap kali dia gaduh dengan laki tu mesti dia akan ingat kat laki tu, terpandangkan bunga mesti ingat, tengok coklat pun boleh ingat. Tapi sikap buruk lelaki tu suka sangat menuduh, cemburu dan marah-marah tak tentu pasal. Bila dia dah start cemburu, dia akan cakap la si girl tu melayan, ramai layan lelaki, tak hargai dia. Then bila dia call girl tu mesti lepas tu dia cakap nak harapkan girl tu call, memang tak la. Tapi setahu zaty, girl ni kerap juga call si lelaki ni. Tak tahu pula si lelaki boleh cakap si girl ni bila je call dia, asyik dia je nak call. Ouhh hello, sebenarnya si girl dengan lelaki tuh bukan bercinta ok. patut kah lelaki tu treat girl tu macam tu? 

       2 Hari lepas, lelaki tu mengungkit nak harap girl ni call, memang tak lah. Padahal girl tu call laki tu tak angkat dah tidur kot, then tiba-tiba laki tu call. Lepas tu ada lah gaduh-gaduh sebab benda kecil, terus laki tu letak fon. Then boleh laki tu mesej ungkit dah banyak benda dia bagi kat girl tu, tapi apa je girl tu bagi kat dia, tak pernah. Dia tuduh la si girl ni terlampau berkira. Padahal si girl ni ada sorok sesuatu dari laki tu selama ni, si laki tu tak sedar yang si girl pernah bayar duit baju untuk dia. Tapi si girl tu tak pernah mintak, then sebab sakit hati si girl tu terlepas cakap juga, Sejak malam tu, zaty tahu girl tu memang kecewa dan sedih sebab tak pernah jumpa dan kenal lelaki yang suka berkira dan mengungkit macam tu, setahu zaty kawan laki yang call zaty tak pernah pun cakap gitu. Ada yang pernah beberapa kali derma top up dia cuma cakap tak apa lah belanja. 

     Disebabkan hal itu, hati girl ni memang dah tak ada perasaan. Tiba-tiba je laki tu mesej pagi tadi cakap maaf, tetapi si girl tu pasti takkan berlembut hati sebab dah banyak kali jadi, laki tu tak sedar girl tu dah banyak bersabar. Cukup-cukuplah mainkan hati girl.


Btw: Maaf..entri terlampau panjang..errrr~



~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Sunday, 26 August 2012

ANTIVIRUS mana yang elok

Olla =)

       Korang zaty nak tanya ni. Maklumlah zaty pun memang tak pandai dan tak tahu juga pasal lappy ni. Sebenarnya macam ni, lappy zaty dah run out expired key la katakan. Sebelum ni zaty pakai kaspersky 2011 je, then dah berbulan lepas dah expired. kena lah update baru, tapi nak update baru tu makan duit pulak. Alamak, dah la operation lappy sebelum ni dah 70 inggit, ni nak cari vitamin untuk lappy lak. Yang menjadi masalahnya zaty rasa macam nak tukar pakai antivirus lain pulak. Ada kawan dia beli kaspersky kat kedai, then tuan kedai tu cakap kaspersky macam makan window sikit entah lebeh kurang macam tu la, kena pi tanya kedai sendiri. Tuan kedai tu suggest pakai norton. Haa, tu la zaty pun search internet pasal norton, bolehlah. Rasa macam nak beli yang ni je minggu depan or buka sem je time duit masuk.
Kalau yang zaty baca antivirus ni dia dah siap sekali dengan antispyware. So tak payah la nak beli untuk antispyware pulak..tapi antispyware tu ape pulak..ooopss..;p


Yang pasal avira dengar-dengar kurang baik, tapi entahlah kan sebab kita semua bukan tahu sangat mende alah ni. 

Yang antivirus ni, macam mana? ada sesiapa pernah pakai..?

avast pun macam..ermm, entahlah..korang rasa?

Jeng3..yang ni la zaty selalu pakai sebelum ni..tak perasan pula oke ke idak..haha

      Korang pula macam mana? Korang rasa yang mana sebenarnya elok untuk diguna pakai. Sharing2 lah kat sini, zaty memang nak tahu. 

     Sebelum ni, zaty beli key dari member kat kampus yang jual RM10 tu. Tak pasti la original ke tidak, tapi kali ni zaty memang nekad nak beli yang kat kedai terus je sebab nak protect lappy betul2 untuk sem depan. Sem depan dah tahun akhir, then kena buat projek final, that's why zaty nak jaga leklok lappy, nak elakkan dari benda-benda yang tak sepatutnya. faham2 lah selalu kalau dah busy dan serabut dengan projek adalah masalah nak datang, & ada yang roska laptop. Mintak jauhlah..my lappy baru je balik dari servis tempoh hari, hopefully dapat berkhidmat dengan elok demi projek akhir zaty. Korang pun doakan yea.


btw: Sesiapa tahu jangan lupa share2 yea, dan jangan lupa klik tabung zaty kat sebelah mana tahu dapat kumpul beli antivirus pulak.hehe

~DroP yOur cOmMent if U EnJoy tHis eNtry~

Hak Cipta Terpelihara Oleh Buih-Buih Cinta